|
PERHIMPUNAN
RAYA 100,000 RAKYAT Perutusan
[7] Assalamu'alaikum dan Salam
Reformasi, 60.
Sambutan Perhimpunan
Raya 100,000 Rakyat pada 20 Januari ini sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini
akan diadakan di sebuah tapak tanah seluas dua ekar milik seorang nenek berusia
76 tahun. Beliau begitu berbesar hati menawarkan kepada Jawatankuasa untuk
mengadakan sambutan Hari Raya kali ini di tapak tanah
miliknya. 61.
Sebab utama beliau
menawarkan sambutan tersebut diadakan di situ adalah kerana rasa simpati beliau
terhadap para penyokong reformasi yang dihalang menghadiri Perhimpunan 100,000
Rakyat di Jalan Kebun pada 5 November lalu. Bagi nenek itu perhimpunan tersebut
merupakan satu perhimpunan aman dan tidak ada sebab kenapa rakyat dihalang
daripada menghadiri sebuah perhimpunan aman yang tujuan utamanya adalah untuk
mendengar ceramah daripada pemimpin-pemimpin
mereka. 62.
Ketika menawarkan
lokasi milik persendiriannya itu, nenek tersebut sekali lagi menegaskan apa
sebabnya pula rakyat sekali lagi tidak dibenarkan untuk berhimpun secara aman di
tanah beliau. Lagipun tegasnya tujuan perhimpunan itu adalah untuk berhari
raya. 63.
Jawatankuasa amat
terharu dengan semangat dan sokongan yang ditunjukkan oleh nenek tersebut dan
amat menghargai sokongan dan pengorbanan beliau. Kami hanya memohon semoga Allah
merahmati nenek itu dan memberi ganjaran pahala yang sebaik-baiknya kepada
beliau. 64.
Jawatankuasa juga
percaya dengan pengaruh nenek itu di kalangan masyarakat setempat khususnya di
Kampong Medan, Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Banting, disertai dengan
sokongan penduduk tempatan terhadap reformasi, sambutan Hari Raya di Kampong
Medan kali ini akan berjalan dengan lancar dan penuh
teratur. 65.
Merujuk kepada
Perhimpunan 100,000 Rakyat di Jalan Kebun pada 5 November lalu, Jawatankuasa
merakamkan rasa kecewa apabila tuan tanah, Sdr. SD Johari ditahan oleh polis
satu hari sebelum perhimpunan tersebut diadakan. Sdr. SD Johari ditahan bersama
beberapa orang rakan yang ketika itu sedang duduk berbual-bual di beranda rumah
beliau sendiri. 66.
Selain daripada itu
pihak polis juga telah mengusir para penjual yang sedang mengatur meja jualan
masing-masing sempena perhimpunan di tapak tanah milik persendirian itu.
Anehnya, apakah patut para penjual itu diusir sedemikian rupa oleh pihak polis
sedangkan mereka telahpun mendapat kebenaran untuk menggunakan tempat itu
daripada Sdr. SD Johari sendiri. 67.
Jawatankuasa ingin
mengingatkan sekali lagi bahawa tapak tanah di mana Perhimpunan Raya 100,000
Rakyat adalah milik persendirian. Dengan itu pihak polis diminta tidak melakukan
sesuatu yang tidak menasabah yang akhirnya hanya memburukkan lagi imej pihak
polis di kalangan masyarakat sekeliling. 68.
Jawatankuasa menyeru
agar pihak polis dan pihak-pihak berwajib bertindak secara profesional dan
menjalankan tugas bebas daripada tekanan mana-mana ahli politik yang mungkin
merasa tergugat apabila rakyat dengan sukarela sanggup datang dari seluruh
negara dengan bilangan melebihi 100,000 orang. Kedatangan rakyat membuktikan
semangat solidariti dan sokongan kepada perjuangan
reformasi. 69.
Jawatankuasa juga
merayu pada hari baik dan bulan baik ini di mana penganut-penganut Islam,
Kristian, Hindu dan kaum Cina merayakan hari-hari kebesaran mereka
masing-masing, pihak polis tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan suasana
perayaan yang penuh dengan semangat harmoni di kalangan pelbagai kaum dan agama
di negara ini. 70.
Jawatankuasa terlebih
dahulu merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak polis di balai-balai
polis Banting, Telok Panglima Garang dan Telok Datok yang bakal memberi
kerjasama mereka bagi menjadikan aspirasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan
penuh mesra dalam Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat menjadi satu
kenyataan. “Kembalikan Hak Rakyat” Hj. Saari Hj.
Sungib
Pengerusi,
Jawatankuasa Perhimpunan Raya 100,000
Rakyat
7
Januari 2001
bersamaan dengan 12 Syawal
1421
|
