*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kalau macam ni, kena tukar definislah.
JKKK= Jawatankuasa Kucar-Kacir Kampung.
Tepat sekalilah.
Wassalam.
>From: Concorde <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>, anwar
><[EMAIL PROTECTED]>, "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* Harakah: Penubuhan JKKK memecah-belahkan masyarakat
>Date: Mon, 18 Dec 2000 22:10:25 +0800
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Laporan Sidang DUN Terengganu
>Oleh Azmi Yusof dan Kamaruddin Mat Akib
>
>Penubuhan JKKK memecah-belahkan masyarakat
>
>KUALA TERENGGANU, 18 Dis (Hrkh) - Dewan Undangan Negeri Terengganu
>diberitahu tindakan Kerajaan Pusat menghidupkan semula Jawatankuasa
>Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dimansuhkan kerajaan negeri
>sebelum ini, menjadi punca perpecahan di kalangan penduduk tempatan.
>
>Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar
>negeri, Haji Wan Abdul Muttalib Embong, berkata keadaan menjadi lebih
>teruk lagi apabila anggota JKKK mencanangkan kepada penduduk tempatan
>bahawa mereka akan diberi tanggungjawab untuk mengagihkan wang royalti
>petroleum kepada rakyat Terengganu.
>
>"Keadaan itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat
>tempatan dan menyebabkan berlaku perpecahan," katanya ketika menjawab
>soalan lisan Ustaz Ismail Mamat (PAS-Telok Pasu) yang bertanyakan soalan
>mengenai perkara itu dalam sidang DUN Terengganu, hari ini.
>
>Wan Abdul Mutalib berkata, sebelum ini kerajaan negeri sudah berjaya
>menyatukan semula penduduk tempatan di bawah panji-panji pemerintahan
>Islam yang diamalkan kepimpinan negeri.
>
>Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri akan bertindak tegas ke atas
>kakitangan kerajaan yang terlibat dengan penubuhan JKKK kerana badan itu
>tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri.
>
>Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Dakwah dan Pelaksanaan
>Syariah negeri, Ustaz Harun Taib, berkata Pusat Gadaian Islam Ar-Rahnu
>akan diperluaskan di seluruh negeri bagi membolehkan lebih ramai umat
>Islam mendapat perkhidmatan sistem pergadaian secara Islam.
>
>Beliau berkata, pihaknya sedang mengenal pasti premis-premis perniagaan
>yang sesuai di setiap daerah bagi tujuan tersebut.
>
>"Buat masa ini kita sudah mengenal pasti premis yang sesuai di daerah
>Dungun dan Kemaman saja manakala daerah lain masih dalam kajian,"
>ujarnya ketika soalan Ustaz Abdullah Mat Dan (PAS-Hulu Besut).
>
>
>
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Concorde <[EMAIL PROTECTED]>
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>