*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu'alaikum,

Walauapapun tanggapan kita terhadap kereta2 Proton, kita sepatutnya selalu 
ingat bahwa Proton merupakan lambang kebolehan jurutera2 Melayu membangun 
dan membina kemahiran membuat kereta. Bayangkan. Anak2 Melayu telah pandai 
menyelidik dan membina kereta. Anak2 Melayu sudah berupaya menguasai 
teknoloji membuat kereta yang sebelum ini hanya dipunyainoleh mat salleh dan 
Jepun. Bayangkan. Inilah lambang kehebatan anak2 Melayu. Ini kerana majoriti 
jurutera2 Proton ialah orang Melayu (kaki repomasi pun ramai gamaknya tu?) 
Dan ini bermakna jika Proton berupaya mengeluarkan kereta sendiri spt Waja, 
itulah lambang kejayaan jurutera2 Melayu.

Soal Mahathir nak tumpang semangkuk itu soal berasingan. Saya berpendapat, 
kita janganlah menyalahkan Proton sebab Mahathir telah memperalatkan 
pelancaran Waja untuk menaikkan namanya. Itu salah Mahathir, bukan salah 
Proton. Mahathir telah menyalahgunakan kedudukannya untuk memaksa Proton 
melancarkan Waja lebih awal untuk menaikkan namanya di Perhimpunan Agung 
UMNO dahulu. Apa yang Proton boleh buat? Membantah? Alamat kena penampar 
Mahathirlah.

Berbalik kepada soal Proton sebagai lambang kejayaan jurutera2 Melayu- saya 
rasa orang2 Melayu patutlah berbangga, bukannya mengutuk Proton. Mari kita 
lihat senario dalam industri2 lain. Contoh terdekat ialah saya yang berkerja 
dalam industri eletronik. Saya perhatikan, memang sedikit sekali jurutera 
Melayu dalam sesebuah organisasi eletronik. Jika dilihat nisbah keseluruhan, 
mungkin tak sampai 10%. Kalau dalam bahagian R&D lagilah daif. Seperti di 
organisasi saya berkerja, dalam R&D hanya ada seorang engineer Melayu 
daripada sejumlah 30 orang jurutera2 R&D.

Jadi, bersyukurlah hendaknya bila kita melihat ramainya jurutera2 melayu 
yang terlibat dalam pembinaan Waja itu. Alhamdulillah.

Wassalam.


>From: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* Proton Waja tak cukup umur
>Date: Tue, 19 Dec 2000 00:04:53
>
>
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>{  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>{        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>{        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>
>Assalamu'alaikum & salam sejahtera.
>
>Saya dalam proses nak jual kereta buruk saya dan sedang mencari kenderaan
>alternatif sebagai ganti. Antara kereta baru yang sedang dipertimbangkan
>adalah Proton Waja, selain daripada Kancil yang jauh lebih murah.
>
>Kelmarin saya diberitahu mengenai kualiti kereta Waja. Seorang kawan yang
>bekerja sebagai jurutera Proton telah menasihatkan supaya elak daripada
>membeli Proton Waja. Katanya, Proton Wira lebih baik.
>
>Mengikut katanya, Proton Waja telah disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa
>kerana hendak melancarkannya mengikut tarikh sasaran PM. Oleh itu, Proton
>Waja terpaksa disiapkan dalam keadaan gopoh dengan mengorbankan 
>kesempurnaan
>mutunya.
>
>Jadi, sesiapa yang berangan-angan hendak memiliki kereta sensasi Proton
>Waja, maka kenalah fikir dua kali. Mungkin lebih baik untuk mendapatkan
>Proton Wira 1.6 atau 1.8 sahaja sebagai alternatif.
>
>Beberapa minggu lepas saya berpeluang untuk menjengguk kereta Proton Waja
>yang dipamerkan di perkarangan Makro Shah Alam. Melihat kepada kemasan
>dalamannya, ia menghampakan harapan saya dan telah menyebabkan saya hilang
>minat kepada kereta tersebut. Dari rasa bangga dan minat yang tinggi saya
>kepada kereta Proton Waja sebelum ini, terus jadi hilang minat terhadapnya.
>Apatah lagi apabila melihat harganya, saya rasa tidak berbaloi dengan
>mutunya.
>
>Nampaknya saya akan cari kereta lain sebagai ganti. Kemungkinan sahaja
>kereta Kancil. Atau kalau nak yang lebih power sikit, kereta Wira. Taklah
>rasa terbazir duit sangat kerana membeli kereta mutu rendah.
>
>Terfikir saya dalam penuh harapan, bila laa boleh kita merasai kereta
>nasional yang bermutu setaraf dengan kereta lain? Asyik kena tipu saja.
>
>Sekian.
>
>
>
>
>
>
>
>_________________________________________________________________
>Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com
>
>
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke