*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEMAMAN, 15 Jan (Hrkh) - Kerajaan Terengganu dijangka akan mengalami masalah
kewangan serta terjejas usaha pembangunan negeri berikutan pembayaran
royalti oleh Petronas disekat oleh kerajaan pusat sejak tahun lalu.
Namun begitu, usaha bagi membangunkan negeri tidak melemahkan semangat
kerajaan serta pegawai disemua peringkat.
Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPEN) Terengganu, Tengku Hassan Tengku Omar
berkata wang royalti yang menjadi hak milik negeri Terengganu perlu
dikembalikan segera oleh kerajaan pusat.
Ini penting katanya, kerana banyak dasar serta perancangan kerajaan negeri
bagi membantu golongan nelayan telah terjejas.
"Perkampungan nelayan di Kuala Kemaman akan disusun semula mengikut pelan
serta perancangan pembangunan negeri Terengganu," jelasnya di majlis
Penyampaian Pukat dan Dialog Bersama Nelayan, di Kompleks LKIM, di Kampung
Kuala Kemaman, baru-baru ini.
Menurutnya, perancangan serta pelan pembangunan kawasan nelayan di Kuala
Kemaman dan Kuala Terengganu telah pun disiapkan.
Katanya, penduduk yang bekerja sebagai nelayan di Kuala Kemaman tetap akan
tinggal di perkampungan tersebut.
Oleh itu katanya, kerajaan akan terus berusaha merancang pembangunan
mengikut kemampuan serta kewangan negeri.
"Masalah kewangan tidak melemahkan semangat kita (kerajaan) untuk terus
merancang," ujarnya di hadapan 50 nelayan terbabit.
Katanya, kerajaan mahu masalah kemiskinan tidak diwarisi oleh anak-anak kaum
nelayan di masa akan datang.
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Pengintip Profesional" <[EMAIL PROTECTED]>