*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
...sambungan....

6. Berusaha memenuhi syarat-syarat kemenangan.
Pengajaran yang besar daripada peperangan Badar
al-Kubra ini ialah menjadi tanggungjawab kepada setiap
pendokong Harakah Islamiyyah untuk berusaha
bersungguh-sungguh memenuhi syarat-syarat kemenangan
perjuangan Islam.Syarat-syarat tersebut dinyatakan
dalam firman ALLAH TA`ALA dalam Surah al-Anfaal ayat
45-47 yang bermaksud,
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu
memerangi pasukan musuh, maka teguhkanlah hati kamu
dan sebutlah (nama) ALLAH sebanyak-banyaknya,
mudah-mudahan kamu beruntung.Dan taatlah kepada ALLAH
dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantah, yang
menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan
kamu dan bersabarlah.Sesungguhnya ALLAH bersama-sama
orang-orang yang bersabar.Dan janganlah kamu menjadi
seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan
rasa angkuh dan dengan riya` kepada manusia serta
menghalang orang dari jalan ALLAH.Dan (ilmu) ALLAH
meliputi apa yang mereka kerjakan."

Secara ringkas syarat-syarat kemenangan tersebut
adalah seperti berikut :
a) as-Thabat ataupun mempunyai pendirian yang tetap
dalam Islam.
[ Ada bukan tak dak, malah berlambak yang depa ni masa
pilihan raya hari tu buat kerja habis-habisan.Tapi la
ni ghuyub wal ghaib mana pi pun tak tau.Ini lah
pejuang 5 tahun sekali. ]
b) Sentiasa mempunyai hubungan dengan ALLAH dengan
zikrullah.
[ Ada bukan tak dak, nama saja pejuang Islam, tapi
sembahyang tak pernah.Apa cerita ni? Yang sembahyang
lagu  lain pula, lepas-lepas bagi salam tak sempat
hangat pungkok, belah dengan ayaq tu la..Zikir-zikir
la sikit minta dicepatkan kemenangan Islam. ]
c) Taat kepada ALLAH dan taat kepada rasulNya dan
pimpinan jama`ah selama mana arahan tersebut tidak
bercanggah dengan al-Kitab dan as-sunnah.
[ Yang ni clear untuk umno karat.Pemimpin-pemimpin
hangpa clear menghina Rasulullah, tapi masih gatai
pungkok dok ikut telunjuk depa buta tuli. ]
d) Menghindari daripada perbalahan dalam jama`ah
dengan mera`ikan fiqhul ikhtilaf.
[ Yang ni satu lagi, untuk yang banyak ilmu tu.Jangan
ingat hang sorang saja yang ada ilmu, orang lain pun
ada jugak.Bila orang tak mau ikut cara hang, jangan
dok serbu buta tuli.Mungkin dia jumpa dalil-dalil lain
yang kita tak jumpa. ]
e) Sabar dengan dugaan dan mehnah perjuangan.
f) Menghindari perkara-perkara maksiat walaupun kecil.
g) Ikhlas yang tidak berbelah bahagi dalam perjuangan.
h) Yakin dengan janji kemenangan Islam oleh ALLAH SWT.
[ Jangan dok tanya banyak-banyak sangat : Awat lambat
sangat Tuhan nak bagi Islam menang?�Yang tu bukan
kerja kita.Yang tu kerja ALLAH.Kerja kita ialah buat
apa yang Tuhan suruh.Itu saja. ] 

Penutup.
Sememangnya Peperangan Badar al-Kubra mengandungi
bermacam-macam pengajaran dan iktibar, yang pasti
tidak mampu disenarai dalam risalah yang ringkas ini.
Mudah-mudahan dengan pembentangan yang serba ringkas
dan serba kekurangan ini, sekurang-kurangnya dapat
memaham kita sebagai pendokong-pendokong Harakah
Islamiyyah tentang kepentingan mengambil pengajaran
daripada peristiwa Peperangan Badar al-Kubra yang
ditakdirkan oleh ALLAH berlaku di dalam bulan umat
Islam menjalani ibadah puasa Ramadhan al-Mubarak.
Saya memohon kepada ALLAH SWT agar menerima usaha ini
sebagai amal soleh di akhirat kelak dan menjauhkan
saya daripada sifat riya`, takabbur, `ujub, sum`ah
serta mengumumkan manfa`at risalah ini kepada Islam
dan seluruh umatnya.

Wallahu ta`ala a`lam.






__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - Thousands of Stores. Millions of Products.
http://shopping.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke