*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


------------------------------------------------------------
Forum Keadilan Malaysia KM2 Mail an article to a friend 
------------------------------------------------------------
Time/Date    : 11:23:04 PM 21/12/2000 Thu 
Sender Name  : Concorde 
Sender Email : [EMAIL PROTECTED] 
Fwdto  Email : [EMAIL PROTECTED] 
Mode         : plain/text 
CC           :  
------------------------------------------------------------

  
Forum Keadilan Malaysia KM2 - web aNtu N HFM   
 
Date  : 19/12/2000 am 

Siri 28 YTDT: Yang Semput Dan Sempit
by Marhain Tua   
 
Siri YTDT: Yang Terbang Dan Terbengkalai 
Bab: 28 
 
[Isu Rayuan Suqui nampaknya asyik timbul tenggelam. Yang menarik Mahatir sendiri 
tukang yang melambung setelah menyimpan. Ia disambut oleh Aziz Sheikh Fadhir dengan 
penuh perasaan, tetapi hangatnya tidak berpanjangan. Sebaliknya Aziz menanggung malu 
yang tidak berkesudahan, sehingga mengistihar meletak jawatan. Apa tidaknya gambar  
beliau yang tidak sopan di dewan perhimpunan cina itu adalah antara faktor kekalahan. 
 
Kini Datuk Suhaimi pula cuba mendayung sampan. Kita hairan apakah sikap memberi 
ugutan kepada Suqui itu langkah anak jantan? Lagipun Suqui hanyalah satu rayuan 
lembut yang tidak menuntut apa pun dengan sebarang kekerasan. Ia hanyalah cebisan 
harapan agar keadilan dapat dilaksanakan. Takkan melayu yang terbilang membalas  
kelembutan dengan kekerasan? - Editor ] 
 
 
 
 
YANG TERBANG DAN TERBENGKALAI 
 
BAB 28 : YANG SEMPUT DAN SEMPIT 
 
 
 
 
Yang  Semput Dan  Sempit 
 
Upacara perasmian mentohmah Mahfuz Omar melancarkan gerakan Intifada yang  
dilakukan oleh Paklah dan Najib serta penerangan mengenainya oleh Senator  
Zainuddin Maidin di Dewan Negara, belum pun berusia satu minggu. Kini sudah  
diisytiharkan pula satu lagi sandiwara terbaru yang lebih hebat, lebih padat  
dan lebih bermuslihat.  Ia akan mengalihkan perkara intifada, kisah  
perdebatan mega UMNO-PAS dan segala kepincangan ekonomi negara yang semakin  
genting. 
 
 
Sekaligus nama GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) menjadi tandatanya  
ramai rakyat negara ini. Oleh kerana namanya (GPMS) sungguh gah, tiba-tiba   
nama  insan yang menjadi presidennya mencetuskan banyak soalan lagi.   
Siapakah Dato Suhaimi Ibrahim yang menjadi presiden GPMS itu? Bagaimanakah  
dia boleh menjadi presiden sebuah persatuan pelajar ? Siapa pula yang  
memberinya gelaran Datuk itu dan apakah jasanya menerima gelaran 'datuk'?  
Apabila diberitahu Suhaimi adalah anak Pahang, ada pula bertanya: 'Itu datuk  
betul ke ataupun datuk celup?' Saya terkejut dengan soalan yang terakhir itu  
tetapi faham apabila ada orang yang memberikan penerangan lanjut  
mengenainya; 'Di Pahang orang biasa pun boleh diberi gelaran Tengku apalagi  
dengan pangkat 'datuk'. Ingat cerita Datuk Wong?....dan jangan lupa sejarah  
Melayu: 'Lanun' hari ini boleh jadi 'Temenggong' dan 'Raja' esok hari?. 
 
 
Banyak lagi soalan yang dikemukakan kepada saya kerana ramai kawan-kawan  
yang sedar bahawa saya satu ketika dulu memang menjadi ahli GPMS yang  
sungguh aktif. Tetapi itu cerita lama dan kalau dikenang  kisah lama memang  
saya masih teringat bagaimana kami berjalan kaki  dari satu desa ke satu  
desa, hampir satu bulan lamanya; meminta tandatangan golongan ibu-bapa untuk  
menyokong memorandum yang akhirnya kami kemukakan kepada Menteri Pelajaran  
ketika itu, Dato Abdul Rahman Talib (bapa kepada Dato' Fauzi,  Kuantan).  
Kami mendesak agar kerajaan membuat penentuan semoga jawatan guru asrama  
penuh diberikan kepada guru yang beragama Islam. Usaha itu saya lakukan  
hanya dengan bantuan empat insan lain, kerana kami berpendapat ramai pelajar  
Melayu yang tinggal di asrama ketika itu teraniaya. Kami tidak dibenarkan  
nasi tambah dan dimestikan keluar daripada asrama pada hari akhir sekolah.  
Ini amat menyulitkan, kerana pada waktu itu perjalanan bas untuk pulang ke  
kampung adalah amat menyulitkan. Kami bertindak itu hanya selepas negara  
mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 dan menggunakan nama GPMS  sebagai  
topeng semata-mata, untuk memperkuatkan usaha sahaja. 
 
 
Kami terdesak ketika itu dan tidak dapat bersabar lagi. Guru asrama kami  
memang zalim. Dia tidak membenarkan pelajar menikmati makanan mereka. Hanya  
satu pinggan nasi yang dibenarkan. Kami dikerah mengosongkan asrama di hari  
akhir sekolah kerana dia mahu membuat persediaan menjual segala stok barang  
makanan kering yang tesimpan di dalam stor. Kami berjaya dengan permintaan  
itu dan sejak itu kami berjaya juga mendapatkan seorang ustaz datang ke  
asrama mengajar Fardu Ain. Itulah cerita pada Disember 1957, yang melakar   
sejarah penentuan siapa yang sepatutnya menjadi guru asrama pelajar-pelajar  
di negara ini.  Kami melaksanakan itu tanpa sebarang bantuan wang daripada  
parti politik. Hanya dorongan yang dilakukan oleh dua orang guru Melayu yang  
baru pulang daripada Brinsford dan seorang operator telefon yang mempunyai  
sebuah kereta Morris Minor. 
 
 
Dua orang guru itulah yang membiayai kos minyak kereta yang kami gunakan  
untuk menemui orang kampung. Kini, mereka sudah pencen dan menjadi orang  
bergelar dan Allah telah memberi rezeki yang melimpah-ruah kepada mereka  
sehingga mereka mampu mendapatkan ijazah kedoktoran di luar negara.    
Operator telefon itu akhirnya menjadi seorang  berpangkat tinggi dan   
merupakan anak Melayu pertama yang memakai  kereta 'Jaguar' tanpa perlu  
menjadi wakil rakyat ataupun orang politik. Semoga Allah mencucuri rahmat ke  
atas rohnya. 
 
Apabila kami fikirkan peranan  sebagai pemimpin pelajar ketika itu, tidak  
pun terlintas untuk melakukan kerja-keraja yang hebat seperti mengugut   
orang lain selama satu bulan untuk menarik balik tuntutan mereka kepada  
kerajaan, dan mengugut pula untuk melancarkan satu ratus tuntutan sebagai  
balasan. Apatah lagi untuk menghimpunkan satu ratus ribu orang Melayu  untuk  
berarak sebagai bantahan. 
 
Teman-teman  saya menjerit kesukaan membaca  ura-ura GPMS itu. Saya tanya  
kenapa? Mereka jawab: "Inilah baru betul......jangan setakat berdiri di atas  
tembok dan melaung tak tentu pasal ataupun setakat menuding jari di muka  
orang yang berlemah lembut....!!!!" 
 
 
GPMS Terima Sokongan Padu 
 
 
Mengikut lapuran akhbar, GPMS menerima sokongan padu dalam usahanya itu.  
Pelbagai pertubuhan dikatakan sudah pun menyokong mereka. Antaranya ialah  
pemandu teksi, tukang gunting,  peniaga, penjaja, persatuan penduduk dan  
pertubuhan belia, pasukan  Wira bakti Kebangsaan, Persatuan Pengguna Islam  
Malaysia dan Kelab cinta Malaysia. Suhaimi Ibrahim merancang untuk  
mengumpulkan 100,000 umat Melayu  disamping mengemukakan 100 tuntutan kepada  
kerajaan demi kepentingan orang Melayu. 
 
Belum pun sempat Suhaimi memanggil 200 pertubuhan Melayu menyertai  
perjumpaan  yang akan diadakan, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia  
(PESAKA)  sudah pun bersedia  untuk mengerah tiga juta  pesilat (Sila baca:  
Pesaka Sedia Kerah Tiga Juta Pesilat - Mingguan Malaysia Ahad 17.12.2000) di  
seluruh negara untuk menyertai perhimpunan itu. Setiausaha Agong Pesaka  
telah dipetik sebagai berkata: "Pesilat-pesilat Melayu tidak gentar  untk  
mempertahankan hak mereka daripada ancaman mana-mana pihak dan ini telah  
dibuktikan sejak sekian lama sperti memperjuangkan kemerdekaan negara.  Bagi  
kita Suqui tidak  sepatutnya mula bermain api serta sanggup menjolok sarang  
tabuan.  Jika mereka terus  berdegil, kami sedia turun padang menyertai  
perhimpunan paada bila-bila masa sahaja. Pesaka  memandang serius sikap  
biadap pelampau Cina dan tidak akan memandang ringan mengenainya.  Kita  
lihat Suqui nampak bersungguh-sungguh  dan sanggup  bersikap biadap terhadap  
Perdana Menteri dalam tuntutan mereka. Kami sedia bangkit untuk  
mempertahankan maruah bangsa. Kami tidak akan berdiam diri." Kepada Pesaka  
kita syorkan bersabar dulu dan jangan  panas baran tidak menentu. Malu, orang  
Melayu...!!!! Jangan mudah cakap kosong kalau cakapan itu tidak berasaskan  
fakta. Teliti dulu segala fakta agar tidak terjebak dalam perangkap  
pembohongan mega. 
 
 
 
 
Kalau 20,000 pesilat Melayu daripada 380 pertubuhan menyokong GPMS, bererti  
Suhaimi akan mampu menyediakan lebih 100,000 orang Melayu berhimpun  
menyanggah  Suqui. Kalau 200 pertubuhan Melayu  yang akan  menghantar wakil  
turut berhimpun dan berarak itu, ini bermakna GPMS boleh mengajak sama  
penaja Guinness Book of Record untuk mencatatkan upacara itu sebagai  
terbesar di negara ini. Kalau PESAKA sedia membantu,  perhimpunan GPMS itu  
akan menandingi 'The Million March' yang ditaja oleh Farkahan di Amerika  
satu ketika dulu.  Ini bererti pada hari perhimpunan itu nanti, negara ini  
akan lumpuh selumpuhnya.  Bayangkan, kalau persatuan teksi ikut serta,  
pergerakan teksi akan tergendala. Tukang gunting akan berhenti berniaga,  
penjaja akan menutup gerai mereka. Para peniaga akan menutup perniagaan  
mereka dan persatuan penduduk dan persatuan belia akan turut serta dan  
terpaksa juga bercuti daripada pekerjaan mereka. Dengan lain perkataan GPMS  
akan melakar satu sejarah besar di mana seluruh dunia dan negara akan lumpuh  
dibuatnya. Tetapi, itu semua impian sahaja dan tidak lebih daripada satu  
sandiwara lagi. Soalnya sekarang berapakah 'fulus' yang sudah menunggu untuk  
deluluskan? 
 
 
Berbaloikah Itu Semua? 
 
 
Saya mengajak semua rakyat yang cintakan negara ini menilai fakta ini dulu: 
 
 
      a.     Asal usul tuntutan Suqui bermula sebelum pilihanraya umum 1999 dulu.  
          Ketika itu, Suqui menyerahkan satu memorandum 17 perkara (yang mengandungi  
          83 tuntutan)  kepada Perdana Menteri. Antara tuntutan Suqui yang dianggap  
          ekstrem (mengikut catatan U. Melayu) ialah: 
           
          a.1  Di bawah tajuk menggalakkan perpaduan, Suqui meminta dimansuhkan  
          perbezaan bumiputra dan bukan bumiputra dalam semua bidang; 
           
          a.2    Demi mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan Keadilan, Suqui  
          meminta dipinda Akta Kesatuan Sekerja, Akta hasutan, Akta Penerbitan dan  
          Mesin Cetak, Akta Polis dan Akta Universiti dan Kolej Universiti supaya  
          selaras dengan piawaian hak asasi manusia dan memperthankan kebebasan  
          bercakap, perhimpunan dan persatuan; 
           
          a.3      Di bawah  tajuk Laksanakan Dasar Ekonomi yang 'ADIL', Suqui meminta 
 
          diberikan bantuan secara adil dan mencukupi kepada semua sektor termasuk  
          industri penternakan babi.  Sistem kuota yang berasaskan 'kaum' hendaklah  
          dihapuskan  dan digantikan dengan sistem pengagihan yang berasaskan  
          'kebolehan' (means tested sliding scale); 
           
          a.4         Dalam tuntutan Laksanakan Dasar Pendidikan yang progresif dan  
          liberal, Suqui meminta dibatalkan rancangan Sekolah Wawasan dan hentikan  
          perlantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memgang  
          jawatan-jawatan tinggi di sekolah rendah Cina untuk memastikan sifat dan  
          cara pendidikan di sekolah rendah Cina tidak diubah. Kuota  untuk kemasukan  
          ke universiti pun hendaklah dihapuskan; 
           
          a. 5           Di bawah perkara Lindungi Alam Sekitar Suqui mahu kerajaan  
          turut  mengindahkan kawasan-kawasan  perkuburan  dan pastikan kawasan  
          tersebut tidak dipindah untuk tujuan pembangunan.Dalam usaha memodenisasikan 
 
          dan membangunkan kampung baru, Suqui mendesak kerajaan memastikan semua  
          penduduk perkampungan baru diberi hak milik tanah dengan segera. 
           
          Demikianlah antara tuntutan yang dianggap ekstrem. Yang tidak ekstem itu  
          tidak perlu dicatatkan walaupun ada tuntutan yang mengambil kira pembangunan 
 
          masyarakat orang Asli. 
           
           
      b.     Tuntutan Suqui itu sudah pun berusia lebih satu tahun. Ia telah diladeni  
          dengan berhemah oleh pihak BN dengan mengambil kira adanya beberapa tuntutan 
 
          yang dianggap keras dan kasar.  Namun, Presiden MCA telah berkata bahawa 83  
          tuntutan dalam 17 perkara itu boleh dibincangkan secara terbuka kerana  
          adanya 83% di antaranya yang memang boleh dibincangkan.  Kenyataaan presiden 
 
          MCA itu dibuat kelmarin, besamaan satu tahun setengah selepas Perdana  
          Menteri menerima Memorandum tersebut. 
           
      c.     Perdana Menteri telah berusaha untuk mengendurkan keadaan dengan bertemu  
          dengan Ahli Jawatankuasa Suqui dan menyatakan betapa memorandum itu telah  
          dibincangkan dalam kabinet untuk pertimbangan.  Pada dasarnya ketika itu  
          Tuntutan Suqui itu dianggap sebagai satu tuntutan mecekik leher kerana ia  
          boleh menggugat kemenangan BN di pemilu November dulu.  Kerana itu  tuntutan 
 
          itu diterima secara prinsip pada 23 September 1999. Ini bererti penerimaan  
          itu dibuat secara prinsipnya dua bulan sebelum diisytiharkan hari penamaan  
          calon Pemilu 1999 itu. 
           
      d.     Perdana Menteri dan juga pemimpin MCA dan Gerakan serta pucuk pimpinan  
          UMNO tidak pun membesar-besarkan tuntutan Suqui itu untuk hampir sepuluh  
          bulan. Ketika episod  Al Maunah meledak pada awal Julai 2000, Suqui tidak  
          pun dikaitkan dengan sikap yang diambil oleh pemimpin Al Maunah itu.  
          Malahan, tuntutan Suqui itu berjaya diperam oleh BN ketika pilihanraya kecil 
 
          di Sanggang, di Teluk Kemang dan juga di Lunas.  Yang muncul di Lunas hanya  
          konsep Sekolah Wawasan. Tuntutan Suqui tidak menjadi faktor utama, kerana  
          Perdana Menteri pun kerap meletakkan kekalahan kepada 'Faktor Pembangkang  
          Yang bertindak Ganas menghalau Bas Yang Membawa Pelancong?'. Bas itu  
          sebenarnya membawa pengundi hantu, tetapi oleh kerana terkejut dan sudah  
          semakin semput, perdana menteri mengatakan bahawa 'yang datang itu adalah  
          para penyokong Barisan Alternatif.' 
           
      e.     Pada 31 Ogos 2000, Perdana Menteri ada membuat ucapan ulangtahun  
          kemerdekaan negara yang bertajukkan 'Tentang Tuntutan Ekstrem'. Di sini dia  
          ada menyentuh  nama Suqui dan eloklah kita ulang-tulis sebahagian ucapan  
          beliau itu: 
           
           
          ...... "Oleh kerana ternampak seolah-olah kerajaan yang diketuai oleh orang  
          Melayu  sudah menjadi lemah maka puak ekstrem Cina yang memang pun tidak   
          senang hati dengan kerjasama berbagai kaum di Malaysia ini sudah mula  
          menyakitkan hati orang Melayu dengan membuat tuntutan yang bukan-bukan.  
          Tindakan mereka tidak banyak berbeza dengan tindakan Komunis dahulu yang  
          hendak menghapuskan sama sekali kedudukan yang istimewa orang Melayu di  
          Malaysia ini. 
           
          "Daripada segi pendekatannya, Suqui (Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya  
          Persatuan-persattuan cina) ini adalah sama dengan Al Maunah, iaitu cuba  
          menyakitkan hati orang tertentu, supaya perasaan perkauman dihidupkan  
          semula. 
           
          "Serangan Al Maunah dan Suqui akan merosakkan hubungan baik antara kaum yang 
 
          telah diusahakan oleh kerajaan. Jika akhbar Cina yang suka menimbulkan  
          perasaan tersalah di kalangan orang cina yang sederhana dan laman-laman  
          fitnah yang terdapat dalam Internet yang diusahakan oleh orang Melayu,  
          berjaya mempengaruhi kedua-dua kaum ini, maka kerjasama antara kaum akan  
          diganti dengan konfrontasi yang akan menggugat kestabilan dan keamanan  
          negara. 
           
          "Saya ingin merayu kepada puak ekstremis ini, daripada kdua-dua  kaum supaya 
 
          menghentikan bermain dengan api perkauman. Saya juga ingin memperingati  
          semua pihak bahawa kerajaan ini bertanggungjawab terhadap keselamatan dan  
          kemajuan negara ini. Kerajaan ini tidak takut dicemuh oleh media asing dan  
          kuasa-kuasa besar di dunia apabila keselamatan dan keamanan dalam negara  
          diancam. Kita tahu siapa orang asing ini.  Mereka terlibat secara langsung  
          dari dahulu sehingga sekarang dengan jenayah antarabangsa yang meragut  
          nayawa  ratusan ribu orang yang tidak berdosa dan menyiksa berjuta orang  
          lain. Sekatan yang dikenakan oleh mereka dan tindakan mengebom sasaran  
          tertentu oleh mereka mencabul hak asasi manusia dengan lebih teruk  
          berbanding dengan tahanan di bawah ISA. 
           
          "Lagipun, pertuduhan dalam mahkamah juga tidak akan menghentikan cemuhan  
          mereka. Mereka tetap menuduh kehakiman kita berat sebelah. Sama ada kita  
          guna ISA atau mahkamah adalah hak dan pilihan kita. Kita yang akan  menjadi  
          mangsa rusuhan, bukan mereka.  Kerajaan ini tidak berminat untuk dipuji oleh 
 
          orang asing. Tanggungjawab kita ialah kepada rakyat yang memilih kita, iaitu 
 
          majoriti rakyat Malaysia. Pemerintahan ini akan menentukan  negara ini terus 
 
          stabil dan aman supaya rakyat akan hidup sempurna, supaya wang rakyat  
          digunakan untuk membangunkan rakyat dan negara. 
           
          "Kita akan terus memerintah mengikut undang-undang dan lunas-lunas demokrasi 
 
          yang membolehkan rakyat memilih kerajaan berasaskan kepada penilaian tentang 
 
          kebolehan  parati-parti yang bertanding. 
           
          "Kita akan melawan habis-habisan penyalahgunaan agama bercampu fitnah untuk  
          membangkitkan kebencian sebagai cara memancing undi. Kita  akan memelihara  
          kesucian agama Islam dengan mengembangkan ajaran Islam yang tulen. Kita akan 
 
          melawan percubaan mencetuskan rusuhan kaum melalui tuntutan yang ekstrem.  
          Kita akan memelihara hak semua kaum seperti yang termaktub dalam  
          Perlembagaan negara kita. 
           
          "Kita tidak akan tunduk kepada orang asing, agensi-agensi mereka dan media  
          mereka walau apa pun tekanan yang ditujukan kepada kita dan negara kita. 
           
          "Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan bebas. Pada hari kita  
          merayakan kemerdekaan kita yang ke-43 tahun, marilah kita berbangga dengan  
          kecapaian kita sehingga kini, marilah kita bersepadu, bumiputra dan bukan  
          bumiputra, Melayu dan bukan Melayu, marilah kita pelihara maruah dan  
          kehormatan kita, marilah kita berganding bahu, menguasai semua ilmu dan  
          bekerja keras untuk memajukan bangsa, negara dan agama kita, supaya negara  
          kita terus merdeka, bebas, berdaulat dan dihormati oleh seluruh dunia.  
          ........." 
           
 
 
 
Impak Pembohongan Besar Raja Kelentong. 
 
 
Ucapan ini dibuat pada 31 Ogos, 2000. Ia mengungkit Al Maunah dan Suqui.  
Mengikut penelitian saya, Al Maunah dicetuskan untuk memberi oomph kepada  
ucapan ulangtahun kemerdekaan.  Episod Al Maunah adalah penting untuk memberi  
satu 'buffer' kepada Mahathir menghentam Suqui. Dia tidak berani menghentam  
Suqui secara 'solo' kerana takutkan bahana dan reaksi balas masyarakat Cina.  
Kalau dia berani melakukannya tentu dia sudah membangkitkan hal Suqui itu  
pada ucapan Tahun Baru 2000.  Lagipun dia tidak boleh melakukan  hentaman  
terhadap Suqui kerana kabinet sudah menerima secara prinsipnya tuntutan  
Suqui itu pada 23 September 1999. 
 
Mungkin ada yang terasa terusik apabila saya ulangkan bahawa Episod Al  
Maunah satu sandiwara.  Dalam hal ini saya mengajak saudara yang terguris itu  
menilai semula lapuran Memali di mana jelas menunjukkan betapa pasukan yang  
diarah menggempur rumah Al Syahid Ibrahim Libya telah diberitahu bahawa  
mereka akan menggempur kem komunis. Sebelum itu mereka telah diberi jamuan  
sakan di mana minuman keras diagihkan secara bebas. 
[Sila Rujuk KM2: Rencana 3154 - Editor] 
 
Yang paling afdal sekali buatlah lawatan ke rumah balu beliau yang  
ditandakan dengan tanda batu kilometer 9 sebelum Baling. Lihatlah sendiri  
pangkal pokok kelapa berlubang di halaman rumah itu. Perhatikan pula  
bagaimana Ibrahim Libya tumbang kerana serangan peluru bertalu-talu. Selepas  
itu pergilah ke Parit Panjang dan ziarahilah kubur yang menanamakan 13  
daripada 14 insan yang tidak berdosan  itu. 
 
Setiap kali Mahathir menyebut Al Maunah, dia lupa kes Al Maunah belum pun  
diselesaikan oleh mahkamah. Bukankah perbuatan beliau itu  satu penghinaan  
kepada mahkamah. Bukankah beliau mengaibkan ahli keluaraga mereka yang  
dituduh sebagai pengkhianat dan penderhaka negara itu. Begitu juga halnya  
dengan keluarga mereka yang terbunuh di Memali dulu. Kes mahkamah mereka  
masih tertangguh lagi. 
 
Dalam hal ini saya sendiri pun hairan bagaimanakah PESAKA sanggup merelakan  
diri mereka untuk turut berdemonstrasi dengan GPMS sedangkan  di mahkamah  
masih ada lagi  satu kumpulan ahli  pengamal ilmu silat yang sedang diadili?  
Kenapakah PESAKA tidak berbuat sesuatu untuk merengankan penderitaan ahli  
keluarga mereka yang dituduh itu? Adakah PESAKA melancarkan satu tabung khas  
mengutip derma membantu ahli keluarga Al-Maunah yang tertekan hidupnya  
kerana si bapa yang sudah lama terpenjara? Bagaimanakah anak-anak mereka  
menghadapi  musim puasa dan hari raya? Bagaimana pula mereka akan menghadapi  
musim sekolah yang baru? 
 
Kalau kita teliti ucapan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Pesaka Megat  
Dzainuddin Datuk Omar Din, kita boleh buat andaian betapa beliau tersilap  
congak kerana tersilap dengar, ataupun tersilap tafsir kerana tersilap  
terima........ maklumat. 
 
Salah satu petua ilmu silat ialah membatu dan  membisu sehinggakan  
pergerakan nafas pun disembunyikan untuk menilai kewujudan dan kekuatan  
lawan.  GPMS baru sahaja  berura-ura menghubungi ' 200 pertubuhan  Melayu  
menyertai perjumpaan yang akan diadakan bulan depan...' Ini bererti  
gelanggang untuk berjuang belum disiapkan lagi, tetapi PESAKA sudah gelabah  
tak tentu diri. Kita tidak salahkan Megat Zulkarnain ini kerana dia masih  
muda lagi.  Tetapi kita salahkan Suhaimi Ibrahim kerana sanggup membuka  
gelanggang yang tidak perlu. Apakah tujuan beliau membesar-besarkan satu kes  
yang dianggap oleh majoriti orang Cina dan penduduk Melayu  sebagai satu  
acahan sahaja? 
 
 
Bila Cina Acah Melayu Gelabah 
 
Pada 31 Ogos 2000 di muka surat 10 Berita Harian, seorang penulis cina  
bernama L.C. Fang ada menulis satu artikel berjodol "Melihat Isu hak Melayu  
Dari Aspek Budaya." Artikel ini pernah ditulis semula oleh Mat Teropong  
untuk dimuatkan dalam internet. Bacalah kembali artikel yang sungguh  
bermakna itu. [Sila Rujuk KM2: Rencana 3430 - Editor] 
 
Di situ kita akan faham bahawa apa yang berlaku sekarang ini  
adalah impak pembohongan besar yang dilakukan oleh Mahathir bin Mohammad  
selama ini. Dia telah memeram Laporan Tuntutan Suqui sehinggakan rakyat  
terutama sekali orang Melayu tidak tahu bahawa dia sudah mendapatkan  
persetujuan kabinet secara prinsipnya menerima segala tuntutan itu pada 23  
Septermber 1999. 
 
Pada 23 Ogos 2000 (hampir satu tahun kemudiannya)  Mahathir telah membuat  
satu kenyataan di Maputo, Mozambique di mana dijelaskan perkara itu: 
 
....... "Saya sudah menerima penjelasan beliau (Datuk David Chua) dan tidak  
mahu  perkara itu dibesarkan. Saya cuma kata, lain kali jangan cakap begitu  
kerana ini benda sensitif."....... 
 
David Chua ialah ahli majlis tertinggi MAPEN (II) yang dikatakan mengungkit  
Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu. Tindakannya itu telah memberi semangat  
kepada seorang peroksi pemimpin Melayu memanjat tembok Dewan Perhimpunan  
Cina dan memberikan amaran agar masyarakat  Suqui tidak menjolok sarang  
tabuan. 
 
Kini, peranan mengugut itu telah diambil alih  oleh GPMS melalui Suhaimi  
Ibrahim. Dia juga sudah memberikan tempoh satu bulan untuk Suqui menarik  
balik tuntutan mereka. Jika tidak, GPMS akan mengemukakan 100 tuntutan  
sebagai balasannya kepada kerajaan. 
 
 
Kalau Otak Sudah Sempit 
 
 
Tindakan Suhaimi Ibrahim dan GPMS amat memalukan saya. Malahan, ramai orang  
melayu yang merasa malu kerana tindakan itu melambangkan betapa sempitnya  
seorang pemimpin pelajar Melayu di negara ini. Malahan itu juga melambangkan  
betapa sempit ramai pemimpin Melayu di negara ini, tidak kiralah sama ada  
memimpin parti politik seperti UMNO ataupun pertubuhan silat seperti PESAKA. 
 
Inilah yang saya sebut sebagai projek hangat-hangat tahi ayam. Semalam saya  
lembutkan sindiran itu dengan menyebut hangat-hangat pulut panggang. Mungkin  
sindiran berupa nasihat tidak membawa kesan. Kali ini kita menyindir keras  
secara berdepan.  GPMS akan diiktiraf sebagai satu kumpulan kera sumbang,  
seandainya Suhaimi Ibrahim melancarkan demonstrasi terhadap Suqui. 
 
 
      i.     Kerajaan melalui satu persidangan kabinetnya sudah pun menerima secara  
          prinsip, tuntutan yang dikemukakan oleh Suqui; 
           
     ii.   Mahathir  sebagai perdana menteri Malaysia telah menerima  
          penjelasan David chua yang dikatakan sengaja diputarbelit oleh  akhbar media 
 
          perdana. Dia tidak pernah memperlekehkan Hak Keistimewaan melayu.  Yang  
          memperlekehkan kisah itu ialah Utusan Melayu, kerana mahu lariskan akhbar  
          mereka, mungkin. 
           
    iii.     Isu Suqui dibangkitkan semula oleh Mahathir ketika membuat ucapan   
          Ulangtahun Kemerdekaan ke- 43 dulu. Dan dia hentam Suqui sambil dia hentam  
          Al Maunah. Dia tuduh Suqui  kerana  mempunyai segi pendekataan yang sama  
          dengan Al-Maunah, 'iaitu cuba menyakitkan hati orang tertentu, supaya  
          perasaan perkauman dihidupkan semula'. 
           
     iv.     Mahathir setuju agar kabinet  menerima memorandum yang dikemukan oleh  
          Suqui. Di waktu yang sama dia menyebut bahawa 'tindakan mereka itu  tidak  
          banyak berbeza dengan tindakan Komunis dahulu yang hendak menghapuskan sama  
          sekali kedudukan yang istimewa orang Melayu di malaysia ini.' 
           
      v.     Mahathir mempertahankan  segala bentuk undang-undang drakonian yang  
          diperkenalkan oleh penjajah dulu.  Di waktu yagn sama dia mengutuk segala  
          bentuk penjajahan di dunia ini. 
 
 
Apa yang berlaku kini, hingga membabitkan hampir 200 pertubuhan Melayu  
adalah satu drama terbesar sebelum Hari Raya Puasa. Suqui adalah satu  
gagasan yang mewakili 2,200 pertubuhan Cina di negara ini. GPMS melalui   
Suhaimi Ibrahim akan dapat banyak 'mileage' dalam perkara ini. Tetapi, di  
waktu yang sama 'mileage' yang diharapkan itu akan pupus dalam waktu yang  
singkat kerana faktor pulut panggang yang amat jelas dalam hal ini. Apakah   
Suhaimi Ibrahim fikir, masyarakat Melayu di negara ini sudah bacul  
sehinggakan tuntutan Suqui yang dikemukakan pada tahun yang lalu itu sesuatu  
yang amat berbahaya untuk dibiarkan begitu saja? 
 
 
Suhaimi Ibrahim sebenarnya memalukan nama orang Melayu dengan ura-uranya  
itu. Pendekar tulin  Melayu tidak pernah memberi amaran, dia bertindak bila  
perlu dan kalau diperlukan. Tindakan membuat tuntutan sehingga 100 jenis  
banyaknya adalah satu lelucon sahaja. Ini bererti seluruh perlembagaan  
negara itu perlu dirombak semula ataupun dilakukan pindaan yang besar  
terhadapnya. 
 
Suhaimi sudah pun mengeluarkan kata-kata ugutan kepada masyarakat Cina  
dengan memberi tempoh untuk mereka meminta maaf.  Ini juga gelagat Aziz Sikh  
satu ketika dulu.  Apakah masyarakat Cina akan meminta maaf, sedangkan  
tuntutan mereka itu sudah diterima oleh kabinet satu tahun yang lalu. 
 
Gelagat Suhaimi sebagai pemimpin pelajar di negara ini dan juga gelagat Aziz  
Sikh sebagai wakil masyarakat pemuda Melayu yang suka berpolitik adalah satu  
gelagat yang  layak dilaksanakan dalam filem komidi sahaja.  Ia tidak   
beralaskan hakikat hidup di bumi nyata. Ini merupakan  sindrom ugut-mengugut  
yang diamalkan oleh UMNO selama ini. Pemimpin UMNO selalu berkata: "UMNO akan  
terus berkuasa kerana sokongan padu orang Melayu...." Tetapi kini, orang  
Melayu sudah tidak menyokong UMNO lagi. 
 
Taktik budaya menakutkan itu sudah menjalar kepada parti komponen BN yang  
lain. Pada 10 Disember, menteri kesihatan, Dato Chua Ju Meng ada mengugut  
orang Cina dengan berkata; "Warga Cina Hilang Hak Jika Pembangkang  
Memerintah" 
 
.... "Masyarakat Cina akan semakin kehilangan hak dan tidak akan dipedulikan  
lagi. Mereka terpaksa berhijrah ke negara lain untuk mencari penghidupan.  
Keadaan ini berlaku  di kebanyakan negara  yang menjadikan agama sebagai  
alat untuk menjadi  parti pemerintah. Keadaan yang sama sudah berlaku di  
Kelantan dan Terengganu  kerana banyak rakyatnya  terpaksa berhijrah ke  
tempat lain dan hak masyarakat Cina semakin diabaikan. Di Lunas, PAS menjadi  
pendokong utama kepada Keadilan untuk merampas  kerusi tradisi DAP sebelum  
ini sehingga DAP kehilangan hak untuk bertanding dalam pilihanraya kecil  
Dewan Undangan Negri itu bulan lalu"......... 
 
 
Oleh kerana Mahathir berbohong selalu, hampir semua pemimpin parti komponen  
BN pun gemar berbohong.  Pembohongan besar sudah menjadi sebahagian darah  
daging pemimpin BN itu. Kalau kita teliti ucapan Chua itu memang jelas  
sangat putarbelitnya. Dia salahkan parti pembangkang kerana ramainya orang  
Cina yang berhijrah ke luar negara.  Tetapi dia tidak pernah ungkit, sebab  
utama orang Cina berhijrah ke luar negara ialah masalah persekolahan  
anak-anak yang mampu meraih simpati insttitusi amal dan gereja besar di luar  
negara.   Ramai orang Cina yang berhijrah ke luar negara mendapatkan stratus  
penduduk tetap dan tidak pula membuang kerakyataan Malaysia. Mereka lakukan  
ini untuk mencari peluang niaga yang lebih mudah di luar negara dan  
mengumpulkan harta sehingga anak-anak selesai bersekolah. Selepas itu mereka  
pulang balik ke Malaysia menjadi golongan yang sudah kaya raya. 
 
Lagi satu faktor yang mendorong masyarakat Cina berhijrah ialah kemampuan  
untuk hidup selesa tanpa mengikut rentak budaya Cina lama. Di negara asing  
mereka tidak perlu membeli kereta mewah untuk ditayangkan sebagai lambang  
kekayaaan yang ada. Mereka tidak perlu membina rumah besar-besar sebagai  
lambang mereka sudah berjaya, seperti di Malaysia. Yang lebih penting lagi  
mereka merasa selesa dan selamat hidup di negara di mana tidak ada  
undang-undang drakonian serta kebebasan untuk membaca apa yang mereka suka.  
Chua Jui Meng mungkin mampu menipu orang Cina Muar kerana mereka adalah  
seperti orang Melayu juga yang lebih gemar diam membisu daripada banyak  
bersuara. Lagipun Cina Lunas sudah mengajar mereka apa yang perlu dilakukan  
satu hari nanti. 
 
Pada keseluruhannya kita lihat, segala gembar-gembur mengenai tuntutan Suqui  
itu telah dijadikan satu modal besar oleh UMNO sehingga sanggup menggunakan   
pertubuhan Melayu lain sebagai proksi  melakukan sandiwara terbaru untuk  
mengalihkan pandangan orang Melayu. Kita tahu perkara ini satu sandiwara  
lagi kerana pada hari ini Paklah sudah disebut memberi ingatan bahawa ini  
bukan masanya untuk retorik perkauman. Kita setuju dengan Paklah kerana  
hanya otak yang sempit mampu mengalihkan perhatian daripada keadaan yang  
semput.  Bukankah itu yang dijadikan satu amaran ketika kempen Lunas bermula?  
Kenapakah Suhaimi Ibrahim tidak menyedarinya? 
 
 
Oleh kerana terlalu kerap isu hangat disensasikan tanpa akhbar media  
menyorot latar belakang sesuatu isu itu, ramai pemimpin Melayu yang tidak  
ada nama dalam arena politik UMNO, cuba menonjolkan diri untuk menempah  
populariti.  Mereka tidak sedar yang mereka perlekehkan ialah bangsa sendiri  
walaupun tujuan mereka ialah untuk mengampu seorang diktator tua yang tidak  
punya banyak masa lagi. Tetapi, itulah dasar dan amalan orang yang semput  
wibawanya sehinggakan otaknya menjadi sempit bila memikirkan perkara yang  
serius untuk kebaikan negara.   Taktik menyanggah masyarakat Cina dengan cara  
memperlekehkan memorandum Kumpulan Suqui menunjukkan betapa sempitnya otak  
beberapa  pemimpin muda di negara ini, sebenarnya.  Seperti juga Mahathir,  
pemimpin muda seperti ini tidak ada tempat dan relevan lagi di kalangan  
masyarakat bangsa.  Lagi cepat mereka sedar perkara ini, lebih selamat  
negara ini akhirnya. 
 
-marhaintua- 
18.12.2000 
 
 





Ref URL: http://server22.hypermart.net/webantu/cgi-bin/forum.cgi?id=KM2&read=3448

Code: (K-left) at http://webantu.cjb.net/ 
You may distribute whatever, wherever 
Time/Date Generated : 11:23:04 PM 21/12/2000 Thu



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke