assalamu'alaikum. mungkin tersangkut ditengah jalan email ni.
wa'alaikumussalam/assalamu'alaikum. dari perbincangan hangpa mencerminkan orang-orang yang berilmu. orang yang berilmu mampu membezakan di antara kebenaran dan penipuan. mengaitkan pelakun-pelakun bt jenalik dengan Pas mendedahkan ketidakmampuan hangpa melihat akan ketidakmunasabahan drama berkenaan. drama kisah benar di tv lebih real dari drama bt jenalik. usah difikirkan benda-benda terlampau teknikal. cuma tanya ilmu hangpa bagaimana mungkin perompak dapat melarikan berpuluh-puluh pucuk senjata ringan dan empat pucuk senjata berat yang dirantai dan di kunci di atas rak-rak senjata di dalam setor senjata yang di dikunci dari dalam dan di dalamnya ada pengawal dalam masa 20 minit!!!!!!!! kalau hangpa mengambil demonstrasi bagaimana sekumpulan perajurit dapat mengisi senjata ke dalam 3 pajero itu sebagai ukuran, hangpa telah menzalimi diri sendiri dengan menyamakan suasana demonstrasi dengan suasana rompakan yang ternyata amat berbeza. rompakan juga terpaksa melintasi rumah pengawal di pintu masuk kem yang lazimnya, pada waktu kejadian ditutup. jarak rumah pengawal ke setor senjata juga perlu diambil kira. "berdialog" di rumah pengawal juga memakan masa. dan pengawal tidak akan membuka pintu masuk selagi identiti "pemeriksa senjata" tidak dikenali - samada melalui kad pengenalan atau surat resmi dari pihak atasan. pengawal pula perlu memastikan dengan pegawai bartanggungjawab pasukan sebelum membenarkan mereka masuk. seperkara lagi dari peristiwa peropmpakan yang cuba dikaitkan dengan Pas. selepas mengambil risiko yang begitu tinggi (memasuki kawasan larangan yang boleh menyebabkan seseorang ditembak!) kumpulan perompak ini kemudiannya mengadakan "latihan menembak" sebagaimana dinyatakan oleh igp. perbuatan tolol ini bukan sahaja mendedahkan tempat persembunyian mereka tetapi juga menjemput pasukan keselamatan mengepung mereka! orang yang tidak tahu menggunakan senjata tidak pelahap hendak merompak senjata. begitu juga orang yang tidak bercita-cita hendak menggunakan senjata tidak akan merompak senjata. hangpa mesti berhujjah dari kumpulan perompak itu sudah ada yang mengaku bersalah. benar. hangpa mesti buka minda hangpa dan beritahu diri hangpa berapa ramai orang tidak bersalah dihukum dan berapa ramai pula yang melakukan kesalahan bebas? janganlah berbincang menyalahi ilmu hangpa. jangan terikut-ikut dan bersekongkol dengan mereka...jangan cari kemurkaan Allah swt. "May Allah shower the Ummah with blessings each and every day of this glorious month, and every day thereafter. May Allah strengthen the ties of love and trust between us, so that we may draw nearer to Him all-together." alQubah wrote:

