*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamualaikum, Minggu ini sudah masuk minggu ke-2 tahun 2001. Sepanjang minggu lalu, dari awal hingga ke penghujung minggu kita digemparkan dengan sekurang-kurang 3 isu yang begitu ketara dan menonjol sekali. Penarikan balik tuntutan Suqiu, cadangan pertemuan PAS, ADIL, UMNO dan perletakan jawatan 'Ketua Dewan Ulamak' UMNO Datuk Dr Hamid Bin Othman amat menarik untuk diperkatakan. Isu Suqiu sebagai contohnya; selepas pemimpin Suqiu dengan raut wajah yang agak masam muncul di kaca TV bersama-sama dengan Datuk Hishamuddin, Ketua Pemuda UMNO yang juga kelihatan sedikit berpeluh dengan wajah yang tak berapa ceria mengumumkan akan penarikan balik beberapa tuntutan Suqiu yang menyentuh apa yang disebut dalam bahasa politik sebagai 'hak-hak keistimewaan orang Melayu' ; maka keesokan harinya surat-surat khabar milik kerajaan mula memainkan peranan memuji-muji kejayaan UMNO memaksa Suqiu tunduk kepada mereka. Membelek-belek akhbar-akhbar perdana semalam; saya tidak berapa berminat sangat untuk membaca temuramah susulan dengan pemimpin-pemimpin UMNO ini, cuma yang agak menarik perhatian saya ialah kenyataan Pak Lah Badawi seperti yang dilapurkan dalam Utusan Malaysia 7/1/2000: "PULAU PINANG 6 Jan. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, terdapat segelintir golongan yang kecewa dengan tindakan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina (Suqiu) menarik balik sebahagian daripada tuntutan mereka berhubung hak keistimewaan orang-orang Melayu semalam." Ya, di sini saya selaku salah seorang rakyat marhain yang tak pernah sabar-sabar hendak melihat era kejatuhan Dr Mahathir, dengan ini mengaku bahawa saya sedikit terkilan kerana isu Suqiu ini selesai awal dari jangkaan. Bukannya apa, dalam seminggu dua isu Suqiu ini berlangsung, saya sudah sempat mempergunakan isu ini untuk mempengaruhi dan menyedarkan rakan-rakan saya berbangsa Cina tentang perangai Dr Mahathir yang sebenarnya. Dalam jangkamasa 2 minggu lepas; saya cuba menguji rakan-rakan saya berbangsa Cina untuk melihat apa reaksi mereka terhadap isu Suqiu ini. Boleh dikatakan setiap orang rakan sekerja saya berbangsa Cina yang saya temui, saya buat lawak sinis yang serupa kepada mereka. Kata saya kepada salah seorang drpd mereka: "Wei, hang tak mau balik awal ka hari ini; hang tak tau ka Cina dengan Melayu tengah nak bergaduh ini?" Tahukah tuan-tuan bahawa boleh dikatakan setiap mereka yang saya ajukan pertanyaan ini, mereka memberikan jawapan spontan yang hampir serupa. Seorang rakan saya yang saya namakan sebagai Sim dengan spontan menjawab: "Apa ra....itu Mahathir sudah gila punya orang; you mau main politik you main politik sudah lah, you pigi campur sama racial apa bikin!!" Seorang lagi pula jawab: "Itu gila punya orang tarak boleh pakai punya orang....Melayu kata apa itu...NYANYUK!!" Setiap kali mendegar jawapan-jawapan yang hampir serupa itu, saya jadi tersenyum. LEGA RASANYA!! Yang bertambah lega lagi ialah apabila saya mendengar kata-kata yang lebih kurang serupa dari seorang lagi rakan Cina saya yang pada masa p/raya 1999 dulu begitu setia dengan Dr Mahathir. Saya masih ingat lagi bagaimana beliau lecture saya ketika itu; kata dia: "Apa la you nie Din, itu Mahathir bukannya jahat sangat; kita boleh cari makan, boleh kerja, tak ada gaduh-gaduh, itu sudah baguslah itu, apa mau bising-bising lagi" Kali ini, bila timbul isu Suqiu, bila saya berulang kali membuat lawak sinis itu di meja beliau; rakan saya ini dah jadi terbalik 180 darjah. Menurut beliau, apa yang Suqiu buat itu cumalah satu permintaan; ibaratkan kita ada 3 orang anak dalam satu keluarga, dan setiap orang anak itu membuat berbagai permintaan, maka kita sebagai ketua keluarga kenalah tengok yang mana boleh tunai kita tunaikan, kalau tidak boleh, tak payahlah tunaikan. Macam tu jugak dengan kerajaan; mereka ada kuasa sama ada hendak menerima atau menolak tuntutan berkenaan. Kata beliau lagi: "Kalau itu Suqiu punya demand tak boleh terima, you as a government, you reject sajalah habis cerita; apa mau bising-bising lagi. You masuk campur sama itu racial punya isu apa bikin.....ini gila punya kerja?" Lalu saya kata kat dia: "Aik, hang dulu bukankah sokong Mahathir?" Jawab dia dengan spontannya: "Itu dulu, sekarang bukan lagi!!" LEGA SUNGGUH AIH!!! Kerana itu, apabila isu Suqiu ini selesai pada penghujung minggu lepas; saya adalah antara mereka yang agak kecewa kerana sesungguhnya jika isu ini dibiarkan berlarutan, maka insyaallah ianya akan mempercepatkan zaman kejatuhan Mahathir; kerana sesungguhnya sebagai orang Melayu saya sedar bahawa rata-rata orang Melayu sudah tidak makan lagi dengan isu hak istimewa orang Melayu ini kerana yang ada hak istimewa cumalah mereka-mereka yang rapat dengan pimpinan UMNO, sedangkan rata-rata rakyat marhain seperti kita ini kebanyakannya hanyalah ibarat melukut di tepi gantang saja jika kita perlu apa-apa bantuan dari mereka. Selama ini pun yang memanjangkan hayat pemerintahan UMNO hanyalah orang-orang bukan Melayu sedangkan rata-rata orang Melayu sudah pun beralih angin menyokong BA. KERANA ITU, SAYA CUKUP TERKILAN KERANA ISU SUQIU SUDAH LAYU SEBELUM MASAK - KALAU NAK KATA AKAN JADI RUSUHAN KAUM; PIIRAH, TARAK NAK JADI RUSUHAN KAUM AIH SEBAB RATA-RATA ORANG MELAYU SUDAH PUN BERSATU DI BAWAH BA; DAN PERJUANGAN BA ADALAH UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KEADILAN SEMUA KAUM DI MALAYSIA. SELAGI ADA BA, INSYAALLAH 13 MEI TAK AKAN BERULANG DI NEGARA KITA!! Yang mengapi-apikan semangat perkauman dua tiga minggu ini adalah budak-budak Pak Lah dalam GPMS yang pada bulan Jun 2000 lalu pernah mencadangkan supaya pinjaman pelajaran pelajar-pelajar Melayu yg bersimpati dengan pembangkang di IPT ditarik balik dan pada bulan November lalu pula berdentum-dentam mencadangkan diwujudkan semula sekolah rendah dan menengah berbahasa Inggeris - bukan nak mendaulatkan bahasa Melayu! PIIRAH - GPMS PEJUANG MELAYU KEPALA HOTAK HANGPA!! Kalau nak cakap pasal perjuangan Melayu ini; budak-budak mentah macam GPMS tak payahlah nak bercakap pasal Melayu. Kalau nak tau pasal Melayu silalah masuk ke sektor swasta macam rakan-rakan kita di sana nu; mereka lebih mengerti tentang erti Melayu berbanding dengan budak-budak belia dalam GPMS yang tak tau apa-apa itu. Atau pun, untuk berlaku adil kepada semua pihak; kalau nak tau siapakah yang lebih Melayu antara PAS dan UMNO; mungkin ada baiknya kita tanya orang-orang veteran yang apabila memasuki suatu tahap umur dalam hidup mereka; mereka mula melihat isu politik negara dari sudut yang agak berbeda berbanding ketika mereka sedang berkuasa. Di sini saya petikkan tulisan Pak Lah Kok Lanas, kolumnis tetap Utusan Malaysia, merupakan penyokong setia Dr Mahathir dulu kini dan selamanya; dalam Utusan Malaysia 24/12/2000 beliau menulis: "Mahfuz Omar, Ketua Pemuda Pas bukan bodoh, dia dan Pas tidak menentang hak istimewa orang Melayu, apa yang dipertikai ialah cara ia dilaksanakan. Dan Pemuda UMNO mahu berdebat, tidak nampak lagikah kerosakan daripada perbahasan itu yang akan ditanggung oleh kerajaan dan UMNO? Pas tidak berdalih tentang hak istimewa orang Melayu. Kalau boleh Pas mahu rakyat Malaysia semua dikenali sebagai Melayu dan hari Jumaat cuti umum bukan hari Ahad. Ucapan Dr. Burhanuddin Helmi dan tokoh-tokoh Pas dalam Parlimen antara 1959-64 amat jelas dan Pas belum lagi menggugurkannya. Kalau mereka baca Hansard bulu roma bukan Melayu naik ketakutan. Sedarkah "cerdik pandai" dalam Pergerakan Pemuda UMNO tentang ucapan itu, sudah mereka baca dan buat kajian mengenainya pada masa lapang waktu tiada cari peluang perniagaan? Hari Jumaat sebagai cuti umum dikekalkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah." HA - DENGAQ TU; BACA AYAT DEMI AYAT, DAN CUMA LIHAT MAKSUD TERSEMBUNYI YANG PAK LAH, ORANG LAMA KITA INI INGIN SAMPAIKAN!! Selama ini, PAS walau pun nampak lebih sebagai sebuah parti Islam, tapi kalau kita tanya betul-betul kepada pemerhati-pemerhati politik tanah air seperti Pak Lah Kok Lanas ini, mereka akan akui bahawa PAS selain memperjuangkan Islam sebagai wadah politiknya, PAS juga adalah merupakan satu pertubuhan Melayu Islam yang menjadi sebagai golongan pendesak atau pun pressure group terhadap kerajaan bagi memastikan hak-hak orang Melayu tetap terpelihara di bumi Malaysia ini. KERANA ITU, MANA-MANA PIHAK YANG MASIH BERNIAT UNTUK MENGHARAMKAN PAS DARI PERSADA POLITIK NEGARA INI, CUMALAH FIKIR LIMA ENAM KALI! Kerana itu jugak sebagai seorang Melayu yang datang dari UMNO, kemudian bersama-sama PAS, insyaallah untuk selama-lamanya; saya melihat berita mutakkhir mengenai cadangan pertemuan enam mata antara pemimpin-pemimpin Melayu dari PAS, ADIL dan UMNO sebagai sesuatu yang bukan memeranjatkan. Ketika UMNO berpecah kepada UMNO baru dan UMNO lama (S46); PAS bersedia duduk semeja dengan S46. Apabila UMNO baru berpecah lagi kepada UMNO Mahathir dan Parti KeADILan; PAS bersedia menerima Parti KeADILan. Lalu, kini apabila UMNO Mahathir sedang dalam keadaan sesak nafas, tercungap-cungap, mungkin kerana menjadi semakin kecil dan tidak mampu lagi berpecah, cuba menghulur tangan memohon simpati; PAS tiada pilihan lagi, kerana sesungguhnya sebagai saudara satu keturunan dan terutamanya sebagai brother in Islam, PAS tak boleh lari daripada tanggungjawabnya menerima kembali saudara lama yang kini sedang nazak menunggu masa. AKHIRNYA - UMNO SUKA KA TAK SUKA KA, PAS YANG SELAMA INI DITUDUH SEBAGAI PEMECAH PERPADUAN MELAYU, HARI INI DILIHAT ORANG SEBAGAI TEMPAT ORANG MELAYU MENGADU APABILA MEREKA MEMPUNYAI MASALAH! Dan, secara ironiknya pula, dalam keadaan UMNO yang sedang nazak ini, 'Ketua Dewan Ulamak' nya iaitu Datuk Dr Hamid Othman yang dikatakan orang mewakili golongan cerdik pandai agama dalam UMNO secara tiba-tiba menghulurkan surat meletakkan jawatan; seolah-olahnya menggambarkan kepada kita bahawa kini tiada lagi orang-orang alim dalam UMNO. Maka itu, secara sinisnya boleh kita kata bahawa dalam keadaan UMNO sedang nazak ini, dalam keadaan UMNO sedang gering ini, dalam keadaan UMNO sudah tiada bijak pandai agama dalamnya ini; maka dalam keadaan yang semacam ini, jika ditakdirkan Tuhan UMNO menjadi jenazah; maka menjadi satu tanggungjawablah kepada semua kita tak kira apa pegangan politik untuk sama-sama tolong menyempurnakan 'mayat' UMNO ini. Kerana itu, kita melihat kesediaan PAS menghulurkan tangannya kepada UMNO bukanlah kerana faktor perpaduan Melayu semata-mata, tetapi lebih kepada menunaikan tanggungjawabnya terhadap saudara seagama. Politik Melayu Islam di Malaysia ini harus dilihat melangkaui sempadan ideologi! Wassalam, Ahmad Baharudin Kasbi ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>