*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

----- Original Message -----

> Pandangan peribadi saya...
> PNB tidak mengikut syariah list yang dikeluarkan oleh SC. PNB melabur di
> dalam beberapa syarikat yang tidak diluluskan oleh senarai sekuriti lulus
> Syariah SC antaranya Malayan Banking Bhd, Malaysian British Assurance Bhd,
> MNI Holdings Bhd, MIDF, Commerce-Asset Holdings Bhd dan sebagainya.
>
> Wassalam
>
> betul ke halal?
>
> ----- Original Message -----
> From: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <>
> Sent: Tuesday, December 19, 2000 11:48 AM
> Subject: H-Net* ASB & ASN dah halal?
>
>
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum,
> >
> > Apa jadi dengan syarikat yang diragui dalam portfolio nya
> > seperti syarikat kewangan, dll?  Ada orang2 PNB boleh
> > confirm?
> >
> > ------
> >
> > PNB: Pelaburan saham amanah ikut syariah Islam
> >
> > KUALA LUMPUR 11 Dis. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari
> > ini berkata portfolio pelaburan skim-skim saham amanahnya
> > adalah tidak bercanggah dengan prinsip syariah Islam.
> >
> > Menurut Pengerusi PNB Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid,
> > pelaburan itu berdasarkan keputusan Majlis Penasihat
> > Syariah Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang menentukan sama ada
> > saham sebuah syarikat di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)
> > halal atau haram.
> >
> > ''Pelaburan PNB bergantung kepada Majlis Syariah SC dan
> > juga orang ramai,'' kata beliau menjawab pertanyaan
> > pemberita pada sidang akhbar mengumumkan pemberian
> > dividen dan bonus skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) di
> > sini hari ini.
> >
> > Katanya, ''PNB memiliki tujuh juta pelabur dan mereka yakin
> > dengan pelaburan kami dan kami juga yakin dengan
> > kepercayaan mereka (terhadap PNB) akan tetap terpelihara,
> > oleh itu saya serahkan kepada para pelabur untuk tentukan.''
> >
> > Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai keraguan
> > sesetengah pihak sama ada skim Amanah Saham Bumiputera
> > dan skim Amanah Saham Nasional dilaburkan berdasarkan
> > prinsip syariah Islam.
> >
> > Utusan difahamkan, setakat ini terdapat sejumlah 541 saham
> > syarikat di Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Saham Kuala
> > Lumpur telah disahkan oleh Majlis Syariah SC sebagai saham
> > berlandaskan prinsip syariah Islam.
> >
> > Majlis itu yang dianggotai oleh pakar perundangan Islam
> > terkemuka tempatan seperti Mufti Pulau Pinang, Datuk Sheikh
> > Azmi Ahmad, Pengerusi Eksekutif BIMB Securities Sdn. Bhd.,
> > Datuk Dr. Abdul Halim Ismail dan Prof. Datuk Mohd.
> > Hashim Yahya dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA),
> > dari semasa ke semasa membuat pengesahan dan pengawasan
> > sama ada sesuatu saham yang halal kekal halal dan
> > mengeluarkan daripada senarai apabila disahkan haram.
> >
> > Ketika ditanya mengenai kedudukan pelaburan PNB dalam
> > syarikat-syarikat bermasalah termasuk syarikat seperti
> > Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Sarji berkata ia tidak
> > akan menarik balik kepentingan pelaburan dalam syarikat
> > bermasalah yang kini sedang disusun semula.
> >
> > Katanya, pengekalan pelaburan akan dibuat dalam syarikat
> > berkenaan selagi ia menambah nilai kepada pelaburan dan
> > memberi jaminan pulangan jangka panjang.
> >
> > ''PNB merupakan pelabur jangka panjang dan tidak semestinya
> > kami perlu mengeluarkan pelaburan kami secara automatik
> > ketika syarikat itu sedang menjalani proses penyusunan
> > semula tetapi akan menimbangkannya semula,'' kata Ahmad
> > Sarji lagi.
> >
> >
> > ----------------------------------------------------------------------
> > Get your FREE ShyMail account!
> > http://www.shymail.com/
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "apanama" <[EMAIL PROTECTED]>
>
> Disclaimer Note.
>
> This e-mail and any files transmitted with it is confidential and
> intended solely for the use of the individual or entity to whom it
> is addressed. If you are not the intended recipient, or the person
> responsible for delivering the e-mail, be advised that you have
> received this e-mail and any files transmitted with it in error and
> that any use, dissemination, forwarding, printing or copying of this
> e-mail and any files transmitted with it is strictly prohibited.
> If you have received this e-mail and any files transmitted with it in
> error, please advise the sender immediately by reply e-mail and delete
> this message. Thank you for your co-operation.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "asniza" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke