*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Asslamualaikum,

Sebenarnya  saya tidak tahu bagaimana dan di mana untuk
memulakan cerita ini. Saya cuak juga kalau-kalau tidak ada yang
mahu mempercayainya. Tambahan, beberapa personaliti hizbi.net
yang saya hubungi, tidak memberikan sebarang respon, mungkin
mereka beranggapan cerita ini hanya goreng dan bohong
semata-mata.  Malah, saya sendiri, jika tidak terjadi ke atas
batang hidung saya, sukar untuk mepercayainya.

Peristiwa ini sebenarnya amat menekan hidup saya walaupun pada
hakikatnya, ianya bukanlah masalah diri saya.  Tetapi
memandangkan hanya saya yang mengetahuinya, maka saya merasakan
adalah menjadi tanggung-jawab saya untuk menyelesaikannya.

Oklah.Gini ceritanya. Saya kenal dengan sorang budak pompuan
yg buat practical kat opis saya. Berusia 22 tahun, telah
berkahwin setahun dulu, masih belum ada anak dan masih
menuntut di salah sebuah IPTA.  Suaminya juga masih menuntut
dan sebaya dengannya.

Saya panggil wanita ini Puan Z sahaja. Selepas habis practikal,
saya terpaksa menghubngi Z kerana ingin bertanyakan di mana
dia letak/simpan satu fail yg pernah digunakannya dulu. Oleh
kerana kami tidak pernah berhubung melalui telefon, dia
tidak cam suara saya. Pada mulanya saya sengaja nak dajalkan
dia, menyamar sebagai org lain tapi terus  terlupa nak tanya
mana fail itu.  Dia melayan saya walaupun tidak tahu siapa
sebenarnya saya.

Dipendekkan cerita, seminggu lamanya saya atau dia menghubungi
antara satu sama lain.  Tujuan saya hanya nak dajalkan dia
saja, tidak ada tujuan lain,  sebab saya sedar, dia isteri
orang.

Kami hanya berborak hal-hal biasa dan dia, sekali-sekala
tersasul menceritakan hal rumah tangganya yang menurutnya,
tidak pernah mengecapi kebahagiaan.  Tambah-tambah tinggal
dengan ipar-duai dan mertua yang berkedudukan agak tinggi
sedangkan Z, hanya anak kampung.

Minggu kedua, Z mahu pulang ke kampungnya di K bersendirian.
Saya mengacahnya dgn mempelawa balik bersama dan berbohong
kononnya, saya kebetulan mahu ke K atas tugas rasmi.  Dia
menolak atas alasan, suaminya akan menghantar beliau ke
perhentian bas nanti.

Kemdian, saya mencadangkan agar dia menunggu saya di bandar
K saja nanti (sebenarnya, saya acah saja dan tidak ke sana. Cuma
ingin melihat rekasinya) Dia bersetuju.  Sesampai di bandar K,
dia menghubungi saya dan terpaksalah saya berbohong kata
saya on the way.

Kerana senja hampir berlabuh, dia tidak mahu menunggu saya
dan janji untuk berjumpa saya keesokkan harinya saja.  Saya
buat-buat setuju dan mengatakan akana menginap di Hotel S malam
itu.

Keesokan harinya, dia muncul di hotel S mencari saya dan
alangkah terkejutnya dia bila nombor bilik yang saya cakap,
adalah bilik lelaki Cina.  Saya berbohong lagi dan mengatakan
terpaksa check-out subuh-subuh lagi kerana terpaksa balik
kampung (yg kononnya tidak jauh drp kg nya) sebab anak sedara
eksiden.

Keesokan harinya, dia masih mahu menemui saya dan saya tiada
pilihan. Terpaksa berbohong lagi.  Kali ini saya katakan, terpaksa
pulang ke pejabat atas arahan jabatan.

Malamnya, dia menghubungi saya dan dari nada suara dan cerita-
ceritanya, saya yakin dia telah tahu siapa saya yang sebenarnya.

Dipendekkan cerita, saya hanya mempu untuk memohon maaf
atas apa yang telah saya lakukan sebelum ini.  Dia enggan
memaafkan saya.  Kalau nak minta maaf, face to face, katanya.

Seminggu dia di kampung, Z mahu pulang ke sini dan saya kata
boleh lah saya tunggu dia di perhentian bas.  Dia kata, nanti dulu
sebab dia bercadang nak pergi dan tidur di rumah rakannya di P.
Kalau mcm tu, esoknya sajalah saya ambil dia di P, kata saya.

Dia sampai di sini dari kg kira-kira jam 2. Dan dia memberitahu
sudah berada di rumah kawannya di P.  Kira-kira pukul 6 ptg,
saya menghubunginya mengajak  menonton saya bermain hoki.
Dia menolak dan berjanji akan cuba keluar malamnya nanti.

Selepas habis main hoki, dia menghubungi saya dan berkata sedang
berada di perhentian bas RP.  Saya suruh dia tunggu sampai saya
datang dan saya kata, saya busuk sebab tak sempat mandi tadi.

Akhirnya dia mengaku sebenarnya sedang berada di sebuah hotel.
Kalau mcm tu, saya kata boleh le tumpang mandi.  Dia memberikan
nombor bilik dan menyuruh saya menghubunginya dulu sebelum sampai.
Jangan datang macam tu saja!.

Saya agak lambat sampai kerana hotel ni agak terpencil.  Macam mana
dia boleh check-in hotel ni pun saya kurang pasti.  Sampai di hotel,
dia bersalam dan mencium tangan saya.  Saya menyuruhnya tunggu di
lobi hotel sementara saya mandi.  Sebelum keluar, dia membentangkan
sejadah untuk saya mengerjakan solat Isyak.

Selepas mandi, kami keluar makan dan banyaklah cerita-cerita
sedih tentang hal rumah-tanggannya yang saya dengar. Saya
bersimpati.  Lebih kurang jam 1 pagi saya menghantar pulang ke
hotel dan saya balik ke rumah saya.

Keesokannya, sedang saya termenung, terfikir pula bagaimana
dia boleh menginap di hotel yang agak jauh ini.  Saya menghunginya
dan dia kata, kawan kepada kawannya (Cina) yg tolong check-inkan.

Hati saya mula tak sedap bila teringat, dia pernah memberitahu
saya dulu bahawa ada seorang lelaki Cina yang syok kat dia.

Saya menghubungi pihak hotel untuk bertanya nama sebenar
Cina tu, kononnya Cina tu teman sebilik saya malam tadi yg
telah tertinggal kamera dan saya tiada alamatnya.

Kerana percaya dgn kata-kata itu, saya berjaya memperolehi
maklumat peribadi Cina tu (walaupun sebenarnya pihak hotel
tidak boleh mendedahkan identiti tetamunya kepada mereka yg
tidak berkenaan).

Saya terkejut apabila dimaklumkan nama Cina tu.  Ianya
seorang lelaki.  Inikah lelaki yg syok kat dia dulu, soal
hati saya.

Saya segera menghungi z meminta penjelasan.  Dia mula mengelabah
dan memberikan jawapan yang tidak masuk akal.  Dia mengaku,
Cina tu memang lelaki tapi hanya tolong check-in dan angkat begnya
masuk bilik saja.

Jawapan itu menyakinkan saya sesuatu telah terjadi.  Saya
menyoalnya bertubi-tubi.  Tanpa menggari tangan, menutup mata atau
membelasah matanya sampai lebam, sedikit demi sedikit rahsianya terbongkar.  
Saya cuma turning-over dia sikit saja.

Mulanya saya kata, saya ada bukti lelaki Cina tu hanya keluar
drp biliknya sejurus sebelum saya sampai.  Dia kata, memang
Cina tu ada disekitar hotel tetapi bukan di biliknya.  Jawapan
ini telah cukup membuktikan dia berbohong dan banyak berdolak dalih.

Saya mula teringat, patutla masa saya tumpang mandi mlm tu, saya
terjumpa rambut pendek sedangkan Z rambut cecah bahu.  Tower yang
saya pakai bersidai dan tidak berlipat jika belum digunakan.  Tilam
atau cadar macam dah digunakan.  Tetapi masa tu, saya langsung
tidak syak apa-apa.

Kerana yakin sesuatu telah berlaku, saya kata, masa saya mandi hari
tu, saya terjumpa cebisan cecair seperti air mani di tilammnya.  Z 
menafikannya dan katanya mungkin 'hak' org lain sebelum dia
menginap di situ.

Jawapan ini langsung tidak masuk akai. Untuk menyuruhnya mengaku,
saya mula turning-over dia dan kata, saya baru balik drp hospital
TM dan kebetulan berjumpa rakan yg sedang meneliti rekod perubatan
Cina tadi yg disyaki HIV positiv.

Z mula menangis.  Saya acah dan ajak dia pergi ke klinik buat
injection.  Dia cuma menangis. Selepas talian terputus, Z
menghubungi saya balik dan mengatakan dia telah menghubungi Cina tu
dan katanya, memang Cina tu ada rekod perubatan di hospital TM,
tapi bukan kes HIV, cuma gastrik. Saya kata mana Cina tu nak ngaku.
Mengena lagi jerat saya.

Saya sendiri tak tau mengapa saya terus mengajukan soalan-soalan
yg mana jawapannya amat menyakitkan hati saya. Antaranya bila saya
tanya berapa kali dia buat kerja terkutuk tu, dia kata tak ingatlah,
tak sedarlah. Tapi bila saya kata, kononya saya jumpa 5 kondom
dalam tandas, dia kata yg dia jumpa hanya 4.

Z juga mengaku melakukan perlakuan sex luar tabiee setelah
saya turning-over dia.  Apabila diajukan pertanyaan, apakah dia
pernah bezina dgn org lain sebelum ini, dia menafikannya.  Tetapi
saya tanya mengapa dalam 'video' tu dia mengaku kepada Cina tu?

Selepas kejadian itu, saya basuh dia cukup-cukup. Tapi
kerana dia benar-benar mengharapkan bantuan dan pertolongan
saya, tak sampai hatilah nak basuh dia cukup-cukup. Bila dia
menangis, kesian pulak saya.

Saya cuba beri dia semangat dalam menangani masalahnya. Kata
saya, yang sudah, sudahle, biarkan dia berlalu. Jangan
ulangi lagi. Insaf, sedar dan bertaubatlah. Allah akan
mengampuni dosa kita.

Dia bertanya bagaimana saya boleh tahu kesemuanya dari A sampai
Z tentang gerak lakunya. Saya bohongi dia, masa  balik selepas
hantar dia malam tu, saya terjumpa pak guard yg kebetulan kawan
lama saya. Pak guard tu terkejut bila saya kata, kononnya saya
menginap di bilik sekian-sekian.  Kononnya, pak guard kata bilik
tu bilik Cina. Pihak hotel dah cekup Cina tu masa kami keluar makan
malam tu  bila cina tu masuk bilik tu kerana disyaki menceroboh.
Cina tu ada kunci spare, kata saya.

Pihak hotel dah lama aim Cina tu kerana selalu bawak pompuan
melayu kataku lagi. Tapi Cina tu dibebaskan kerana bilik tu didaftar 
namanya,  Tapi setelah diperiksa oleh pak guard, terdapat kamera yg dipasang 
dicelah langsir untuk merakamkan apa jua perbuatan penghuninya.  Tujuannya 
masuk semula kebilik itu ialah untuk
mengambil semula video berkenaan.

Z mati-mati percaya temberang ini kerana menurutnya, patutlah Cina
tu cuba menghalang dia drp tidur di hotel berkenaan selepas peristiwa
itu bagi memudahkan Cina tu masuk semula ke bilik berkenaan untuk
'mengambil' semula video yg tersorok.

Saya tanya bila kenal dgn cina tu. Dia kata kenal hanya dalam
laman sembang internet saja dan itu pertama kali berjumpa.
Mereka mengatur rancangan untuk berjumpa dan melakukan perbuatan
terkutuk itu ketika Z di kampung lagi.  Z sendiri mengakui
memang dia berjanji untuk tidur dengan Cina tu.

Dipendekkan cerita, Z mengakui semua ini dilakukannya kerana
setahun dia berkahwin, dia tidak pernah mengecapi kepuasan
dalam hubungan suami-isteri.  Malah, selepas bersama suami,
dia menangis kerana 'ditinggalkan' dan tidak dipedulikan.

Dia bersumpah, hanya di malam pertama dia merasai kepuasan hidup bersuami 
isteri.

Kini setelah saya ceritakan mengenai detik-detik kecurangan
beliau, maka eloklah saya pendekkan saja cerita ini. Mungkin
dia terpaksa mengaku apabila saya mengatakan, lelaki cina tu
sebenarnya seorang pembawa HIV dan bapak ayam yang telah banyak 
memperdayakan gadis-gadis untuk dijadikan pelacur.  Dia agak
terkejut bila saya katakan, dirinya juga akan dijadikan pelacur seandainya 
pihak hotel tidak memberkas Cina tu dulu.

Juga saya bohongi dia, Cina itu adalah seorang pengedar VCD
lucah yang merakamkan perlakuan kegiatan tidak bermoral dengan
mangsa-mangsa yang pernah diperangkapnya, termasuklah dirinya
sendiri.

Seterusnya saya amat terkejut bila dia meminta pandangan
dan nasihat saya mengenai suatu ugutan ataupun peringatan
yang pernah dilafazkan oleh suaminya masa baru-baru kawin dulu.  Suaminya 
memberiamaran, sekiranya dia berlaku curang, yakni 'buat' dengan orang lain, 
maka jatuhlah talak.

Kerana terlalu marah, saya jawab, tak susah....
Talak telah jatuh. Dan hubungan mereka seminggu dua
ni tidak sah dan mereka dianggap berzina.

Walaupun saya bukanlah pakar sangat dalam bab-bah agama ni,
tapi tentang hukum halal haram tu tau jugak.  Saya minta
dia berterus terang saja pada suaminya. Ini soal keturunan,
kata saya. Jika didiamkan, sampai bila-bila mereka berzina

Dia tak sanggup nak memberitahu suaminya. Takut diceraikan.
Ishhh saya kata, memang dah diceraikan. takut apa lagi?
Tapi tak apa, kata saya. Kalau suaminya tetap sayangkannya,
dia misti rujuk balik nanti.  Tapi kalau sebaliknya, bersedia
lah menghadapi risiko atas kecurangan itu. Itu balasan dunia,
sana nanti lagi dahsat. Biarlah terus diceraikan daripada
hidup dalam keadaan talak telah jatuh tetapi masih tinggal
bersama, kata saya.

Dipendekkan cerita, dia hanya berani memberitahu suaminya
(mungkin pada hari raya dulu)yang talak telah jatuh
dan minta rujuk semula kerana dia telah curang, yakni
jatuh cinta dengan lelaki lain tanpa mahu memberitahu
dia telah berzina.  Saya sendiri tidak pasti, apakah beliau
boleh menyembunyikan peristiwa itu?

Sekiranya suaminya mahu rujuk kembali kerana isterinya
hanya jatuh cinta sahaja, sah ke rujuk itu?
Sedangkan jika suaminya tau isterinya berzina,
mungkin dia akan diceraikan terus.

Ok, katakanlah mereka nak rujuk. Perlu ke  bawa pengesahan
lafaz talak itu ke mahkamah Syariah seperti yg selalu kita baca
dalam akhbar.  Kalau tidak perlu, apa perkataan (lafaz) atau
tindakan yang perlu mereka lakukan untuk rujuk kembali?

Sebenarnya, banyak lagi kisah-kisah wanita malang ini
yang  saya tahu, secara tidak langsung daripada mulutnya
sendiri.  Tapi tak baiklah nak cerita banyak-banyak bulan
syawal ni. Cuma, bila saya tanya, nak beritau suami nanti,
jatuh cinta dengan siapa pulak? Dia kata ada sorang cina
kat sini jugak (bukan cina yg balon dia tu) yg suka kat dia.
Selalu juga jumpa dan keluar makan semasa praktikal kat
opis saya dulu.

Satu hal lagi, saya pernah menasihatinya (selepas kejadian
hitam itu) supaya tidak melayari laman sembang dalam internet
lagi. Kerana, itulah punca beliau terjerumus ke dalam lembah
yg hina ini.  Sepatutnya, dia harus membenci laman
sembang itu.  Dia berjanji, akan menuruti nasihat saya.

Tapi, nak tau apa? Tiga hari jer. Lepas tu dia buat balik.
Walaupun mula tak ngaku, tapi dengan turning over saya, dia
mengalah.

Oleh kerana Z mungkin dah bosan dengan leteran dan khutbah saya,
dia meminta saya tidak menghubunginya lagi dengan alasan
dia mahu membina hidup baru, taat kepada suami dan mahu
melupakan sejarah hitam itu.  Saya akur dan menghormati
keputusannya itu.

Untuk membuktikan sama ada dia benar-benar telah insaf, saya
telah memberikan nombor telefon Z kepada seorang rakan India
saya.  Saya suruh siasat latar belakang Z.  Tapi yang sedihnya,
habis semuanya rakan saya siasat termasuk di mana tahi lalat Z.

Menurut Tambi ni, Z adalah manusia luar biasa yang belum
pernah ditemui.  Dia menggunakan sepenuh pengalamannya,
tetapi tewas ditangan Z dan Z tidak puas bersamnya.

Akhir sekali, saya memohon maaf atas apa yang saya ceritakan ini.
Tapi percayalah, tujuan saya hanyalah untuk meminta nasihat dan
pandangan kerana Z masih tidak mahu berterus terang kepada
suaminya.  Dia juga masih tidak mahu berubah dan pernah
berkata, kalau suaminya sendiri gagal untuk mengubah
serta membimbingnya ke arah kebaikan, inikan pula saya.

Tolonglah Puan Z. Kasihan suaminya.


_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "kelana sepi" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke