*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum'

Ketika jari jemari mula menekan butang-butang  pc ni,
redio kemain lagi memainkan lagu raya. Lagu arwah sudir.
Sebak dada mendengarnya.

Cakap pasal raya ni, kita, masa time bebudak dulu, time raya
ni takle sehebat bebudak jamni.  Baju raye cuma sepasang baju
kurung yg tah berapa sen jer se ela.  Kasut tumit tinggi jgn
haraplah. Tak merasa punya.Yang dapat tiap tahun, selipar jepun.

Tapi, seme tu bukan bermakna raya bagi kita tak best langusng.
Malah, terus terang kita kata, raye masa tu lebih meriah dan
best jika nak compare dengan raya zaman sekarang.

Biarpun pakai baju kurung dari pagi sampai ke malam, kita bangga
sebab ianya dijahit oleh mak kita.

Suasana hari raye  di kampung kita sebenarnya dah mula terasa
start dari malam dua puluh tujuh dah.  Kami  tak panggil malam
tujuh likur. Dah besar panjang nilah baru dengar nama malam
tujuh likur.

Malam tu, seluruh kampung terang benderang dengan kerdipan
api pelita. Pelita tu bukan macam sekarang yg berkaler-kaler biru
le..merah le.... tak gitu.

Pelita kami tu, kami buat sendiri. Pakat reramai cari tin susu
kosong kat kedai kopi. Cuci sikit dengan sabut kelapa, bukak
dan tebuk lubang kat penutup atasnya. Ambek tali guni buat
sumbu dia.  Sekarang ni, nak cari tali guni, tah ada....
tah takde dah.... sebab sema dah gunakan guni plastik.

Jam ni, kita berani betaruhla, kalau ada bebudak yg pandai
buat pelita tu, kita sanggup terjun sungai. Sema main beli
jer dah waktu ni.

Malam 27 itu juga, surau selalunya penuh.  Bagi mak-bapak,
biaserlah. Mereka pi semayang terawih. Kami yg bebudak ni,
main polis sentri ke... atau main sorok-sorok ke... untuk
mengisi lapang sebelum tiba waktu menikmati moreh lepas
org-org tua habis terawih.

Balik dari surau, bukan main gelap lagi. Maklumlah, masa tu
mana ada api kat kampung lagi.  Lainlah  halnya dgn ain iyon
dan pabiyen uniten, celik jer mata dorang, api letrik dah
menyala dlm kaca, air dah mengalir dalam besi.
Time kita dulu kan mencelah, mana ader sema tu.

Time balik dari surau, kami gunakan karok sebagai ganti
lampu suluh. Tau apa menatang karok ni mencelah? Kita berani
potong telingalah, takde sapa yg tau  sebab, kita sendiri
dah naik lupa apa nama menatang tu. Puas kita menung
mikirkan namanya, baru ingat.

Kalau ain iyon tau apa menatang karok ni, kita berani kira burn
saja duit kita yg dia pakai masa dia kena pick-pocket dulu.

Karok ni kan celah, diperbuat drp daun kelapa kering.
Ambil dua tiga batang pelepah kelapa yg mati, yakni kering.
Potong dan buang pangkal pelepah tu sebab pangkalnya besar
dan berat. Ambil bahagian tengah hingga ke hujung saja. Tapi
tengoklah, kalau yg banyak daun tu, dua jer dah cukup. kalau
yg kurus kering tu, kena banyak sikit.

Kita ikat pelepah-pelepah tu dan gulungkan daunnya. Tak yah guna
tali, memadai ikat dengan daun dia saja.  Siap.  Senangkan?

Lepas tu boleh le bawak pi surau. Tapi kena hati-hati celah.
Selalunya, kita terpaksa sorok karok ni bawah surau (surau
kg saya masa tu, masih dhaif- jenis lama. Tapi kuat, diperbuat
drp kayu asli seperti meranti dan merbau yg terkenal kuat dan
tahan).

Sebab apa nak sorok pulak karok ni?
Hugh, kalau tak sorok, balik nanti, alamat merabalah
dalam gelap sebab karok dah kena tibai dek bebudak
jantan.

Bebudak jantan ni kan celah, memang nakal.  Ada jer yg dorang
dajalkan kami. Kalau tak curi karok, dorang sorok selipar
kami.  Dan bebudak ni jugaklah  yg kaki curi lilin yang
dipasang di sekeliling sebuah rumah.  Rumah ni kan celah,
kalau nak tau,satu-satunya rumah yg pasang lilin sebab
dia orang kaya iaitu wakil rakyat cap kapal layar, parti perikatan.

Kami yg lain ni, mana larat nak beli lilin. Tin kosong yg kami
jadikan pelita tu la jadi pengganti lilin.

Balik dari surau, kami bebudak pompuan selalunya terus balik
rumah.  Masa tu akak-akak sibuk buat kueh. Kueh  goyang,
cincin, siput, sagu, keling dan beberapa jenis lagi.

Sayangnya, bila dah besar panjang ni, kita tak pernah nampak
dah kueh-kueh tradisional ni.  Pi la beraya  masa raya nanti.
Jangankan di bandar, di kampung-kampung pun, kueh-kueh ni dah
dilupakan. Yg ada, mungkin bahulu saja.  Itupun, mak yg
beriya-beriya nak buat.  Nak harap akak, tak hingin deme.

Time buat kueh ni kan celah, kenkandang sampai time waktu sahurpun
akak-akak tak siap lagi.  Kamipun tumpang semangkok jadi tukang
rasa sama ada sedap atau tak.  Tapi yg selalu kami dapat ialah
yg hangus-hangus saja.   Maklumkan, time tu mana ada microvawe ke,
oven ke... suma pakai dapur arang jer. Bayangkanleh memcelah!

Bebudak jantan pulak, biasernya balik dari surau, dia orang
tak terus belik rumah. Misti singgah tempat bebudak muda main
meriam karbait.  Tau macam mana meriam karbait ni? Mungkin
mencelah tau kot sebab permainan ini popular di pantai timur.

Tapi bebudak muda di kg kami tu pakai buluh yg sebesar paha
saja. Manakala di pantai timur, dengar-dengar ceritanyademe pakai besi paip, 
  yang sebesar paha jugak.

Hugh. Seronoknya berpuasa dan mengharungi malam 27 masa kecek-
kecek dulu di kampung halaman. Terlalu banyak kenangan, peristiwa
dan kisah-kisah manis yg sukar untuk kita lupakan.  Tapi
di ruangan yag agak terhad ini, kalau nak cerita semua, sampai
raya cina nantipun tak habis cerita ni nanti.

Alangkah ruginya budak-budak zaman sekarang yang tidak sempat
menikmati kemeriahan dan keseronokan malam 27 ini.  Kalau adapun,
ianya tidak semeriah dan sehebat zaman dulu-dulu.  Menjelang malam
27 yg bakal menjelma beberapa hari lagi, bawalah pulang anak-anak
ke kampung.  Mana tau, anak-anak anda mungkin dapat menikmati
kemeriahan malam 27 jika kampung anda masih meneruskan
budaya menyambut malam dua puluh tujuh dengan penuh kemeriahan.


SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

Mawarberduri




_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mawar berduri" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke