*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Laaa.... dah agak dah ni!!!
Bagus jugak lah sebab tak sampai hati tengok Hishamuddin tu tergagap2 nak
berdebat depan camera nanti!!!! ha ha !!
~The truth is out there~
----- Original Message -----
From: "Concorde" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>; "anwar" <[EMAIL PROTECTED]>;
<[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, January 04, 2001 11:10 PM
Subject: H-Net* UmnoBoline: Tangguh Debat Hak Istimewa - Hishamuddin
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tangguh Debat Hak Istimewa - Hishamuddin
Kuala Lumpur, 4 Jan - Pemuda UMNO mencadangkan supaya debat di antara
ketuanya dengan Ketua Pemuda Pas, Mahfuz Omar mengenai hak keistimewaan
Melayu ditangguhkan buat sementara waktu.
Serentak dengan itu Pemuda UMNO akan membuka lembaran baru dalam arus
perjuangannya sempena dengan tahun baru ini dan tidak akan berpolemik
dengan sesiapa yang membuat teguran terhadapnya demi kepentingan agama,
bangsa dan negara.
Ketuanya, Dato' Hishamuddin Tun Hussein berkata debat di antara beliau
dengan Mahfuz tidak wajar diadakan sekarang ketika Pemuda UMNO sedang
berusaha untuk mendesak Suqui menggugurkan tuntutan mereka yang
menyentuh hak keistimewaan Melayu.
``Adalah tidak wajar dan tidak manis bagi dua pemimpin muda Melayu
berdebat dengan secara terbuka di khalayak ramai mengenai perkara
berkenaan sementara kita sedang memperjuangkan isu itu.
``Ia akan hanya menunjukkan bahawa kita bertindak secara tidak
bertanggungjawab lebih-lebih lagi bila ada usaha pihak-pihak tertentu
untuk menyatupadukan orang Melayu,'' jelas beliau.
Hishamuddin berkata demikian dalam satu interviu yang berterus terang
dan terbuka dengan wakil UMNO On-Line di Ibu Pejabat UMNO di sini hari
ini. Ia merupakan interviu pertama dengan beliau sejak timbulnya
kritikan-kritikan terhadap Pemuda UMNO beberapa bulan lalu.
Ketua Pemuda UMNO itu berkata beliau akan menghubungi Prof. DiRaja Ungku
Aziz supaya debat beliau dengan Mahfuz ditangguhkan jika tema bagi
pendebatan itu ialah berkenaan hak keistimewaan Melayu.
Prof. Ungku Aziz adalah moderator bagi debat tersebut. Sebelum ini debat
itu juga ditangguhkan kerana Mahfuz telah menjalani hukuman penjara
selama sebulan ekoran pembabitannya dalam satu perhimpunan haram pada
1997.
Mengenai kritikan yang dilemparkan terhadap pergerakan itu, Hishamuddin
berkata beliau dan anggota Exco Pemuda menerima segala teguran dengan
hati terbuka.
Bagaimanapun, katanya, bukan semua kritikan dan teguran itu adalah
berasas tetapi beliau berpendapat ini bukan masanya untuk jawab
menjawab.
``Dalam konteks perpaduan Melayu dan usaha untuk merapatkan barisan,
jawab menjawab tidak akan membawa penyelesaian.
``Saya bangga dengan Pemuda kerana dalam keadaan mereka menghadapi
tekanan yang hebat, mereka masih boleh memahami bahawa betapa pentingnya
parti kita bersatu,'' tegasnya.
Katanya, apa yang dilalui Pemuda harus dijadikan iktibar kepada semua
pihak dan pembaharuan yang dilakukan memerlukan pendekatan dan formula
yang baru.
Hishamuddin berkata beliau telah menyediakan satu rangka kerja bagi
membolehkan Pemuda UMNO bertindak dengan lebih berkesan, lebih cekap dan
lebih kuat sempena dengan azam baru mereka pada tahun baru ini.
Selaras dengan pendekatan yang baru itu, beliau telah juga
mengemaskinikan tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atas kesemua
anggota exco.
Katanya, Pemuda UMNO akan turun ke padang mulai dari bulan Syawal ini
untuk menemui ahli dan bukan ahli di peringkat akar umbi bagi
menerangkan bahawa UMNO masih relevan dan betapa pentingnya
perjuangannya demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
`` Kita mesti turun ke akar umbi untuk mendapatkan maklum balas dan
semakin ramai orang Melayu berpendidikan tinggi, semakin perlulah kita
mendengar apa yang ingin mereka luahkan.
``Seperti yang pernah saya kata sebelum ini, mulai sekarang Pemuda UMNO
akan kurang bercakap dan sebaliknya akan bekerja lebih kuat,'' katanya.
Hishamuddin berkata Pemuda UMNO akan mengadakan mesyuarat exconya esok
bagi merangka hala tuju baru perjuangan pergerakan itu sesuai dengan
lembaran baru tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Concorde <[EMAIL PROTECTED]>

Pengirim: Azmi <[EMAIL PROTECTED]>