*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Eh...apa dah jadi dengan Pemuda UMNO sampai kena tubuhkan pula BBM ni untuk 
kononnya mempertahankan hak Melayu? Bukankah UMNO dan Pemuda UMNO lantang 
mengatakan mereka hero orang Melayu?

Agaknya ketuanya tengah sebok shopping raya kot.

2. Baru terdengar suara raja katak Ibrahim Ali setelah lama terpendam. 
Kesian. Kasi canlah. Lepas ni tenggelam baliklah dia.

Wassalam.


>From: Concorde <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>,        anwar 
><[EMAIL PROTECTED]>, "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
>Subject: H-Net* MalaysiaKini: Suqiu mencabar agama Islam - Tajudin Rahma & 
>Ibrahim Ali
>Date: Sat, 23 Dec 2000 08:51:23 +0800
>
>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>NEWS
>
>Print version of this story
>Friday December 22
>
>
>‘Barisan Melayu’ untuk hadapi Suqiu
>Mohd Irfan Isa
>
>6:49pm, Fri: Sekumpulan bekas pemimpin Pemuda Umno yang pernah ditahan
>dalam Operasi Lalang pada 1987 hari ini diumumkan akan menyertai Barisan
>Bertindak Melayu (BBM) untuk memantau “usaha melucutkan hak Melayu.”
>
>Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Datuk Paduka Ibrahim Ali berkata
>penubuhan BBM bertujuan mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu.
>
>“Saya sangka soal ketuanan Melayu ini telah selesai selepas 13 Mei.
>Tetapi ia terus berlaku, maka adalah perlu untuk menubuhkan BBM,”
>katanya kepada pemberita di hadapan masjid Pasir Mas, Kelantan selepas
>sembahyang Jumaat.
>
>“Kami sebenarnya berbudi bahasa, dan kita tidak berkata apa-apa pada
>permulaannya. Tetapi Suqiu masih tidak mengambil tindakan untuk menarik
>balik tuntutannya,” katanya lagi, dalam satu perhimpunan bagi membantah
>Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina (Suqiu) yang
>dihadiri hampir 100 orang di luar masjid itu.
>
>Menurut Ibrahim, BBM yang mempunyai urusetia tetap di Kuala Lumpur akan
>bertindak memantau usaha melucutkan hak Melayu.
>
>Badan itu dipimpin oleh bekas beberapa anggota exco Pemuda Umno yang
>pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987,
>dan juga bekas pemimpin pelajar.
>
>“Jawatankuasa kami ini semua orang berani mati. Yang penakut-penakut
>tidak ada. Dan kami semua bersedia untuk menghadapi sebarang akibat
>berikutan tindakan kami,” kata Ibrahim lagi.
>
>Beliau merupakan seorang daripada tiga aktivis Pemuda Umno yang ditahan
>dalam operasi tangkapan besar-besaran 13 tahun lalu.
>
>Seorang lagi pemimpin BBM, Tajudin Rahman mengulangi desakan beberapa
>pemimpin Umno sebelum ini.
>
>“Tiada dialog, tiada perbincangan. Suqiu tiada pilihan lain selain
>daripada menarik balik tuntutannya. Kalau tidak, bersedialah untuk
>menghadapi sebarang tindakan daripada semua orang Melayu, termasuk BBM,”
>kata Tajudin, sambil berkata kumpulan pemimpin tersebut pernah bertindak
>berhubung perkara yang sama pada 1987.
>
>Suqiu cabar Islam
>
>“Tetapi kami tidak peduli siapa di belakang Suqiu. Sama ada parti dalam
>kerajaan, luar kerajaan, NGO… kita akan lawan habis-habisan.
>
>“Suqiu mencabar agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Dan oleh
>itu, saya menyeru semua umat Islam di negara ini untuk bangun membela
>Islam,” kata bekas exco Pemuda Umno itu lagi.
>
>Tajuddin juga menggesa Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein
>membatalkan hasrat untuk mengadakan dialog dengan Suqiu.
>
>“Kalau tidak, kedudukan kepimpinan Pemuda Umno akan menjadi persoalan di
>kalangan orang Melayu. Saya tahu Pemuda Umno ini masih bersatu, tetapi
>yang lemah adalah pucuk pimpinan.
>
>“Saya ingin menganjurkan kalau kelemahan di pucuk pimpinan ini
>berterusan, maka Pemuda harus memilih suatu (barisan) kepimpinan baru
>yang dapat membela kepentingan agama, bangsa dan negara,” tegas Tajudin
>kepada pemberita-pemberita yang meliputi peristiwa itu.
>
>Sepanjang demonstrasi ini, ahli-ahli BBM juga telah membakar satu
>sepanduk anti-Suqiu pada perhimpunan aman ini yang telah bersurai pada
>2.45 petang.
>
>Last modified:Friday December 22, 6:52 pm
>
>
>
>
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: Concorde <[EMAIL PROTECTED]>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "salam sejahtera" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke