*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ringkasan pandangan dari seorang ekstrimis Melayu dalam satu perbincangan 
ilmu baru-baru ini:

Perpaduan Melayu perlu dilihat dari aspirasi kemerdekaan yang sepatutnya 
memberi keselesaan kepada orang Melayu untuk bangga hidup dibumi tanah 
tumpah darah mereka. Perpaduan Melayu mula merosot dari generasi PM yang 
keempat. Melalui tingkah-laku PM ini, hak ketuanan dan imej mulia orang 
Melayu mula terhakis dengan begitu teruk sekali. Ini semua disebabkan 
perangai PM yang buruk diantaranya ialah:
1. Pembunuhan kejam keatas As-syahid Ustaz Ibrahim dan orang-orang Melayu 
yang lain diMemali.
2. Penangkapan dan pembicaraan yang mengaibkan pemimpin Melayu Datuk Seri 
Anwar Ibrahim.
3. Mengaibkan Jabatan Agama Islam Selangor yang menjalankan tugas menangkap 
orang-orang Melayu yang minum arak.
4. Menyokong perempuan Melayu memasuki Pertandingan Ratu Cantik yang ditegah 
oleh Islam.
5. Perlecehkan penggunaan Bahasa Melayu.
6. Berlagak seperti Mat Salleh dengan topi koboi, seluar jeans dan meraikan 
tahun-tahun baru secara yang tidak sesuai dengan tatasusila orang Melayu.
7. Mendaulatkan Bahasa Inggris seperti Residen JWW Birch - penjajah Tanah 
Melayu.
8. Mengagalkan pencapaian DEB pegangan orang Melayu dalam perniagaan.
9. Menghapuskan biasiswa untuk pelajar-pelajar Melayu yang memerlukan.
10. Menghalang perlaksanaan Hukum Hudud oleh rakyat Kelantan yang majority 
orang Melayu.
11. Menghalang Petronas memberi royalty minyak kepada Terengganu yang 
majoritinya orang Melayu untuk meningkatkan taraf-hidup mereka.
12. Meracuni pemikiran orang Melayu dengan membenarkan orang Melayu 
menerajui syarikat judi.
13. Memilih orang Melayu yang kurang berakhlak mulia, tutup aurat dan baik 
budi perkertinya kejawatan tinggi kerajaan.
14. Tidak membendung penerapan budaya kuning yang berluasa di TV, dan media 
massa yang lain yang rata-rata ditonton oleh orang Melayu.
15. Tidak membendung murtad melalui kaedah baru mengeluarkan Sijil Beranak 
dimana anak orang Melayu tidak perlu di “bin” atau “bte” kan.
16. Emotional dan menangis dikhalayak ramai bukan sahaja memalukan orang 
melayu bahkan melemahkan semangat keperwiraan orang Melayu.
17. Memusuhi Islam, ugama orang Melayu dengan kata-kata yang sinis dan 
kesat.
18. Pemberian projek mega secara terus kepada taukeh-taukeh bukan Melayu.
19. Membidas orang Melayu sebagai tidak bersyukur kepada Kerajaan.
20. Pilih kasih dan tidak mengambil tindakan keatas kerugian Pewaja yang 
diterajui oleh bukan Melayu.
21. Kegagalan semua projek penswastaan merugikan kakitangan yang rata-rata 
orang Melayu.
22. Pengabungan bank merugikan orang Melayu dan menghina reputasi bank-bank 
Melayu yang telah lebih lama beroperasi.
23. Keujudan IPTS dan korporat IPTA melembabkan pengeluaran sumber tenaga 
orang Melayu berbanding bangsa asing.
24. Kementerian yang dipengerusikan oleh orang Melayu memberi lesen kepada 
pemaju perumahan, pengilang beras, peniaga-peniaga yang rata-rata bukan 
Melayu atas dasar orang Melayu tidak pandai berniaga.
25. Menjamin kepada orang bukan Melayu bahawa satu hari nanti mereka juga 
akan menjadi Perdana Menteri.
26. Mengarahkan Polis untuk memukul orang Melayu tanpa belas kasihan yang 
berhimpun secara aman.
27. Melucutkan taraf keistimewaan raja-raja Melayu.
28. Meujudkan gedung perniagaan Hypermarket milik bukan Melayu bagi 
meyukarkan peruncit-peruncit Melayu untuk bersaing.

Memandangkan PM sekarang ini tidak jujur dalam melaksanakan tanggangung 
jawab yang diamanahkan oleh orang Melayu maka PM perlu meletak jawatan bagi 
menjamin Perpaduan Melayu tetap utuh.

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Saripah Ahmad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke