PERHIMPUNAN
RAYA 100,000 RAKYAT Perutusan
[3] Assalamu'alaikum
dan Salam Reformasi, 24.
Bagi rakyat
yang turun ke Shah Alam-Klang pada 5 November lalu untuk menghadiri Perhimpunan
100,000 Rakyat di Jalan Kebun, Lebuhraya KESAS adalah tidak asing lagi bagi
mereka. Oleh itu, Jawatankuasa tidak menjangkakan rakyat akan menghadapi
sebarang masalah untuk sampai ke Kampong Medan, iaitu lokasi Perhimpunan Raya
100,000 Rakyat kali ini. 25.
Bagi mereka
yang datang dari arah Kuala Lumpur, Persimpangan Banting-Klang susur keluar dari
Lebuhraya KESAS adalah persimpangan pertama selepas Persimpangan Jalan Kebun di
lebuhraya tersebut. 26.
Perhimpunan
100,000 Rakyat pada 5 November yang bertukar menjadi perhimpunan rakyat di
Lebuhraya KESAS berlaku semata-mata kerana tindakan tidak diduga oleh pihak
polis menyekat semua jalan masuk ke Jalan Kebun. Apabila semua laluan kenderaan
disekat, rakyat tiada pilihan selain daripada keluar daripada kenderaan
masing-masing dan berjalan di atas lebuhraya tersebut. 27.
Tindakan polis
yang di luar jangkaan terhadap rakyat ekoran perhimpunan raksasa di Lebuhraya
KESAS pada hari itu amat dikesali. Rakyat tidak sedikit pun menimbulkan sebarang
provokasi terhadap pihak polis. Rakyat juga tidak pernah berniat untuk
berkonfrantasi dengan mana-mana anggota keselamatan. 28.
Kali ini di
atas nama dan semangat persaudaraan sesama Islam dan sesama rakyat Malaysia,
Jawatankuasa Kerja mengambil langkah pro-aktif mewujudkan saluran komunikasi dan
perhubungan raya dengan pihak polis di semua balai polis seluruh Kuala Langat,
iaitu balai-balai polis Banting, Telok Datok dan Telok Panglima Garang.
29.
Tujuan
inisiatif ini adalah agar tidak berlaku sebarang salah tanggapan polis terhadap
hasrat rakyat mengadakan sambutan Hari Raya kali ini. 30.
Jawatankuasa
sekali lagi ingin menegaskan bahawa perhimpunan ini adalah majlis sambutan hari
raya biasa. Kelainannya hanyalah bilangannya dijangkakan melebihi 100,000 orang
yang bakal datang dari seluruh negara. 31.
Jawatankuasa
menyeru agar pihak polis bertindak secara profesional seperti yang telah mereka
lakukan semasa mengawal perhimpunan aman anjuran Jawatankuasa Kembalikan Hak
Rakyat bagi membantah penghapusan wang royalti minyak kepada rakyat Terengganu
yang diadakan di Kementerian Kewangan tempoh hari. 32.
Jawatankuasa
percaya dan yakin sekiranya pihak polis bertindak secara profesional setelah
saluran komunikasi diwujudkan antara Jawatankuasa Kerja dengan semua balai polis
di Kuala Langat, perhimpunan Hari Raya ini akan berjalan dengan lancar tanpa
sebarang peristiwa yang tidak diingini. 33.
Sekali lagi
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat menyeru kepada pihak polis agar
tidak menghalang rakyat yang akan turun ke Kampong Medan semata-mata untuk
merayakan satu majlis Hari Raya. 34.
Jawatankuasa
juga sudah pun membuat undangan terbuka bagi anggota-anggota polis di seluruh
Kuala Langat yang tidak bertugas pada hari itu beserta ahli keluarga mereka
untuk turut serta merayakan sambutan tersebut. 35.
Jawatankuasa
juga menyeru kepada para penyokong Barisan Alternatif, aktivis NGO dan reformasi
untuk tidak melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan peristiwa yang tidak
diingini semasa menghadiri perhimpunan sambutan Hari Raya ini kelak. Tujuan kita
hanyalah untuk merayakan Hari Raya, meraikan rakan-rakan yang baru menyambut
Krismas serta rakan-rakan kaum Cina yang bakal menyambut Tahun Baru mereka tidak
lama lagi. 36.
Dalam hari baik
dan bulan baik ini, sama-samalah kita wujudkan keharmonian sesama umat Islam dan
sesama rakyat Malaysia. Polis bukan musuh rakyat dan rakyat juga bukan musuh
polis. 37.
Berhimpun
secara aman adalah hak rakyat yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Berhimpun bagi merayakan sambutan Hari Raya yang melibatkan masyarakat Malaysia
pelbagai kaum dan agama pula adalah satu amalan positif yang perlu terus
diperkembangkan. “Kembalikan Hak
Rakyat” Hj. Saari Hj.
Sungib Pengerusi, Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000
Rakyat 3
Januari 2001 bersamaan dengan 8 Syawal 1421 |