*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
...sambungan....
4. Kerjasama dengan golongan bukan Islam dalam urusan
dakwah.
Secara asasnya, urusan dakwah dan jihad menjadi
tanggungjawab keatas semua umat Islam samada
perlaksanaannya secara fardi (perseorangan) ataupun
jamaie` (berjemaah).Oleh sebab itulah Rasulullah
s.a.w. menolak tawaran penyertaan beberapa orang
yahudi di Madinah untuk turut serta dalam peperangan
ini.
Maka para ulama` telah meletakkan syarat-syarat
yang ketat berhubung asas-asas pengecualian yang
membolehkan kerjasama dengan golongan bukan Islam
yang tidak membawa kepada sikap wala` kepada
mereka.Antaranya :
a) ditentukan maslahah kerjasama tersebut
b) ditentukan dengan jelas dan sempurna bentuk
kerjasama tersebut
c) dipastikan kerjasama tersebut tidak mendatangkan
mudarat kepada jama`ah
(Rujukan al-Mustafad min qisosil Quran, Dr Abdul Karim
Zaidan jld 2 ms 144)
Sekiranya kita meneliti Sirah Rasulullah, kita akan
dapati beberapa kerjasama-kerjasama politik yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. ataupun yang
dihadirinya seperti Halful Fudhul, Perjanjian
Hudaibiah, Peperangan Hunain dan banyak lagi yang
menggambarkan kerjasama dengan golongan bukan Islam.
Sebaliknya sekiranya kerjasama tersebut membawa kepada
wala` kepada golongan bukan Islam seperti menolong
mereka menentang golongan yang berusaha menegakkan
Islam, mengenepikan taat kepada ALLAH dan berpaling
tadah ketaatannya kepada mereka, menyatakan kasih
sayang kepada mereka yang jelas-jelas menentang ALLAH
dan rasul, sanggup mendengar cercaan mereka kepada
Islam tanpa sebarang bantahan, marah ataupun keluar
dari pakatan kerjasama tersebut dan sebagainya; maka
kerjasama begini adalah di'HARAM'kan oleh al-Quran,
as-Sunnah dan Ijma` para ulama`.
Sepertimana firman ALLAH TA`ALA dalam Surah al-Maidah
ayat 57 yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil menjadi pemimpin kamu daripada orang-orang
yang membuat agamamu menjadi bahan ejekan dan
permainan, (iaitu) diantara orang-orang yang telah
diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir
(orang-orang musyrik).Dan bertaqwalah kamu kepada
ALLAH jika kamu benar-benar orang-orang yang beriman."
[ Awat saki baki ulama umno tak biasa dengaq ka Lim
Liong Sik kata kalau Quran diamalkan, kita seperti
memutar jam ke belakang? Awat ulaq dalam semak umno
tak biasa dengaq ka Samy velooo kata itu Quran boleh
buat lebuhraya ka? Awat ulama-ulama upahan umno tak
biasa dengaq ka Mahatir kata Nabi dulu tak bercukur
pasai dulu tak dak gillete.Aaaa, dia la tu, pisau nak
kerat kepala hang pun ada masa dulu!!! �Awat hangpa ni
dok buat pekak badak.Benarlah apa yang ALLAH kata
dalam Quran, yang jenis macam hangpa ni (ulama umno)
lagumana anjing.Bagi daging,hangpa lelir lidah.Tak
bagi daging pun hangpa lelir lidah jugak. ]
5. Amalan Syura dalam Harakah Islamiyyah.
Melalui Badar al-Kubra, Rasulullah s.a.w. telah
mengajar umat Islam tentang kepentingan bermusyawarah
dalam menentukan sesuatu perkara dalam segala urusan.
Buktinya Rasulullah membentangkan perkara berhubung
dengan penyertaan golongan Ansar dalam peperangan ini
melalui syura` dan Rasulullah juga menerima cadangan
al-Habbab bin al-Munzir untuk menukar tapak markaz
yang dipilih oleh baginda ke tapak yang dicadangkan
oleh al-Habbab yang dianggap lebih baik dan strategik.
Syura` dalam Islam adalah berbeza sama sekali dengan
teori pemerintahan autokrasi yang dianuti oleh
pemerintah-pemerintah kuku besi komunis dan sosialis
dan jauh berbeza pula dengan teori pemerintahan
demokrasi barat yang menjadikan suara majoriti sebagai
'suara tuhan'.
Syura dalam Islam hanyalah dibenarkan dalam
perkara-perkara yang membawa kepada ijtihad dan tidak
dibenarkan sama sekali mengubah dan meminda
perkara-perkara yang mempunyai nas yang qat`ie.
...bersambung...
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>