*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
     
PERANGKAP:   PERPADUAN MELAYU DI PENTAS POLITIK MAHATHIR


 Setelah usaha-usaha Mahathir dan BN gagal untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia 
yang
 kelihatan mulai bersatu di bawah barisan pembangkang, kini beliau mencuba pula untuk 
mengembalikan
 perpaduan khususnya orang Melayu dengan mengajak PAS dan KeADILan duduk semeja dan 
berunding
 mencari formula perpaduan Melayu yang telah dipecah-pecahkannya itu. Mengapa Mahathir 
bertindak
 demikian tentulah tidak sukar untuk menduganya. Isu Suqiu dan hak istimewa orang 
Melayu yang
 diputarnya melalui media-media rasmi BN gagal mencapai matlamatnya. Rakyat massa 
tidak lagi dapat
 diperbodohkan dengan isu yang bukan-bukan. Mungkin beliau kurang sedar bahawa di 
zaman ini segala
 maklumat amat mudah disampaikan kepada orang ramai hatta di ceruk kampung sekalipun 
istimewa
 ketika menjelangnya Idulftri di mana para reformis pulang ke kampung dan menyebarkan 
pembohongan
 Umno dan BN itu. 

 Drama purba 13 Mei 1969 yang diputarkan acapkali sebelum Idulfitri gagal mencapai 
sasarannya. Barisan
 Alternatif tidak dapat dikambinghitamkan. Kini isu yang lain pula dicari, dan isu itu 
adalah perpaduan
 Melayu. Melayu tidak bersatu di bawah PAS dan KeADILan. Demikian kata PM. Melayu 
hanya besatu di
 bawah Umno.Begitulah hakikat pemikiran beliau. Namun Presiden PAS cepat menangkis, 
bahawa
 Umnolah yang menaja perpecahan. Orang Melayu tidak pernah bersatu di bawah Umno. 
Memang benar
 kenyataan itu. Sejak dari zaman Dato Onn lagi, orang Melayu sudah berpecah, tetapi 
perpecahan itu
 tidaklah sehebat di zaman Mahathir, di mana Umno sudah pun menjadi usang dan mulai 
ditinggalkan. 

 Mengapakah agaknya Mahathir mengajak PAS dan KeADILan berbincang mengenai perpaduan 
Melayu?
 Kemungkinannya ialah Umno kini sudah merasai kegagalan dalam usaha menyatupadukan 
orang Melayu
 khususnya setelah melihat kerusi Lunas jatuh ke tangan Barisan Alternatif. Umno dan 
BN terkejut dari
 mimpi khayalnya, hanya ia bernasib baik tidak jatuh ke bawah seperti Mat Jenin. 
Kemungkinan lain ialah
 Umno ingin menjadi juara perpaduan Melayu. Apabila rakyat melihat pemimpin-pemimpin 
Barisan
 Alternatif duduk semeja dengan Umno, tentulah ada di antara mereka termakan 
gula-gula yang
 ditaburkan oleh Umno dan mereka akan kembali menyokong Umno dan BN. Itulah sebenarnya 
tujuan
 Mahathir. Ia ingin meraih kembali sokongan yang telah hilang. Ia ingin kembali orang 
Melayu seperti dulu.
 Bernaung di bawah satu payung, di bawah satu lambang, lambang keris usang Umno itu. 

 Namun kita harus lebih peka agar tidak terjebak dalam isu perpaduan Melayu ini. Isu 
ini boleh berbalik
 menikam Barisan Alternatif sekiranya kita tidak mengendalikannya dengan bijaksana. 
Jika BA enggan
 menyertai pertemuan dan perbicangan yang mungkin bakal diadakan, kemungkinan BA 
dituduh sengaja
 mencari perpecahan orang Melayu. Inilah permainan catur politik Mahathir. Sekiranya 
BA menyertainya
 pula, kemungkinan Mahathir akan mencanangkan pula bahawa orang Melayu telah bersatu, 
parti-parti
 pembangkang pun telah bersatu di bawah payung BN. 

 Dan orang ramai yang kurang berfikir dan tidak melihat isu ini dengan jelas akan 
termakan gula-gula yang
 disebutkan tadi. Inilah dilema yang PM cuba wujudkan di kalangan masyarakat kita. 
Realitinya ialah Umno
 sudah kehilangan sokongan. Hari demi hari sokongan itu kian berkurangan dan akhirnya 
Umno tinggallah
 nama sahaja. Buktinya orang-orang muda tidak lagi berminat dengan pertubuhan 
kebangsaan itu. Puteri
 Umno yang baru ditubuhkan itu pun masih terkial-kial mencari tapak dalam arena 
politik Malaysia.
 Pemuda Umno gagal menangani pelbagai isu seperti di zaman kegemilangannya. Yang 
tinggal hanyalah
 orang-orang tua Umno dan mereka yang berkepentingan dengan kerajaan BN seperti 
Tajudin Ramli dan
 orang-orang yang sealiran (sewaktu) dengan beliau. 

 Kita yakin isu perpaduan Melayu ini akan gagal juga akhirnya sekalipun kita 
memberikan tindak balas yang
 positif dalam hal ini. Sebabnya ialah Mahathir tidak ikhlas dalam isu ini, bukannya 
PAS. Ia hanya ingin
 meraih keuntungan politiknya yang telah pun berusia senja itu. Akhirnya ia akan 
tenggelam kelemasan
 juga sepertimana diktator-diktator lain dalam sepanjang sejarah dunia ini, dari 
Firaun di Mesir sampailah
 kepada Marcos dan Suharto di Asia. 

 AlKundangi,
 31.12.2000 






Angelfire for your free web-based e-mail. http://www.angelfire.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Fawzi Bin Kassim" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke