Salam Sejahtera saya ucapkan kepada saudara.......... dan terima kasih atas pandangan dan krtitikan yang saudara berikan. Saya menerima kritikan saudara dengan hati yang terbuka kerana saya percaya kritikan yang bernas mampu meningkatkan kemampuan minda kita. Terlebih dahulu ingin saya jelaskan, kalau saudara menganggap sumber saya ialah UMNO atau BN, saudara sebenarnya tersilap. Kalau saudara anggap penceramah yang dulu bulan tapi kini UMNO menjadi sumber saya itupun tidak berapa tepat. Sumber saya bukannya UMNO bukannya bulan kerana saya percaya masing-masing mempunyai agenda politiknya. Saya tidak hanya membaca Utusan tapi saya baca juga harakah. Sumber saya ialah seorang ustaz yang saya kenal sejak kecil. Saya belajar jawi dengan dia semasa saya masih di sekolah rendah lagi. Walaupun sejak beberapa tahun yang lepas saya telah terputus hubungan dengan beliau tetapi tunjuk ajar beliau itu banyak memberikan pengetahuan kepada saya mempelajari agama Islam yang benar. Yang paling saya hormati beliau ialah pandangannya yang berani menyatakan bahawa apa yang UMNO lakukan itu bukan semuanya salah dan apa yang PAS lakukan bukan semuanya betul. Masing-masing ada kebaikan dan keburukan. Saya bukannya benci atau marah dengan LKS tetapi saya percaya kritikan saya patut dilihat dari sudut yang positive. LKS harapkan kritikannya di terima oleh Mahathir tetapi mengapa pulak kritikan saya di anggap sebagai pengacau? Saya tidak bermaksud untuk menghina mana-mana ulama yang benar-benar berpegang teguh kepada titlenya sebagai ulama. Tapi saya tidak bersetuju dengan ulamak yang memberikan fatwa politik, mengubah kata-katanya mengikut kepentingan politik, misalnya "sanggup bekerjasama dengan syaitan demi untuk menjatuhkan seorang individu lain" Syaitan adalah makhluk Tuhan yang enggan tunduk kepada manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi. Syaitan telah bersumpah akan menyesatkan manusia di muka bumi. Apakah dengan makhluk ini,ada orang nak bekerja? Saya kurang bersetuju dengan pendapat saudara bahawa biarlah orang-orang Islam menyelesaikan masalah di antara mereka. Ini bukanlah masalah orang-orang Islam tetapi ini adalah masalah negara. Ada cubaan untuk memisahkan perpaduan yang telah dibina selama 31 tahun setelah rusuhan berdarah. Kesannya anda boleh nampak di Lunas hari ini. Mungkin tak nampak dengan mata kasar tapi cuba dekati golongan yang menjadi sasaran dalam pilihanraya. Walau bagaimana pun sebagai menghormati pandangan saudara saya akan lebih berhati-hati dalam menulis kritikan saya. Terima Kasih atas pandangan saudara yang saya anggap ikhlas. _________________________________________________________________________ Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
