*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Assalamu'alaikum.

Dalam tulisan saudara ariman, anda mempersoalkan dengan pertanyaan 
berikut...

>Pemerintahan Islam ??

Sebenarnya tulisan saya sebelum ini merujukkan kepada negara Malaysia 
sebagai sebuah kerajaan negara Islam. Apabila saudara ariman mengajukan 
persoalan "Pemerintahan Islam ??" .... ia seolah-olah saudara mendakwa 
bahawa Malaysia ini bukan negara Islam.

Sebaliknya saudara merujuk kepada Kelantan & Terengganu bila menyebut 
pemerintahan Islam. Seolah-olah hanya Kelantan & Terengganu sahaja adalah 
pemerintahan Islam.

Lain kali janganlah mudah melatah. Baca dan fahamkan betul-betul dahulu 
tulisan orang lain. Jangan ikut emosi dan dorongan politik semata-mata. 
Jangan terlalu berpuak-puak. Jangan lekas buruk sangka.

Sekian.




>From: ari man <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>CC: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: RE: H-Net* Re:  Wahai Pas jangan bela kekafiran
>Date: Thu, 21 Dec 2000 15:25:28 -0500 (EST)
>

>salam.
>Pemerintahan Islam ??
>hak bukan Islam dibawah pemerintahan Islam??
>pemerintahan Islam yang macam mana.? Apakah Islam yang di Kelatan dan 
>Trengganu tu kamu anggap pemerintahan Islam. Sedangkan hak umat Islam tak 
>dapat mereka bela, ini pulak nak bela hak bukan Islam. Tak ada kafir zimmi, 
>tak ada kafir harbi, dalam pemerintahan pas. semuanya sama aje. masing2 
>bayar cukai kepada kerajaan athiest dan sekular pusat. sedangkan PAS 
>sendiri, 'wala'nya masih kepada bendera sekular, 'bara'nya terhadap kaum 
>muslimin sendiri. Pemerintahan ISlam yang macamana ni.? Umat Islam dari 
>Patani - memintak derma dan perlindungan - mereka dahle tak bagi duit, 
>malah dibiarkan aje anjing2 sekular menangkap, dan kapir menyembelih.
>Sedarlah sedara2 sekelian dan kembalilah kepada Quran dan Sunnah Rasulnya 
>sebelum Allah menutup mati hati kalian. Ketahuilah, Sesungguhnya PERANG itu 
>telah disyariatkan (AlBaqarah:216)
>
>Dan perang itulah yang membezakan antara mereka yang beriman dan mereka 
>yang munafik kepada Allah dan Rasulnya. (AtTAubah)
>
>------Original Message------
>From: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Sent: December 21, 2000 1:07:35 PM GMT
>Subject: H-Net* Re:  Wahai Pas jangan bela kekafiran
>
>
>
>
>Wa'alaikumussalam.
>
>Wahai saudara Fakrull, mungkin anda benar dalam mangatakan bahawa Islam
>tidak pernah menerima sebarang kekafiran. Tetapi anda gagal dalam memahami
>bahawa orang-orang kafir juga mempunyai hak untuk dibela dibawah
>pemerintahan Islam.
>
>Tambahan lagi, mereka juga mempunyai hak untuk menerima petunjuk dan dakwah
>Islam. Malah, ia menjadi tanggungjawab setiap orang Islam untuk 
>menyampaikan
>perutusan Allah kepada mereka. Menyampaikan perutusan Allah kepada
>orang-orang kafir adalah fardhu kifayah. Sekiranya tiada di kalangan orang
>Islam yang menyampaikan kepada mereka, maka dosa tersebut ditanggung oleh
>kesemua orang Islam dalam masyarakat berkenaan.
>
>Janganlah hanya semata-mata kerana politik saudara mahu menyekat mereka
>mendekati Islam. Atau dalam lain perkataan, saudara mahu menyekat Islam
>sampai kepada mereka?
>
>Dan, janganlah saudara pula mahu menafikan hak mereka untuk dibela dibawah
>pemerintahan Islam.
>
>Sekian, wassalam.
>
>
>
>
>
> >From: fakhrull <[EMAIL PROTECTED]>
> >To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
> >Subject: H-Net* Wahai Pas jangan bela kekafiran
> >Date: Thu, 21 Dec 2000 06:19:47 +0800
> >
> >
> >Assalamualaikum..
> >Wahai sahabat sahabat dari Pas hentikan segera belaan terhadap
> >kekafiran.....
> >Suqiu mempunyai helah yang amat halus......Sayangilah Agama kita ISLAM
> >kalau kamu benar benar pejuang ISLAM yang kamu laungkan....Islam tak
> >pernah menerima sebarang kekafiran......Jangan kerana politik kita jual
> >Islam dengan harga yang murah.....Dan saya harap Pas tak kan sanggup
> >berbuat demikian ....Insyaalah....
> >
> >
>

_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Putra Sulong ." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke