|
PERHIMPUNAN
RAYA 100,000 RAKYAT Perutusan
[2] Assalamu'alaikum
dan Salam Reformasi, 13.
Usaha
Jawatankuasa mengundang SUHAKAM untuk menghantar wakil dalam sambutan Hari Raya
menunjukkan komitmen kita bahawa perhimpunan ini adalah satu perhimpunan aman.
Jawatankuasa meletakkan keyakinan yang tinggi bahawa penyokong dan rakyat akan
datang menghadiri Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat semata-mata dengan niat untuk
merayakan sambutan Hari Raya secara aman. 14.
Sebab majlis
sambutan Hari Raya ini dinamakan Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat adalah sebagai
menunjukkan komitmen bagi meneruskan aspirasi rakyat untuk berhimpun secara
aman. Ia juga dinamakan sedemikian untuk melambangkan solidariti rakyat Malaysia
dari pelbagai kaum dan agama untuk terus menegakkan hak mereka yang ditetapkan
oleh Perlembagaan Persekutuan untuk berhimpun secara
aman. 15.
Perhimpunan
Raya 100,000 Rakyat adalah satu majlis sambutan Hari Raya. Ia merupakan lanjutan
daripada amalan rakyat negara ini yang merayakan sambutan Hari Raya ‘Aidil Fitri
dengan mengadakan majlis-majlis rumah terbuka sepanjang bulan Syawal. Menghadiri
majlis-majlis rumah terbuka sempena Hari Raya sudah menjadi amalan biasa rakyat
negara ini. Tujuannya jelas, iaitu untuk memenuhi undangan tuan rumah yang
menyediakan hidangan makanan dan minuman sambil merapatkan lagi hubungan
silaturrahim antara satu sama lain. 16.
Akhir-akhir ini
telah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia mengadakan majlis-majlis “rumah terbuka”
di tempat-tempat terbuka seperti kawasan pejabat serta taman-taman rekreasi.
Penganjur meminta para peserta serta keluarga masing-masing hadir dengan membawa
sedikit juadah untuk dikongsi bersama dalam majlis tersebut. Majlis seumpama ini
disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum di negara
ini. 17.
Mengambil
semangat daripada amalan positif rakyat negara ini menyambut Hari Raya,
Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat berhasrat menjadikan sambutan pada 20 Januari di
Kampong Medan ini sebagai kemuncak sambutan Hari Raya kali ini di kalangan
penyokong Barisan Alternatif, aktivis reformasi serta seluruh rakyat yang
cintakan keadilan dan pembaharuan di negara ini. 18.
Namun apa yang
lain dalam sambutan Hari Raya pada 20 Januari 2001 di Kampong Medan ini adalah
ianya akan dihadiri oleh sekurang-kurangnya 100,000 rakyat dari seluruh negara
dengan masing-masing membawa juadah untuk sama-sama dikongsi dengan rakan-rakan
daripada pelbagai kaum dan agama. 19.
Di atas
semangat inilah Jawatankuasa menyeru agar semua penyokong Barisan Alternatif,
aktivis reformasi dan seluruh rakyat Malaysia datang beramai-ramai memeriahkan
sambutan Hari Raya yang dinamakan Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
ini. 20.
Perhimpunan ini
adalah majlis sambutan Hari Raya raksasa yang serentak mengambil kesempatan
meraikan masyarakat Kristian yang baru menyambut Krismas dan juga masyarakat
Cina bakal merayakan Tahun Baru Cina tidak berapa lama
lagi. 21.
Rebutlah
peluang untuk hadir beramai-ramai mencipta sebuah sejarah gemilang negara ini.
Sekali lagi, jangan lupa: Perhimpunan
Raya 100,000 Rakyat Tarikh: 20 Januari
2001 (Sabtu) Masa: bermula 2:30
petang Tempat: Lot 2106 Batu 9� Kampong
Medan, Telok
Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor. 22.
Datanglah
beramai-ramai berserta kaum keluarga dan sahabat handai ke perhimpunan di atas.
Wakil-wakil daripada SUHAKAM dan media-media tempatan dan luar negara akan
menjadi saksi bahawa perhimpunan ini adalah satu perhimpunan aman. 23.
Perhimpunan ini
juga akan membuktikan bahawa rakyat yang menyokong pembentukan sebuah sistem
pentadbiran dan kepemimpinan politik alternatif di negara ini adalah golongan
yang cintakan keamanan dan bencikan kezaliman serta keganasan. “Kembalikan Hak
Rakyat” Hj. Saari Hj.
Sungib Pengerusi, Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000
Rakyat 2 Januari 2001 bersamaan dengan 7 Syawal 1421 |
