Assalamualaikum.......
 

Didalam keduanya TIADA WASILAH DAN RABHITAH YG HAQ.
Sebab itu arwah guru kepada tok guru mengatakan begitu.Dan didalam pas sendiri kata-kata  memperjuangkan islam hanyalah kata-kata dan anganan.Kita mesti tahu didalam umno pun ada orang yg hendakkan islam,didalam pas pun begitu,didalam dap pun ada begitu sebab didalam dap pun ada orang melayu (kebanyakkan orang melayu adalah islam).Kalau kita rasa kita adalah pejuang islam maka lengkapkanlah diri kita dahulu.Kita misti jadikan diri kita selain dari itu.Kalau anda didalam pas teruskanlah perjuangan itu,kalau anda didalam umno teruskan kerja anda kalau anda didalam thoifah apa sekalipun.Saya tetap menyokong anda selagi anda mengerti bahawa parti-parti itu hanya juzukiah daripada politik.Itu cara anda saya tidak boleh menolak kebaikkan yang dibuat oleh anda .Dan saya juga tidak boleh menolak kebaikkan yg orang islam lain lakukan,saya juga tidak boleh menolak kebaikkan yg mahathir lakukan.Kerana menolak kebaikkan
dengan sebab berlainan parti adalah menyebabkan saya menjadi zalim.Sesungguhnya Allah tidak suka kpd orang yg zalim.

Didalm kitam al-Hikam Abi Madyan ada mengatakan hendaklah kamu menghukum diri kamu 100 kali lebih zalim dari firaun sebelum kamu menghukum orang lain zalim.

Sekian, diharap anda mengerti apa yg arwah tok guru anda katakan kepada tok guru anda.
 

** JAMAAH YG TIDAK ADA RABHITAH DAN WASILAH ITU BUKANLAH JAMAAH,BAHKAN HANYA THOIFAH.
 
 

==============================================

muhamad nazri wrote:

 Assalamualaikum, Guru kepada tok Guru memang ada menyebut jangan libatkan diri dalam perjuangan berparti, perjuangan seperti itu ibarat berjudi katanya. Ada simbol, ada pertaruhan dan ada kalah menang berdasarkan suara ramai. Kalau ramai yang jahil maka pemimpin yang di pilih pun pastilah dari kalangan yang jahil juga.Jadi macammana. Kita sekarang bukannya ada wadah lain dalam sistem demokrasi ni untuk memperjuangkan hak hak Islam melainkan terpaksa pilih antara dua PAS atau UMNO. PAS Mempejuangkan Islam dan meletak Islam diatas segalanya manakala UMNO memperjuangkan hak Melayu (kononnya) dan meletakkan hak Islam hanya sebagai satu cabang dari cabangcabang didalam agenda perjuangan mereka.Dan perjuangan Islam bagi mereka hanya bersandarkan kepada materialistik shj (Bina masjid tak tau lah masjid dhirar atau tidak, buat UIA, etc) Tetapi Arwah tok guru kepada tok guru ada juga berkata PAS ibarat bangkai kecik boleh dicuci dan disamak sedangkan UMNO ibarat bangkai besar yang sukar untuk disamak dan dicuci. Jadi besarlah harapan saya sekirannya Tuan dapat memberikan sedikit penjelasan agar saya tidak tersalah jalan sekian terima kasihwassalam-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/

Kirim email ke