*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
...sambungan....

3. Jihad fi sabilillah syiar dan jalan menegakkan
Islam.
Badar al-Kubra menjadi medan pertama umat Islam
diizinkan oleh ALLAH TA`ALA untuk melancarkan
peperangan dengan golongan jahiliyyah.Sepertimana
firman ALLAH SWT dalam Surah al-Haj ayat 39-43 yang
bermaksud,
"Diizinkan (berperang) kepada orang-orang yang
diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dizalimi
dan sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa untuk menolong
mereka, iaitu orang-orang yang telah diusir dari
kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar,
kecuali kerana mereka berkata : Tuhan kami hanyalah
ALLAH.Sekiranya ALLAH tidak menolak (keganasan)
sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain,
tentulah telah dirobohkan biara-biara
nasrani,gereja-gereja,rumah-rumah ibadat orang-orang
yahudi dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak
disebut nama ALLAH, dan sesungguhnya ALLAH pasti
menolong orang-orang yang menolong agamanya, dan
bahwasanya ALLAH itu Maha Kuat Lagi Maha
Perkasa.Orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan
mereka di mukabumi, mereka mendirikan solat,menunaikan
zakat,menyuruh berbuat ma`ruf dan mencegah yang
mungkar dan kepada ALLAH sahajalah tempat kembali
segala urusan."
ALLAH SWT bukan sahaja mengajar umat Islam berjihad
menentang runtunan dan kehendak hawa nafsu dengan
berbentengkan ibadah puasa di bulan Ramadhan, bahkan
mengajar umat Islam berjihad menentang musuh-musuh
ALLAH yang menghalang disampaikan 'suara Islam' kepada
seluruh manusia tanpa menghiraukan celaan orang-orang
yang mencela.
Jihad di dalam Islam bukan sekadar merujuk kepada
'pedang dan perang' sahaja, walaupun itulah yang utama
selain daripada menyatakan kebenaran di hadapan
pemerintah yang zalim, bahkan jihad juga boleh dirujuk
kepada unsur-unsur yang lain yang tujuan dan
matlamatnya hanyalah satu, iaitu mengembalikan
perlaksanaan syariat ALLAH.Antaranya sebagaimana yang
dinyatakan oleh al-Ustaz Sa`id Hawwa dalam kitabnya
'Jundullah-Thaqofatan wa Akhlaqan' yakni berkenaan
pembahagian jihad:
a) Jihad dengan lisan - termasuklah ucapan dan
penulisan dan sebagainya.
b) Jihad dalam bidang pendidikan
c) Jihad dalam bidang politik ( yang ni yang puak-puak
umno dok nadegem!)
d) Jihad harta benda  

Apabila golongan Islam memperolehi kemenangan melalui
jalan jihad, yang tidak boleh disamakan dengan
penjajahan suatu bangsa keatas bangsa yang lain, yang
merampas dan menidakkan hak-hak kemanusiaan, maka
jihad tersebut pasti melahirkan perkara-perkara
berikut :
a) penyebaran kesucian rohani melalui jalan ibadah
b) penyebaran keadilan sosial yang sebenar melalui
jalan zakat
c) pengwujudan sikap bantu membantu bagi memastikan
kemuliaan masyarakat terjamin melalui 'amr bil ma`ruf
dan nah `anil munkar'.

       Sememangnya persoalan jihad menuntut kepada
perbahasan yang lebih terperinci dan teliti yang tidak
dapat dinyatakan dengan panjang lebar dalam risalah
yang sekecil ini, akan tetapi sama-samalah kita
mengambil iktibar daripada ucapan Saiyyidina Abu Bakr
ketika dibai`ah sebagai khalifah selepas kewafatan
Rasulullah yang mengandungi makna yang mendalam
tentang amaran meninggalkan jihad.Antara ucapan beliau
:
"Tiadalah sesuatu kaum yang meninggalkan urusan jihad
melainkan ALLAH akan mengumumkan kehinaan dan
kerosakan keatas mereka."

[ Banyak dah contoh-contoh yang sedang berlaku di
depan mata kita la ni, yang mana ALLAH hina depa pasai
tinggalkan seruan jihad.Apa kita pun nak jadi lagumana
yang dok berlaku la ni!? Mau ka!!!?…Wa Nauzubillahi
min zalik.] 

...bersambung....


   


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke