*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Ingin turut mencelah.
Saya memang berhajat untuk memberi waja, sebagai kereta ketiga keluarga.
Walau bagaimanapun keputusan tersebut terbantut kerana jurujual EON sendiri
tidak tahu jangkaan kereta tersebut boleh diperolehi. Waktu saya
bertanyakan itu kira-kira seminggu selepas dilancarkan jualan. Saya
tangguhkan niat kerana rasa amat tidak patut kita menempah barang yang entah
bila baru kita boleh dapat. Tambahan pula bayaran tampahannya tidak sedikit
(RM 3k). Saya congak kalau seorang 3k, ada 30k orang menempah,
senang-senang dapat kumpulkan RM90 juta. Yang menempah tidak mendapat
apa-apa dalam jangka waktu itu, malahan harga tempahan tidak semestinya
harga sebenar jual-beli. Kalau ternaik harga kereta itu, naiklah harga
jualbeli. Saya rasa sepatutnya bayaran tempahan tidak sepatutnya setinggi
itu, mungkin sekadar RM 500 - 1000. Lainlah kalau 1-2 minggu kereta boleh
diperolehi.
Saya tangguhkan niat sehingga Q nya dah berkurangan dan dalam masa yang sama
segala masalah awal dapat diatasi dan diperbaiki. Saya naik risau kerana
inilah kereta nasional pertama yang ingin saya beli setelah didengari dengan
berbagai masalah kereta nasional lain sebelum ini.
Ada beberapa perkara utama perlu kita fikirkan dalam memperkatakan masalah
kereta baru. Pertama asas pergerakan kereta. Ini termasuklah injin, gear,
brek, suspensi dll. Ini tidak sepatutnya ada kecacatan major sebab amat
merbahaya. Injin waja tiba-tiba mati tidak sepatutnya berlaku. Bukan
sahaja memalukan tuanpunya tapi yang lebih penting amat merbahaya.
(Sayangnya pengeluar waja tidak mempunyai perasaan seperti ini). Dalam hal
waja, satu kes telah dilapurkan dalam forum autocom. Nasib baik hanya motor
yang sodok waja tersebut. Kalau ditakdirkan lori atau bas ekpres .. kan
lain ceritanya. Dalam satu lagi kes, setelah beberapa hari dalam bengkel
EON, masalah injin mati masih lagi berlaku pada kereta tersebut.
Masalah kemasan dalaman, reka bentuk, aksesori dll adalah lebih bersifat
individu pembeli. Tak ada satu kereta pun yang dapat memberi kepuasan kepada
semua orang. Mercedes C200 model baru yang di pamerkan di KL tempuhari pun
saya komen dashboardnya. Yang penting akesori ini mesti berfungsi dengan
sempurna. Tidak seperti 'power window' pada wira sebelum ini. Sungguhpun
Proton mendakwa power window waja jauh lebih baik dari keluaran sebelumnya,
tapi dah banyak rungutan terhadap power window khususnya belakang sebelah
kiri.
Saya sebagai warga Malaysia amat-amat sangat supaya Proton lebih
profesional. Biar kurang bercakap dari diketawakan orang. Ingat tak apa
yang orang besar proton kata ketika perlancaran dahulu. Waja akan menyaingi
kereta-kereta seperti Audi, Accord dan yang setara dengan kelasnya. Hanya
mereka yang kurang tidur dan termengigau sahaja yang akan percaya dengan
kata-kata ini. Sebab waja gagal membuktikannya, setidak-tidaknya sehingga
kini.
Dan setelah semua masalah utama ini dapat diatasi, dan setelah Qnya
bertambah pendek, InsyaAllah barulah saya masuk Q. Jika tidak mungkin
Sentra atau Corolla ataupun PV6 ataupun tunggu lagi sehingga AFTA.
sekian
----Original Message Follows----
From: john lee <[EMAIL PROTECTED]>
To: salam sejahtera <[EMAIL PROTECTED]>
CC: [EMAIL PROTECTED]
Subject: H-Net* Proton Waja tak cukup umur-tak cukup penjelasan
Date: Wed, 20 Dec 2000 11:30:24 +0000 (GMT)
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Saya rasa sdr Putra sulong kena explain dgn lebih
detail pasal interior kete waja ni sebab takkan sekali
tengok pada interior kereta terus hilang minat?
Cerita la sikit,kat mana interior yg sdr tak puas hati
tu, mana tahu idea sdr mungkin bernas.
Saya pun juga pun ada memberi komen pasal waja ni tapi
komen saya terus ke jurutera proton demi kebaikan
kereta ni sebab saya fikirkan sekarang ni hanya PROTON
aje pengeluar kereta nasional.
Perudua bukan lagi dianggap pengeluar kereta nasional
sebab toyota punya share dlm tu berupa 51% (due to
shrewd and several company link to UMW toyota
investment)
--- salam sejahtera <[EMAIL PROTECTED]>
wrote: >
>
>
> >
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>