*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
1. Pekida bukanlah rahsia atau pun secret lagi di Kedah; rata-rata orang Kedah
tahu mengenai Pekida ini.
2. Mendengar khabar, selepas kes DSAI anggota-anggota PEKIDA juga turut
berpecah dlm erti kata berlainan pendapat sepertimana yang berlaku kpd lain2
pertubuhan Melayu.
3. Saya tak masuk ahli w/pun dulu tertarik habis; reasonnya sebab orang tua
saya dah sound awal2 (kira2 5 tahun lepas); kata dia ada Ustaz cakap tak
berapa 'boleh' masuk Pekida ini sebab nak kena angkat sumpah (macam baiah)
dsg; Ustaz itu kata sumpah2 jangan main, sebab kalau kita langgar kena bayar
kifarat. Saya tak masuk sebab menghormati pendapat orang tua saya saja, w/pun
jauh di sudut hati saya memang teringin nak masuk. Jiran2 saya ramai geng
Pekida.
4. Pemandu2 teksi dan kereta sapu ramai join Pekida, boleh kenal dengan
lambang merah hijau kuning kat kereta depa. Selain lambang, cara salam jugak
ada caranya; kat tempat saya ada yg panggil geng2 Pekida ini sebagai 'geng
Kuit" sebab bila salam depa kuit jari.....bukan kuit sebarangan, ada cara kuit
depa sendiri.
Depa masuk sebab depa kata untung kalau kereta rosak kat tengah jalan, kat
hiway, kat jambatan P/Pinang etc....ada sorang tu, kereta dia rosak, tak dan
apa-apa, dah ramai orang berenti tolong.....geng2 Pekida yg dia sendiri tak
kenal. Mendengar cerita, kalau berenti kereta rosak tepi jalan, ada cara depa
sendiri (mungkin buka dua pintu ka, satu pintu ka etc saya tak pasti) supaya
mudah dikenali oleh ahli2 yg lain.
5. Pasal Pak Lah jadi penaung.....tak confirm; macam2 cerita yg saya dengar,
so tak leh nak confirm bab ini.
6. Kg Rawa.....hmm, bukan saja ahli2 Pekida yg turun; hampir semua pertubuhan
Melayu Islam tak kira apa jenis semuanya turun. By the way, kg Rawa berlaku
pada 27 March 1998, bukannya tahun 1997.
7. Cerita paling menarik yg saya dengar pasal Pekida ialah, banyak ahli2nya
dapat menyelesaikan masalah anak hilang (dilarikan orang terutamanya anak
gadis), kes motor kereta hilang dll melalui network Pekida ini. Hari tu, orang
kampung saya anak dia dilarikan boyfriendnya (mungkin dia yg gatal nak ikut);
lalu bapanya melalui depa punya network, pakat pi cari merata jalan; last2 ada
geng2 depa kata terjumpa budak tu di jetty B'worth. Jumpa jugak akhirnya. Kira
okaylah tu.
8. Cerita tak berapa menarik yg saya dengar ialah pasal kenduri kahwin; orang2
kampung yg bukan ahli Pekida cukup tak puas hati dengan puak2 Pekida atas 2
sebab.....sekurang2nya kat tempat saya, tempat lain wallah hu aklam:
a) Bila nak kenduri, panggil orang kampung mesyuarat; lepas mesyuarat dengan
orang kampung, depa buat pulak mesyuarat dengan geng2 depa. Most of the time,
benda2 yg dipersetujui dlm mesyuarat dengan orang kg tak pakai. Kata pak saya,
baik tak payah mesyuarat.
b) W/pun kadang2 depa pakai apa yg dipersetujui masa mesyuarat dengan orang
kg; tiba hari kenduri gelabah habis orang2 kampung yg kena jaga khemah kenduri
terutamanya yg bahagian dok hidang dan sediakan makananan tu. Awat daknya;
sampai time kenduri; entah mai mana beratus2 tetamu extra yg tuan rumah ahli
Pekida tu sendiri tak kenai sapa......ya lah brother in Pekida, rumah hang
rumah aku, kenduri hang kenduri aku. Akhirnya, bila makanan tak cukup, bukan
setakat tuan rumah malu, orang2 kg yg in charge bahagian makanan jugak naik
malu sebab makanan tak cukup, orang dok mai lagi...
Ringkas cerita, Pekida ini ada baik dan ada buruknya; saya nie pun kalau tak
kerana menghormati pendapat orang tua saya; saya mungkin dah join Pekida. La
nie saya dok tengok saja, ke depan saya tak pasti lagi....tambah2 pulak anak2
dah makin ramai; manalah tau kot-kot ada yg nak buat tahana kat keluarga saya,
bolehlah jugak kot pakai network depa....
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
>===== Original Message From "kedah langkasuka" <[EMAIL PROTECTED]>
>Ada sesiape di kalangan warga hizbi.net yg menjadi ahli Pekida,
>pertubuhan militia Melayu yg ditubuhkan untuk hadapan ancaman dari bangsa2
>asing. Pusatnya di Sik, Kedah yg ketuanya dikenali sebagai
>'ayahanda'. Mempunyai ratusan ribu ahli di M'sia hingga ke Indon, Thailand.
>Penaungnya ialah Pak Lah Badawi supaya senang bergerak dan
>dpt bantuan dari kerajaan. Beribu2 ahli2 Pekida atau lebih popular dengan
>nama 3 line (Merah, Hijau, Kuning) turun semasa rusuhan di Kg.
>Rawa, 1997 yg lepas.
>
>Mempunyai tanda2 sulit sesama ahli untuk memudahkan pengenalan diri.
>Ahli2nya tak kira parti, Umno, Pas, atas pagar dll. Perlu ada satu
>pertubuhan untuk membela org Melayu sewaktu2 emergency seperti rusuhan kaum
>dll.
>_________________________________________________________________________
>Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: "kedah langkasuka" <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>