|
PERHIMPUNAN
RAYA 100,000 RAKYAT Perutusan
[6] Assalamu'alaikum dan Salam
Reformasi, 52.
Hari Ponggal yang jatuh
pada 14 Januari ini merupakan sambutan masyarakat beragama Hindu bagi merayakan
satu permulaan baru. Di segi sejarah, Hari Ponggal adalah sambutan hari menuai
hasil tanaman dan pertanian bagi masyarakat Hindu. 53.
Bagi penganut agama
Hindu, Hari Ponggal melambangkan kemakmuran dan juga satu permulaan baru ke arah
kejayaan dan kesejahteraan. 54.
Masyarakat Hindu di
negara ini yang masih kukuh mengekalkan tradisi beragama menganggap Hari Ponggal
sebagai satu mercu penting dalam dukungan mereka hidup bermasyarakat. Mereka
melihat ke arah suatu permulaan yang membawa perpaduan dan kerjasama antara
seluruh anggota masyarakat. 55.
Kaum India beragama
Hindu yang tidak tertinggal melibatkan diri dalam reformasi sosio-ekonomi dan
politik negara juga berpendirian bahawa Hari Ponggal kali ini menjanjikan satu
pembaharuan dalam kepemimpinan dan pentadbiran “Ke Arah Malaysia yang Adil”
56.
Bagi menghargai
sokongan dan dokongan masyarakat Hindu terhadap perjuangan reformasi, sambutan
Hari Raya pada 20 Januari ini sekali gus diadakan bagi meraikan rakan-rakan
penganut Hindu negara ini yang menyambut Hari Ponggal pada 14 Januari
2001. 57.
Dengan itu Jawatankuasa
Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat mengalu-alukan kehadiran rakan-rakan di kalangan
penganut Hindu untuk ramai-ramai turun menghadiri sambutan Hari Raya pada 20
Januari di Kampong Medan, Telok Panglima Garang,
Selangor. 58.
Kehadiran masyarakat
India beragama Hindu dalam sambutan Hari Raya yang bakal dihadiri oleh lebih
100,000 rakyat ini bukan sahaja membuktikan bahawa reformasi sosio-ekonomi dan
politik di negara ini menjurus ke arah perpaduan kaum tetapi juga ianya akan
mewujudkan interaksi dan dialog sihat antara penganut pelbagai agama di negara
ini. 59.
Sama-samalah kita
berusaha dan berdoa agar Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat kali ini yang bertujuan
untuk menghimpunkan masyarakat Malaysia pelbagai kaum yang menganut pelbagai
agama menjadi satu kenyataan. Ini kerana sambutan Hari Raya kali ini juga
meraikan rakan-rakan yang beragama Kristian dengan Krismas mereka, rakan-rakan
Cina dengan sambutan Tahun Baru Cina mereka dan rakan-rakan penganut Hindu
dengan sambutan Hari Ponggal mereka. “Kembalikan Hak Rakyat”
Hj.
Saari Hj. Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000
Rakyat
6
Januari 2001
bersamaan dengan 11 Syawal
1421
|
