*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dipetik dari laman MSC.....Mohamad Sabu.Com...
"PERPADUAN MELAYU - MAHADHIR SEDIAKAN PELAN TINDAKAN..."
Pepatah Melayu ada menyebut "Sekali terkena, kedua tahu, ketiga mengena".Ini bukanlah
kali pertama Mahadhir menyeru pembangkang Melayu untuk bersatu
daripada pecahbelah. Itulah yang di ajakkannya kepada PAS selepas beliau menjadi PM
pada tahun 1982. Begitulah juga yang direncanakannya kepada
Sdr.Anwar dan ABIM pada tahun yang sama. Bila PAS menolak kerana PAS dah pernah
terkena, dia menuduh PAS punca pecah belah dan patut diharamkan.
Sebelum Anwar menerima ajakan Mahadhir untuk bekerja menegakkan Islam melalui UMNO,
PAS telah menasihati Anwar agar berhati-hati kerana Mahadhir yang pembelit akan
membelit beliau. Pada waktu itu imej Mahadhir melambong tinggi sedangkan imej PAS
merudum kerana tidak mahu bekerja sama dengan UMNO.
PAS melihat perkembangan kerjasama untuk perpaduan Melayu atau Islam itu sebagai satu
sandiwara Mahadhir yang telah mencadangkan PAS ditendang dari BN sebelum ini. Mahadhir
mahu menutup jenayahnya terhadap umat Islam dan Melayu kerana beliaulah yang
menyingkirkan PAS dari kerajaan camporan BN.
Beliaulah yang sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu dengan dasar
pentadbirannya "pecah dan perintah". Bila PAS mula bekerja bersungguh-sungguh
untuk memulihkan imej dan meletakkan kepimpinannya di bawah kepimpinan ulamak,
ternyata UMNO yang diketuai oleh Mahadhir itu nampak akan sokongan rakyat yang kian
menyerlah terhadap PAS.
Pada pilihanraya tahun 1986, Mahadhir sekali lagi mengajak PAS berpadu di dalam BN.
Inilah tektik kotor beliau dalam mempermainkan isu perpaduan Melayu.
Beliau amat bangga dengan tektik perpaduan ini kerana PAS sering disalahtafsirkan oleh
rakyat dan UMNO dilihat sebagai benar-benar jujur untuk menyatu padukan orang-orang
Melayu. Walaupun Mahadhir melakukan tindakan kejam dengan membunuh rakyat Kg.Memali,
beliau terus disanjung dan digelar sebagai wira Melayu.
Allah Maha Kaya. Dalam pada keghairahan beliau mencemuh dan memaki hamun PAS kerana
punca pecahbelah dan tidak mahu kepada perpaduan Melayu, tiba-tiba UMNO sendiri
berpecah jadi team A dan Team B. Dan seterusnya, UMNO
diharamkan oleh mahkamah daripada persada bumi Malaysia yang bertuah ini. Mahadhir
terus juga memainkan peranannya dengan menangkap beratus-ratus pimpinan-pimpinan PAS
dalam operasi Kenari dan Oprasi Lalang.
Walaupun tindakan kejam ini berterusan dilakukan terhadap PAS, Mahadhir tetap
disanjung. Mahadhir terus merancang untuk melumpuhkan PAS.
Serangan-serangan bagi memburuk-burukkan PAS dilakukan sepanjang masa
melalui media dan alat-alat propaganda kerajaan. PAS meneruskan juga
kerja-kerjanya. PAS mengumpulkan tenaga-tenaga bagi bersatu menegakkan
keadilan dan meletakkan pemimpin yang layak ditempatnya yang sebenar.PAS
mencanangkan beberapa slogan antaranya ialah:
Membangun bersama Islam Bersatu Di bawah Kepimpinan Ulamak, Jika Islam
Selamat, Melayu akan selamat, Cina Selamat, India Selamat dan Malaysia
Selamat.
Ini terus membongkar penyelewengan dan ketidakbenaran perjuangan UMNO dan
BN. Ditambah dengan kerakusan dan penyalahgunaan kuasa oleh Mahadhir,
akhirnya membuka mata orang Melayu bahawa PAS adalah satu parti altenatif
kepada UMNO.
Bila S46, parti pecahan UMNO meminta PAS bekerja sama dengan mereka, PAS
menerima dengan lapang dada dan Kelantan akhirnya dapat ditawan semula pada
pilihanraya 1990. Diwaktu inilah PAS terpaksa membuktikan dakwaan mereka
bahawa kepimpinan ulamak boleh mentadbir sesebuah negeri. Rakyat dapat
melihat bagaimana telusnya seorang ulamak dalam memerintah sebuah negeri.
Walaupun UMNO menyerang bertubi-tubi dari berbagai-bagai arah, PAS terus maju
bersama Islam. Rakyat bukan Islam juga melihat perkembangan ini secara positif.
Mereka mula mengenal pentadbiran PAS yang lebih saksama dan bertoleransi
terhadap kaum dan agama lain. Mereka dapat merasakan sendiri ketelusan
pimpinan PAS, yang selama ini mereka menerima gambaran yang salah tentang
PAS dan Islam daripada UMNO.
Mahadhir pernah berucap di dalam Perhimpunan Agung UMNO dengan
mengatakan bahawa menghadapi PAS adalah terlalu mudah. PAS telah dapat di
kalahkan dengan mudah setiap kali pilihanraya. Beliau meminta ahli-ahli UMNO
bersatu kerana kekalahan UMNO di Kelantan adalah disebabkan UMNO berpecah.
Apa yang berlaku pada September Hitam, terhadap Anwar Ibrahim menyebabkan
sebahagian besar ahli UMNO dan pemuda-pemuda Melayu beramai-ramai
berhijrah kepada PAS. Selogan baru di kumandangkan seperti:
*DULU UMNO SEKARANG PAS
*DULU DACING SEKARANG BULAN
*BUKAN MAMAK TETAPI ULAMAK
Sokongan terhadap PAS dan kesedian PAS menggabungkan diri dalam Barisan
Alternatif, menampakkan PAS bersikap matang dan terbuka tetapi tidak
menggadaikan perinsip. Mahadhir nampak ancaman baru ini dan beliau memasang
satu strategi dengan memerangkap SUQUI dan Mahadhir terselamat daripada
hukuman rakyat. Beliau masih berkuasa dengan majoriti selesa di Parlimen dengan
sokongan daripada kaum Cina. Beliau dan kroni beliau meneruskan usaha-usaha
bersiri bagi menutup pembohongan- pembohongan beliau daripada pandangan
umum.
Beliau tahu bahawa beliau masih banyak masa dan tenaga bagi mengatur strategi
menjelang pilihanraya ke 11.
Peristiwa bersiri terus dicetuskan. Beliau sedang dalam satu peringkat bagi
memulihkan imej UMNO. Isu perpaduan Melayu dimainkan lagi. Kali ini beliau
mengajak PAS dan Keadilan berunding. Seperti juga tektik Yahudi di Palestin, bila
intifadhah sampai menggelisahkan rejim Tel Aviv, Yahudi mengajak rakyat Palestin
berunding. Ianya disambut oleh PLO tetapi tidak bagi HAMAS.
Rundingan demi rundingan cukup membuatkan intifadhah kendur dan rakyat
Palestin terperangkap dengan isu rundingan damai! Yahudi bukanlah manusia yang
boleh dibawa berdamai. Inilah yang cuba dibuat oleh Mahadhir yang pembelit itu!!
Kita percaya kepada kepimpinan Ulamak yang meletakkan perjuangan
dihadapan.Kita percaya mereka tidak mudah diperangkap. Kita percaya mereka
bukanlah orang-orang yang lalai dalam matlamat perjuangan. Kita juga percaya
mereka telah mahir dengan tektik dan pelan tindakan Mahadhir. Kita percaya
kepimpinan ulamak PAS berjalan di bawah naungan Al-Quran. Kita menyerahkan
kepada kebijaksanaan mereka dalam bertindak dan memberi arahan untuk
bertindak.
Mahadhir bukanlah orang yang boleh dibawa berunding. Memang Mahadhir sedang
menyediakan pelan tindakannya. BA juga harus menyediakan pelan tindakannya
sendiri bagi mencapai matlamat perjuangan, iaitu satu reformasi yang menyeluruh
dan menegakkan keadilan di muka bumi Malaysia ini!!
Allahu Akbar!!!,Allahu Akbar!!!,Allahu Akbar!!!
-Jubah Hitam-
Dipetik Dari Attarbiyyah
_____________________________________________________________
Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED] dari
http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>