*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sandiwara terakhir diktator tua
oleh: irzaimi
Setelah merasakan yang pengaruhnya semakin terhakis, yang
terus didengarnya hanyalah suara suara
yang menyalahkan dia atas apa yang telah berlaku, sama ada
yang terbaru diLunas atau ketika
pilihanraya umum lalu, setelah merasakan dia hilang sokongan
dari semua kaum disemua peringkat maka
demi terushidup dia mengunakan pendekatan agak lembut bila
mengajak Pas dan Keadilan berbincang
terutamanya mengenai hak-hak melayu. Satu sandiwara baru
seorang diktator yang semakin merasakan
cengkamannya sedah tidak berkuku. Ukankan selama ini dia yang
mengutuk melayu kononnya terlalu
bergantung kepada bantuan kerajaan, bukankah selama ini dia
yang bercakap kononnya melayu perlu
hidup berdikari seperti kaum kaum lain. Kita pasti tidak lupa
bila dia katakana kononnya melayu tidak
kenang budi ketia menghadiri majlis ulang tahun MCA sebelum
pilihanraya umum, kononnya kaum cina
lagi baik ditolong. Kononnya kaum cina kenang budi.
Gelisah seorang diktator
Bila dia dilihat bercakap kononnya yang dia tidak boleh terima
hanyalah soal hak-hak keistimewaan
melayu dipersoalkan oleh Suqui, soal lain seperti hak asasi
manusia kerajaan sedia pertimbangkan maka
kita dapat bayangkan bahawa dia sedang berlembut, dia sedang
bersandiwara, dia cuba meraih
sokongan dari kaum melayu dan cina kembali, semua kita yang
celik huruf dan baya apa yang dinamakan
rayuan pilihanraya Suqui tahu, yang Suqui minta adalah
hentikan menolong melayu yang sudah kaya raya
seperti Halim Saad, Tajudin Ramli yang sikit sikit kerajaan
tolong, Dalam masa yang sama, Kaum melayu
yang masih ketinggalan harus ditolong, Suqui menyokong
membantu kaum yang lemah bukan hanya
melayu sahaja. Lihatlah perutusan Suqui sempena Krismas dan
Hari raya, Suqui sekali lagi menegaskan
yang mereka menyokong apa yang telah ditetapkan oleh
pelembagaan berhubung dengan hak istimewa
melayu. Gelisah diktator tua itu benar benar terasa apabila
memanggil MT UMNO tanpa egenda sekadar
membincangkan bagaimana UMNO mahu meraih kembali sokongan kaum
melayu dan kaum cina juga..
Selepas itu diktator tua itu bercakap tentang perlunya
berunding dengan Pas dan Keadilan, dan bercakap
yang dia tidak menolak semua rayuan Suqui selain hak
keistimewaan kaum melayu, yang lain itu boleh
dibincangkan. Sandiwara terahir si diktator barangkali.
Irama sumbang cuba dilagukan
Dengan harapan kita yang selama ini agresif menentangnya boleh
berlembut kembali, dan semoga
semangat rakyat yang meruap mahu melihat Mahathir digulingkan
atau sekurang-kurangnya meletak
jawatan dapat dikendurkan. Namun dia silap hitungan, irama
sumbang yang cuba dilagukan tidak
mendapat sambutan, Pas dan Keadilan arif bahawa ini hanyalah
sandiwara, untuk si diktator terus hidup
sekurang kurangnya sehingga UMNO dapat pulihkan imejnya yang
terjejas teruk gara-gara kelakuan
sumbang si diktator memecat timbalannya dengan hujah hujah
kerekaan. Namun kita lebih bijak menilai
lakonan dan sandiwaranya, kita terus menerus menekan dan
memberi penjelasan dengan harapan
sandiwara terahir si diktator ini tidak menjadi dan
berkuburlah sidiktator bersama nostagia indah yang
dilembah puaka.
Reformasi kearah malaysia yang lebih adil
[EMAIL PROTECTED]
www.webreformis.com
--
On Sun, 24 Dec 2000 06:14:24 Hamzah wrote:
>Ya....seluruh Malaysia sudah dijual kepada tauke-tauke Cina yang selama ini
>menjadi 'financial contributor' kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN dalam
>setiap
>pilihanraya dan pada setiap Perhimpunan Agung UMNO. Rumah-rumah Melayu/
>Bumiputera di Sabah yang didirikan sejak puluhan tahun dalam beberapa buah
>kampung diatas kawasan beribu-ribu ekar di SABAH TELAH DIROBOHKAN
>dan tanah-tanah mereka diberikan kepada tauke-tauke Cina untuk dijadikan
>plantations (ladang sawit). UMNOlah sebenarnya penghancur dan perompak hak
>rakyat negara ini. UMNO juga jadi pengkhianat apabila memberika status "ANAK
>
>NEGERI" (Bumiputera Sabah) kepada perompak-perompak tauke Cina ini.
>Bayangkan....orang Melayu masih ada sokong UMNO hanya kerana wang RM50.00
>dan beras 10 kilo.......
>
>Concorde wrote:
>
>> 'Seluruh Malaysia kini sedang dijual'
>>
>> ALOR SETAR, 18 Dis (Hrkh) - Kebanyakan pengguna di Bandar Alor Setar
>> kini merasa hairan apabila terbaca perkataan "The Whole Of Malaysia Is
>> On Sale" yang banyak terdapat di sekitar bandar ini sejak minggu lalu.
>>
>> Perkataan yang membawa makna "Seluruh Malaysia Kini Sedang Dijual" itu
>> ditulis pada kain-kain streamer atau kain sepanduk kecil yang dipasang
>> di banyak tiang elektrik di sepanjang jalan masuk dan dalam bandar ini.
>>
>> Memang pada mereka, jika tidak merujuk kepada progran Mega Sale yang
>> diadakan di sepanjang bulan Mac, Ogos dan Disember di seluruh negara,
>> sudah tentu akan faham bahawa keadaan negara sudah tidak selamat di
>> bawah BN.
>>
>> Harakah telah mendapatkan banyak komen dari mereka yang faham Bahasa
>> Inggeris dan fasih dalam Bahasa Melayu, mereka bersetuju dengan makna
>> kedua itu dari pesepsi fikiran kritis dan reformasi.
>>
>> Beberapa orang yang sempat ditemui berkata, apa yang ditulis di kain
>> sepanduk kecil itu amat bertepatan dengan apa yang telah berlaku kepada
>> negara di mana banyak hak-haknya kini telah dijual kepada bukan
>> Bumiputera.
>>
>> Ahmad Noor, 45, dari Jalan Kuala Kedah berkata, sewajarnya pengguna
>> jalan raya dapat memahami apa mesej kedua yang sebenarnya cuba
>> disampaikan oleh penulis kata-kata itu.
>>
>> "Rakyat mesti sedar apa yang dilakukan oleh pihak tertentu memang untuk
>> menjual negara ini, bayangkan jika dulu ketuanan Melayu tinggi, sekarang
>> hanya tinggal berapa sahaja lagi?," soal Puan Kalsom, 38, dari Sungai
>> Petani.
>>
>> Harakah dimaklumkan, strimer juga kedapatan di banyak bandar-bandar
>> utama termasuk pekan-pekan kecil di seluruh negara yang memasang
>> perkataan serupa.
>>
>>
>>
Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>