*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Warga hizbi yang budiman;
Saya ada masalah yang diharap mendapat bantuan dari saudara/
saudari sekalian..
pada 7.11.00 yang lalu saya telah menempah kereta
Proton Iswara 1.3 sedan di salah sebuah kedai
(bumiputra) Wakil Eon. Bayaran sebanyak RM2,000.00
telah dijelaskan sebagai wang tempahan.
Janji salesman berkenaan besar kemungkinan sebelum Hari
Raya kereta akan diperolehi.
Pinjaman Bank Islam sebayak RM20,000.00 telah pun diluluskan.
Lebihkurang 10 hari sebelum Raya, salesman
berkenaan telah telah meminta saya menjelaskan
sebanyak RM16.000.00 lebih iaitu wang
perbezaan pinjaman bank dan harga kereta. Ini saya
telah dijelaskan dengan bayaran Bank Draf atas
nama syarikat berkaan. Resit telah diberikan.
Masalah nya, sehingga kini kereta masih belum di terima
walaupun telah hampir tiga minggu hari Raya telah berlalu.
Maklumat dari kawan-kawan, mengatakan bahawa pihak
kedai/syarikat sepatut segera menyerahkan kereta kepada
saya keraya bayaran perbezaan pinjaman dan harga kereta
telah dijelaskan.
Saya minta saudara/saudari kalau ada yang bekerja
di EON atau Proton memberikan nasihat kepada saya
di dalam perkara ini, bagitu juga nasihat daripada
tuan-tuan dalam bidang yang berkaitan sangat saya
perlukan.
Saya adalah golongan yang berpendapatan rendah,
dengan keluarga ang ramai. Wang RM18,000.00
sangat tinggi nialinya kepada saya..saya sangat bimbang..
Kelewatan mendapat kereta ini juga menimbulkan kesulitan
yang bukan sedikit kepada kami sekeluarga..
Jasa baik dan pertolongan saudara/saudari adalah di harapkan
dan didahului dengan jutaan terima kasih.
WASSALAM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "" <[EMAIL PROTECTED]>