|
PERHIMPUNAN
RAYA 100,000 RAKYAT Perutusan
[4] Assalamu'alaikum
dan Salam Reformasi, 38.
Reformasi
sosio-politik dan ekonomi sesebuah masyarakat dan negara biasanya melibatkan
transformasi prinsip dan nilai anggota masyarakat tersebut. Proses ini
melibatkan perubahan seluruh lapisan masyarakat dari atas hingga ke akar umbi.
Untuk memungkinkan gelombang perubahan yang lebih meluas, suatu mobilisasi
rakyat dengan satu bilangan yang besar amat diperlukan. Dengan itu mobilisasi
suatu gelombang perubahan yang berkesan perlu kepada satu bilangan
tertentu. 39.
Perhimpunan
Raya 100,000 Rakyat, seperti juga Perhimpunan 100,000 Rakyat sebelumnya memilih
angka 100,000 orang rakyat sebagai satu bilangan mobilisasi berpadanan dengan
gelombang reformasi yang dicetuskan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim lebih dua
tahun lalu. 40.
Apabila
gelombang ini terus disambung oleh pemimpin-pemimpin Barisan Alternatif yang
terdiri daripada PAS, keADILan, DAP dan PRM beserta NGO-NGO dan aktivis
reformasi dan karyawan, maka amat layaklah mobilisasi bagi melonjakkan gelombang
reformasi bagi mendapatkan sokongan rakyat akar umbi ini diteruskan dengan
memberi fokus kepada sejumlah 100,000 orang rakyat. 41.
Semangat ini
diambil daripada Al-Qur’an, Surah As-Saffat, ayat 147 yang memperihalkan pahit
maung dan rintangan dalam perjuangan Nabi Yunus a.s. Firman Allah yang
mafhumnya: “Dan Kami utus dia (Yunus) kepada 100,000 orang, dan bilangan itu
bertambah”. 42.
Ayat ini
menyatakan setelah Nabi Yunus diuji dengan pelbagai rintangan dalam
perjuangannya dan setelah berjaya melaluinya ujian tersebut satu persatu dengan
izin Allah, maka dia diutuskan kepada satu kaum. Bilangan kaum tersebut
dinyatakan sebagai 100,000 orang. Berkat kegigihan dan kekentalan semangat juang
bilangan awal 100,000 orang ini, pengikut Nabi Yunus dari semasa ke semasa
semakin bertambah besar. Akhirnya, dengan bilangan yang bertambah besar serta
diperkukuhkan pula dengan pegangan kepada kebenaran, mereka menjadi satu umat
yang dimartabatkan Allah di muka bumi dengan kekuasaan dan
kemuliaan. 43.
Kita berharap
semangat inilah yang akan mendasari Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat.
Sama-samalah kita jadikan mobilisasi 100,000 orang rakyat sebagai asas lonjakan
dalam proses transformasi prinsip dan nilai serta anjakan paradigma “Ke Arah
Malaysia yang Adil”. Kita yakin bilangan ini akan terus bertambah sebagaimana
yang dijanjikan dalam ayat Al-Qur’an di atas. “Kembalikan Hak
Rakyat” Hj.
Saari Hj. Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000
Rakyat
4
Januari 2001
bersamaan dengan 9 Syawal
1421
|
