*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Awas: Perompak No. 1 & 2 Negara Bersandiwara
Oleh: Awang Siber
Dalam keghairahan media perdana menaikkan semangat Melayu untuk memartabatkan kuasa
Dr. Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri untuk menghancurkan bangsa Melayu di
Tanahairnya sendiri sekali lagi orang Melayu dialongkan dengan sandiwara baru melalui
GPMS pimpinan Suhaimi Ibrahim. Tajuknya tuntutan 100 perkara GPMS.
Tuntutan Siqui bukan masaalah besar bagi Dr. Mahathir. Dia berkuasa sekarang ini. Apa
yang ditakutkan dengan tuntutan Siqui ini? Bila-bila masa boleh dibawa kemeja
rundingan sepertimana yang berlaku sebelum pilihanraya yang lalu. Malah Mahathir
setuju dengan semua tuntutan Siqui ini. Mengapa isu ini ditimbulkan semula? Ia tidak
lain dan tidak bukan ialah untuk mengalih pandangan rakyat dari tindakan rompakan
beliau bersama Daim telah, sedang dan akan lakukan. Rompakan untuk menghancurkan
ekonomi orang Melayu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kita.
Sedang orang Melayu diasyikkan dengan isu tuntutan Siqui yang disandiwarakan, satu
demi satu rompakan sedang dilakukan oleh Mahathir dan Daim untuk kepentingan peribadi
dan keluarga mereka.
Pertama: Mempergunakan Danamodal untuk membeli MBF Finance dan kemudian menjualnya
kepada anak syarikat Malaysia Plantation Berhad (MPlant) iaitu Multi Purpose Bank
dengan harga separuh daripada harga yang dibeli oleh Danamodal yang mengakibatkan
kerugian sebanyak RM 480 juta kepada Danamodal. Danamodal ialah sebuah Badan dibawah
kuasa Menteri Kewangan.
Kedua: Daim menggunakan kedudukannya sebagai Menteri Kewangan untuk meluluskan
penjualan Bolton Finance dan International Bank of Malaysia yang dimiliki beliau
kepada Multi-Purpose Bank melalui "share swap" (MPlant) yang mengakibat Daim
sekeluarga menguasai (MPlant) ( SILA BACA TEKS UCAPAN YB. ABD RAHMAN YUSOF -MP
KEMAMAN DAN YB HUSAM MUSA- YB KUBANG KERIAN) untuk mengetahui transaksi sepenuhnya.
Ketiga : Putrajaya menganugerahkan kontrak bernilai RM 3 billion kepada (MPlant) untuk
fasal pertama pembangunan Putrajaya. Jumlah peruntukkan untuk pembangunan Putrajaya
ialah RM 22 billion.
Keempat: Khazanah Holdings dibawah kuasa Menteri Kewangan membeli saham Malaysia
Airline yang bernilai RM 3.80 sesaham di Bursa Saham Kuala Lumpur dengan harga RM 8.00
sesaham.... harga lebih sekali ganda dari harga pasaran. Khazanah kerugian RM 1
billion dari transaksi ini
Kelima: Menggunakan wang Petronas sebanyak RM 2 billion untuk membeli saham Proton
dengan harga yang amat mencurigakan
Keenam: Membenarkan Halim Saad menangguh pembayaran pembelian saham Renong akibat
daripada put-option yang terpaksa ditunaikan oleh beliau. Dimana Halim Saad selaku
proksi Daim akan mengambil wang yang begitu banyak untuk membuat pembayaran2 tersebut
yang bernilai RM 5 billion???
Ketujuh: Menggunakan Danaharta untuk menyelamatkan Halim Saad dari diambil tindakan
bankrupsi oleh 4 buah bank tempatan yang sebahagian dimiliki oleh kerajaan Malaysia
akibat dari kerugian pelaburan syarikat Hottick yang kerugian dalam pelaburan dalam
syarikat Philippine National Steel Corp.sebanyak RM 3.2 billion. 4 buah bank (Mayban,
RHB Bank, Bank Bumiputra dan Bank Of Commerce) ini terpaksa menanggung kerugian ini
yang setengah dimiliki oleh kerajaan dan rakyat Malaysia!!!!!.
Ini tidak termasuk menggunakan wang Petronas untuk menyelamatkan Mirzan dan Konsotium
Perkapalan bernilai RM 1.7 billion dan banyak lagi sehingga institusi yang sepatutnya
mempertahankan orang Melayu seperti Bank Bumiputera, Mara, Petronas, EPF dan
sebagainya hancur lebur dibuat oleh Mahathir dan Daim ini.
Kalau disenaraikan satu persatu mungkin saudara-saudara akan naik darah tinggi atau
lemah jantung. Disini saya ingin memuji YB Ahli Parlimen Kemaman dan YB Ahli Parlimen
Kubang Kerian kerana keberanian mereka menghujah dengan tepat fakta-fakta
penyelewengan yang berleluasa sekarang ini didalam parlimen.
Apakah Mahathir Pejuang Bangsa Melayu????? Apakah Mahathir menangis mengenang nasib
Bangsa Melayu???? Apakah orang Melayu boleh mengharapkan Mahathir mengolah polisi
untuk kepentingan Bangsa Melayu????
Orang Melayu jelas ditipu oleh Mahathir kononnya beliau sebagai wira mereka. Lee Kuan
Yew sebagai musuh utama orang Melayu mengakui sendiri bahawa Mahathir lebih mudah
dibuat kira-kira dari Tengku Abdul Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein Onn. Apakah
maksud tersirat Lee Kuan Yew??? Beliau ingin memberi isyarat bahawa sebenarnya
Mahathir berada dalam poket beliau. Terlalu banyak transaksi yang dilakukan oleh
Mahathir dan Daim di Singapura sehingga Lee Kuan Yew tidak menghormati mereka berdua
lagi.
Suhaimi Ibrahim..... jangan terlalu desperate untuk membuat 'political comeback'
dengan mengangkat semula Mahathir sedang saudara beria-ia benar hendak Tengku
Razaleigh melawan mamak terkutuk itu dalam perhimpunan UMNO yang lalu.
Orang Melayu jangan terperangkap sekali lagi dengan sandiwara Mahathir. Dia boleh
menangis, merayu, menipu, memfitnah, merompak dan sebagainya. Yang penting bagi
Mahathir harta kekayaan negara dipunggah untuk keluarga beliau dan Daim dan membiarkan
orang Melayu papa kedana.....
Jangan tertipu dengan panggilan untuk berhimpun untuk menuntut hak istimewa orang
Melayu. Apa yang nak dituntut sedang orang yang sedang berkuasa iaitu Mahathir sendiri
tidak memberinya. Siqui tidak ada apa-apa kuasa untuk memberi hak istimewa orang
Melayu.
Jangan persalahkan Siqui kerana tuntutan mereka tidak ada kena mengena dengan
penghapusan hak istimewa orang Melayu dan Islam. Orang yang sepatutnya dipersalahkan
ialah Mahathir!!!! Dia berkuasa sudah hampir 20 tahun... apa yang dibuatnya untuk
agenda Bangsa Melayu...
Disini sekali lagi saya menyeru supaya orang Melayu tidak terperangkap oleh kelicikkan
mainan politik Mahathir dan Daim untuk menghancurkan bangsa Melayu!!!!
Selamat Hari Raya
Maaf Dzahir Batin
Dari: Awang Siber
Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>