*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa`alaikum salam warahmatullah,
Ooohoo ! Patutlah ada orang hari tu nak suruh Quran ni
ditafsirkan semula.Mungkin sebab isu-isu yang
diceritakan dalam Quran tu sudah lapuk agaknya
barangkali.Pasai tu la juga kot yang ada orang marah
sangat bila diulang-ulangkan baca ayat-ayat Quran ni,
"Apa rah ! tarak cerita lain ka? Bila mai saja
Israk-Mikraj, tak habih-habih cerita pasai Nabi naik
pi ke langit.Bila mai isu kezoliman pula, mulalah
cerita Firaun lawan Musa ! Musa lawan Firaun ! Itu
saja yang diulang-ulangkan.Boring la !"
Dari ungkapan sebegini; adakah Quran sudah tidak
relevent lagi untuk zaman serba canggih ni?…Kalau
Quran dah outdated, tapi pasai apa bila pi saja
masjid, ustaz-ustaz tetap juga dok cerita tentang
kisah-kisah silam sepertimana yang dirakamkan oleh
ALLAH SWT dalam kitabNya, al-Quran?…Padahal
kisah-kisah itu semua dah lapuk dek zaman; tak gitu
saudara Tanggang?
Inilah yang dikatakan sunatullah.Setiap apa yang ALLAH
rakamkan tentang kisah-kisah lampau adalah untuk
memberi peringatan kepada manusia akhir zaman ni bahwa
akan ada juga nanti watak-watak seperti Firaun, Qarun,
Haman, Abu Lahab, Abu Jahal dan lain-lain di akhir
zaman ini.Jadi, salahkah saya mengulang-ulangkan
kezoliman yang dilakukan BN??

( Bila kita kata 'beri peringatan kepada manusia', mau
tak mau mesti ada yang terasa.Lain la kalau kita kata
kat lembu; dia memang tak tau apa. )

Kalau bercakap tentang politik dalam agama ni pula;
agak-agak tuan-tuan, marah tak Abu Jahal kat Nabi
kalau seruan Nabi s.a.w. hanyalah solat, puasa, zakat
dan haji sahaja?…Abu jahal mungkin nanti kata, "Ya
Muhammad, berapa banyak hang nak solat/puasa, lantak
pi lah kat hang.Aku peduli apa, janji hang tak kacau
kepentingan aku, kira ok la tu.Tentang zakat/haji tu,
buat kerap-kerap lagi cantik, pasai yang tu semua kira
cerita 'masuk' punya."…Tapi yang herannya, pasai apa
dalam sirah bagitau yang Abu Jahal dan kroni-kroninya
sangat marah kepada Nabi s.a.w.?…Takkan orang nak
marah kot kalau menyeru amal ma`ruf sahaja.Jadi, mesti
ada sesuatu yang Nabi buat, yang bagi masyarakat Arab
Quraisy bangsanya sendiri benci kepadanya.Agak-agak,
apa yang Nabi sudah buat, ya saudara Tanggang?

(Setakat ni, saudara Tanggang faham tak apa yang saya
dok kata ni?…Kalau tak faham, tutup buang pc tu, malas
saya nak sambung………Dakkk aih, melawak saja tu. )

Adakah jawapannya 'mencegah kemungkaran'?…Ya, memang
itulah jawapannya.Tapi, bukan Nabi boleh buat apa-apa
di Mekah ketika itu pun, sebab dia bukannya
penguasa.Lagi pun penyokongnya sikit saja time tu di
Mekah.
Cuba-tuan-tuan perati tengok ayat-ayat ALLAH yang ada
seruan 'membuat kebaikan'; kebanyakannya akan disusuli
pula dengan seruan 'mencegah kemungkaran'.Contohnya
sepertimana firman ALLAH dalam ayat 104 Surah Ali
Imran dan ayat 157 Surah al-A`raaf.Ini menunjukkan
macamana ALLAH ajar kepada kita bahwa kalau program
pencegahan mungkar tidak ada, maka peluang untuk
masyarakat kita terima seruan kebaikan agak
kecil.Contohnya tak jauh tuan-tuan, tengok saja M`sia
sudah la.Buka tv pagi-pagi, muqaddimah tu nampak
cantik pasai dimulakan dengan bacaan Quran, dan
penutup pun agak cantik juga pasai adala sikit-sikit
kata-kata renungan.Tapi isinya cukup punya celaru, tak
tau dah nak beza yang mana halal dan yang mana haram,
semua kira boleh.Jadi, macamana masyarakat nak tau
Islam yang sebenar, sebab hanya muqaddimah dengan
penutup saja yang nampak Islamik, yang lain semua haru
biru blues.
Jadi, untuk counter balik benda-benda berunsur maksiat
yang berleluasa ketika ini, rancangan cegahan
kemungkaran mesti dilaksanakan.Kan Nabi s.a.w. pernah
bersabda, "Cegahlah kemungkaran itu dengan
tangan.Kalau tak boleh, cegah ia dengan lisan.Kalau
tak mampu juga, cegahlah dengan hati.Sesungguhnya itu
adalah selemah-lemah iman."…Cegah dengan tangan itu
bukan makna pi boh penampar kat orang tak tentu
pasal.Silap-silap haribulan, kepala kita benjol
dikatok dek samseng-samseng tu balik.'Tangan' disini
bermaksud 'kuasa'.Jadi, untuk mendapat 'kuasa', maka
politik mau tak mau kena cakap juga.Memang la dalam
Islam, politik itu dipanggil 'siasah'.Tapi orang
Melayu kita telah difahamkan oleh puak sekular bahwa
benda-benda lagu ni adalah politik, maka nak bagi
senang faham, kita pun kata benda-benda macam ni pun
'politik' la juga.Itu saja.
Oleh itu boleh tak kita selit 'politik' dalam
ugama?…Macamana saudara Tanggang, masih nak pisahkan
politik dari cerita agama ka?…Banyak lagi benda yang
boleh kita kongsi pengetahuan, tapi di lain masa, ok.
Jadi, dari celoteh saya ni, bukan saya nak tunjuk kata
saya la pandai.Tarak-tarak, saya pun baru dalam proses
muqaddimah.Saya pun masih dhoif lagi tentang ilmu
agama ni.Apa yang saya tulis ni, sebenarnya dituju
untuk diri saya sendiri, tapi kalau ada
sahabat-sahabat yang nak kongsi ilmu tu, apa
salahnya.Maafkan saya kalau terkasar bahasa.

Wassalam.

--- Si Tanggang <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> assalamualaikum....
> 
> isu dah lapuk apalah nak dihebuhkan lagi......cik
> omar
> kita ini dah elok bagi ilmuan agama awat selitkan
> politik pulak....kan orang dah marah dah....ialah
> mereka semua dahagakan ilmu agama...tapi bab
> selitkan
> politik itu yg tak sedap...bukan semua orang yg
> suka...so kalau ikhlas nak bagi ilmu agama buatlah
> secara seikhlasnya...usahlah selitkan selingan
> politik...kalau nak cerita politik ceritalah politik
> saja...takut kalau orang orang yg baru terbuka hati
> naluri atau pun orang ingin balik kepangkal
> jalan..tertutup terus atau patah hati kerana ada
> unsur
> unsur negatif yg ditunjukkan oleh orang yg mengaku
> dialah orang lebih islamnya lebih imannya ilmunya
> dan
> pelbagai lagi. jadi orang yg kurang islamnya atau
> imannya ilmunya layak dikata nista dicaci dipanggil
> dengan nama yg tidak sedap didengar dan lebih teruk
> dia umpama tidak layak masuk syurga...betulkah nie
> semua....atau so siapa yg sepatutnya layak masuk
> syurga?
> 
> wassalam
> tanggang
> --- Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > Dakwah - http://dakwah.listbot.com/
> > 
> > --------------------------- ListBot Sponsor
> > --------------------------
> >   Dial 800-555-TELL. Instant updates - One free
> > call.
> >   Sports, stocks, driving directions...& much
> more!
> > 
> >    http://www.bcentral.com/listbot/tellme1
> >
>
----------------------------------------------------------------------
> > 
> > Assalamu`alaikum,
> > Saudara kita ni cakap gedegang-gedegang pasai
> Islam
> > tapi  awal-awal muqaddimah nampak cacat dah sebab
> > tak
> > dak salam.Sesama Islam kan Nabi ajar bagi
> > Salam.Takpalah, mungkin terlalu mengikut emosi,
> > hingga
> > terlupa nak bagi salam.
> > Di sini saya nak cerita sepertimana yang
> diceritakan
> > oleh ustaz Halim Hassan sebelum beliau berangkat
> ke
> > Iraq.Ceritanya, yang mana pada satu malam, seorang
> > waliyyullah yang bernama Hassan Basri, ternampak
> > satu
> > lembaga sedang menyucuk-nyucuk tengkorak
> orang-orang
> > yang telah mati dengan tongkatnya di sebuah
> kawasan
> > perkuburan.Mula-mula dia nampak lembaga tu cucuk
> > satu
> > tengkorak, tembus terus.Lalu lembaga tu lempar
> > tengkorak tu ke batu nisan.Kemudian lembaga tu
> cucuk
> > tengkorak yang lain, tapi kali ini tak telus
> > langsung.Diambilnya tengkorak itu dan dibalingnya
> > juga
> > ke batu nisan.Selepas itu, lembaga itu cucuk lagi
> > tengkorak yang lain pula, tapi kali ini masuk
> > setengah.Lalu diambilnya tengkorak itu dan
> diciumnya
> > dan kemudian ditanamnya balik.Sebelum lembaga itu
> > melangkah pergi, Hassan Basri menahannya dan
> > bertanya
> > (waliyyullah ini tahu lembaga itu adalah
> > malaikat.Inilah anugerah ALLAH kepada
> > wali-waliNya).Hassan Basri tanya, "Ya hamba ALLAH,
> > mengapa kamu buang tengkorak yang dicucuk dan ada
> > pula
> > yang kamu cium dan tanam balik?…Jawab malaikat
> itu,
> > "Yang mula-mula itu, aku cucuk, tembus terus.Ini
> > bermakna orang itu semasa hayatnya, langsung tak
> > lekat
> > ilmu/pengajaran dalam kepalanya."
> > ( Jenis ni, mai la 10 ustaz pun bagi tazkirah kat
> > dia.Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.Kalau
> > masuk pun, dia nanti tafsir ikut akai dia.Orang
> kata
> > PAS itu dasarnya al-Quran/sunnah; dakkkkkk ! dia
> dok
> > kata juga Pas tu bukan Islam.Kemudian tunjuk pula
> > champion dalam hal ugama, padahal apa yellow pun
> dia
> > tak tau.)
> > Kata malaikat tu lagi, "Yang keduanya; aku cucuk,
> > tapi
> > tak masuk langsung.Orang ini semasa hidupnya,
> > langsung
> > satu pengajaran pun tak lekat dihatinya."
> > ( Yang ni lagi teruk.Mai la berpuluh-puluh ustaz
> > pun,
> > dia lagu dia juga.Berbuih dah mulut ustaz dok
> > bagitau
> > sekian-sekian, tapi dia buat pekak badak
> saja.Ustaz
> > buat kuliyyah, dia buat-buat lena dengan mata
> > syurrrr
> > lagumana kena roche.Orang lagu ni, malaikat nanti
> > tendang kepala dia di akhirat kelak. )
> > Dan yang ketiganya kata malaikat, "Aku cucuk,
> masuk
> > setengah.Kemudian aku cium dan aku tanam balik
> > tengkoraknya kerana orang ini semasa hayatnya,
> > ayat-ayat ALLAH lekat dihatinya dan diamalnya.
> > ( Orang lagu ni, ayat-ayat Quran kira boleh
> cairkan
> > hatinya.Faham sungguh dia dengan ayat-ayat ALLAH
> ni.
> > )
> > Jadi kesimpulannya, kat mana-mana majlis ilmu pun;
> > ceramah ka, kuliyyah ka, tazkirah ka ( la ni ada
> > orang
> > pobia pula dengan perkataan ni); apabila habis
> saja
> > majlis tu, orang ramai yang mendengar/melihat siri
> > penerangan itu akan berpecah terbahagi kepada 3
> > golongan.
> > 1) Dia faham sungguh dengan apa yang diterangkan
> > kepadanya.
> > 2) Dia faham, tapi dia buat-buat tak faham.
> > 3) Dia satu apa pun tak faham, tapi dia buat
> > champion
> > macam dia tau.
> > 
> > ALLAHU TA`ALA A`LAM.  
> > 
> > --- Ruzish <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> > > Al-quran & hadith sebagai pegangan dan panduan
> > umat
> > > islam, semua orang islam
> > > yang beriman tahu dan tak akan  nafikan.
> > > Kita semua yang mengaku islam, mestilah
> bertindak
> > > "bijak" secara islam...
> > > Adakah apabila orang lain memaki hamun, kita pun
> > > ikut juga?....cara islam ke
> > > tuu..
> > > mencarut...memaki dan mengata orang itu islam
> > ..dia
> > > ni tak islam......INI
> > > BUKAN CARA ISLAM!!..
> > > Astafar banyak-banyak, cakap kurangkan dan
> > > kerja/amal kena lebih...
> > > 
> > > ISLAM ADALAH ISLAM
> > > 
> > > PAS BUKAN ISLAM
> > > UMNO BUKAN ISLAM
> > > ADIL LAGI ...BUKAN ISLAM
> > > 
> > > 
> > > Hanya penyokong-penyokongnya adalah orang-orang
> > > Islam...ISLAM
> > > kesemuanya....SUADARA KITA SEMUA....ISLAM  tidak
> > > melarang umatnya mempunyai
> > > belbagai pendapat...itu adalah untuk kebaikan
> > semua.
> > > Selagi tidak terkeluar dari LANDASAN AKIDAH
> > ...it's
> > > okay le..
> > > Masalahnya kita menganggap AKIDAH/IMAN kita
> lebih
> > > baik dari puak yang
> > > lain...ini yang boleh memesongkanya!!..
> > > BERDAKWAHLAH ATAS KEBENARAN DAN BUKAN ATAS DASAR
> > > KEMENANGAN.
> > > 
> > > REZEKI/JODOH & MAUT DI TANGAN ALLAH S.W.T
> > > 
> > > Kalau dah tak dapat tender dari kerajaan
> ke..dari
> > > USM ke   badan-badan
> > > swasta ke...(kerja kilang ke atau jual mee
> goreng
> > > ke)..SEMUA TU KAN DARI
> > > ALLAH S.W.T.
> > > 
> > > BERSYUKURLAH....SABAR..DAN BERDOA.
> > > KEMUDIAN BERTINDAK IKUT CARA ISLAM .....JANGAN
> > "SLAM
> > > DUNK!!"..
> > > 
> > > 
> > > 
> > > 
> > > 
> > > 
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke