*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedar tak sedar sudah 13 tahun saya bersama PAS.  Bukan terlalu lama
untuk dibanggakan atau mengatakan saya sudah matang dan tidak terlalu
baru untuk mengatakan saya tak kenal PAS.  Walau bagaimanapun sebagai
seorang muslimat pengetahuan saya terbatas.  Maklumlah bila bersama
dalam perkumpulan wanita kenalah saya ikut rentak mereka.  Bila
muslimin berkumpul mereka bercerita kisah muslimin, kisah Burhanuddin
Helmi, kisah Ust Fadhil Noor dsb.  Bila muslimat berkumpul kita
bercerita tentang muslimat pulak, kisah Ustazah Wan Asma', kisah Ruziah
Ghazali, kisah Dr Lo' Lo' dsb.  Banyak peristiwa lama-lama dalam PAS
terutama berkaintan dengan muslimin yang saya tak tahu.  JAdi saya
menulis hari ini berdasarkan ilmu saya yang terbatas tapi sudah lama
ingin saya luahkan.  Kena pulak topik ni, terus saya mencelah.

Bila PAS yang diterajui oleh Ustaz Fadhil Noor mengambil keputusan
untuk bersama dengan bekas-bekas Semangat 46, ramai ahli PAS yang tak
bersetuju dan marah.  Ada yang ambil keputusan keluar parti kerana
memboikot.  Tak kurang jugak yang marah-marah kat cawangan
masing-masing tapi terus setia bersama PAS.  Pimpinan Kawasan
menasihatkan ahli supaya bersabar dan lihat permainan politik pimpinan
pusat. Akhirnya terbukti penyatuan dengan S46 itu menguntungkan PAS. 
PAS berjaya menawan sebuah negeri - Kelantan.  Kemudian PAS juga
berjaya menawan hari bekas-bekas ahli UMNO dari parti Semangat 46
tersebut.  Ini terbukti bila S46 kembali kepangkuan UMNO, ramai ahli
mereka memasuki PAS.

Bila Anwar Ibrahim disingkirkan dari UMNO, ada pihak yang melamar PAS
untuk bersatu dibawah panji-panji BA.  Sekali lagi ahli-ahli PAs yang
kecik-kecik tak senang duduk takut PAS ditipu oleh BA, takut kedudukan
mereka tergugat dengan kemasukan orang baru, takut kerusi untuk
bertanding ADUN yang telah diallocate untuk mereka diberikan kpd orang
lain.  Ramai yang melatah dan saya ada dengar Naib YDP sebuah kawasan
tumbuk meja lepas PAS bergabung dengan lain-lain parti untuk menubuhkan
pakatan BA.  Alhamdulillah sekali lagi Ustaz Fadhil Noor membuktikan
keunggulannya apabila BA menang besar dan PAS juga memenangi lebih
banyak kerusi di bawah ADUN dan Parlimen dan bertambah sebuah negeri
untuk PAS.

Dan tanpa disedari sebenarnya ramai ahli Keadilan yang tertambat hati
pada PAS.  Berdaftar bawah ADIL, tapi mengaku ahli PAS.  Ramai yang
macam tu.  Sebab ADIL baru dan belum established, PAS dah kukuh dan
lebih dihormati.  Nak tak nak semua orang terpaksa akui hakikat itu.

Ustaz Fadhil Noor - apa saja yang beliau lakukan, bukan keputusan
beliau seorang melainkan keputusan syura.  Dalam PAS kita ada penasihat
parti iaitu Mursyidul Am kita, YB Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat.
 Yakinlah bahawa segala keputusan yang dibuat akan membuahkan hasil
yang baik utnuk PAS.  Beliau orang tua, orang berilmu.  Fikiran beliau
dalam.  Jangan under estimate beliau.  MAri kita lihat apa yang beliau
nak buat.  Tahun depan pemilihan.  Kalau Ustaz Fadhil Noor buat silap,
kita pecat dia tahun depan.  Tapi saya pasti beliau akan terus
menerajui PAS sehingga beliau sendiri surrender.


--- cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> "CETUSAN RASA BUAT USTAZ FADZIL NOOR !! .."
> 
> "ORANG MUKMIN TIDAK AKAN DIPATUK DUA KALI PADA SATU LUBANG !! "
> 
> Yang Dihormati,
> Al Fadhil Ustaz Fadzil Mohd Noor,
> Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Markaz Tarbiyyah PAS Pusat,
> Taman Melewar,
> Kuala Lumpur.
> 
> Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
> 
> Ustaz,
> 
> Terlebih dahulu saya mohon berbanyak maaf kerana terpaksa menulis
> surat ini ke pangkuan Ustaz secara terbuka memandangkan isu yang
> berbangkit adalah secara
> terbuka juga. Juga tujuan saya menulis secara terbuka ini supaya
> ianya dinilai oleh jutaan rakyat dan ahli-ahli parti daripada
> kalangan Barisan Alternatif khasnya.Lagipun rasanya tidak salah jika
> saya memilih cara terbuka begini kerana, kalau tidak silap ingatan
> saya, Amirul Mukminin Sayyidina Umar Al Khattab pun pernah ditegur
> secara terbuka oleh rakyat Baginda ketika di awal perlantikannya
> sebagai Khalifah al Rasyidin, sepertimana yang disebut dalam suatu
> ungkapan yang masyhur kita baca, (berkata seorang lelaki) "Jika
> engkau bengkok, aku akan luruskan engkau dengan mata pedang aku ini"
> , lalu dijawab oleh Umar, "Alhamdullillah, kerana ada orang yang sudi
> memperbetulkan Umar dengan mata pedangnya".
> 
> Jadi, berdasarkan ini saya mengambil kesempatan untuk menulis di
> ruang terbuka
> siber ini bagi memperingatkan Ustaz akan musibah dan bencana yang
> besar bakal
> menimpa Jamaah kita sekiranya Ustaz masih terpukau dengan slogan
> 'Perpaduan
> Melayu' yang ditiupkan oleh Umno dan pemimpinnya dewasa ini. Slogan
> perpaduan
> Melayu yang ditiupkan oleh Mahathir dan Umnonya itu merupakan jerat
> dan
> perangkap beracun yang amat merbahaya sekali kepada keutuhan
> perjuangan kita
> yang semakin mendapat tempat di hati rakyat berbilang kaum di negara
> ini.
> 
> Ustaz,
> 
> Pada 1 Januari lalu saya telah memberikan amaran betapa Mahathir yang
> sedang
> kelemasan akibat asakan bertubi-tubi oleh rakyat kini terpaksa
> mencari dan
> merekacipta pelbagai helah dan tipudaya untuk menyelamatkan dirinya.
> Setelah
> segala helah dan tipudayanya itu berjaya dikesan dan dipatahkan oleh
> rakyat, beliau
> akhirnya 'akur dan tunduk' dengan kehendak majoriti rakyat iaitu
> kembali kepada
> 'perdamaian' dengan menawarkan ?gencatan senjata? kepada Barisan
> Alternatif.
> Tujuannya cuma satu, iaitu menyelamatkan karier politiknya yang
> sedang menuju
> penghujungnya itu.
> 
> Apa yang cuba ditiupkan oleh Mahathir melalui slogan perpaduan itu
> bukannya
> untuk menyelamatkan bangsa Melayu tetapi untuk menyelamatkan diri dan
> para
> kroninya yang jika beliau ditumbangkan dalam keadaan beliau amat
> lemah, sudah
> pasti segala-galanya akan hancur berkecai. Beliau mahu mewujudkan
> satu keadaan
> stabil dimana jika beliau jatuh atau berundurpun, desakan dan asakan
> rakyat
> terhadap hukuman dosa-dosa beliau akan dapat dineutralkan untuk
> membolehkan
> beliau berada pada kedudukan yang lebih selesa kesan pengaruh
> perpaduan yang
> telah dicapai dengan PAS sebelum itu.
> 
> Ustaz,
> 
> Adalah amat membimbangkan bagi para pengikut Barisan Alternatif yang
> kini telah
> menjadi kuasa dominan politik negara apabila Ustaz telah menyatakan
> kesediaan
> untuk berjumpa dengan Mahathir dan partinya. Walau atas apa tujuan
> dan niat
> sekalipun, ianya sekali-kali tidak dapat meredakan keresahan dan
> kerisauan para
> penyokong dan rakyat amnya. Dalam keadaan Barisan Alternatif
> mempunyai kuasa
> tawar menawar yang tinggi dan berada pada kedudukan yang kukuh dan
> padu,
> sebarang langkah dan tindakan untuk berunding dengan 'musuh' adalah
> suatu
> kesilapan strategi. Apatah lagi musuh yang ingin diajak berbincang
> itu merupakan
> pembelit dan penipu yang maha buruk.
> 
> Sepatutnya dalam keadaan kita (BA) telah berada di kedudukan
> mendominasi BN,
> soal berunding atau berbincang semata-mata
> untuk 'memanjangkan hayat' parti dan pemimpin puaka seperti Mahathir
> itu tidak
> timbul sama sekali . Amat menarik jika kita
> menoleh ke zaman Nabi Musa a.s. dahulu bilamana beliau kelemasan
> ditelan Laut
> Merah, adakah Nabi Musa a.s. bersimpati dan mahu menolong Firaun
> lagi? Walhal
> sebelum itu, ketika masih dipuncak kuasa, ketika masih dibaluti
> kekuasaan yang
> maha hebat dan begitu gagah, Firaun lah manusia paling angkuh dan
> bongkak dari
> tunduk kepada seruan kebenaran dan wahyu Ilahi yang dibawa oleh Nabi
> Musa a.s.
> Kenapa setelah tersepit dan hampir maut maka baru mahu mengaku tunduk
> kepada
> seruan kebenaran?
> 
> Ustaz,
> 
> Salah satu agenda mega yang maha busuk yang cuba diambil kesempatan
> oleh
> Mahathir daripada isu perpaduan yang ditimbulkannya ialah untuk
> menanamkan
> bibit keraguan, kerisauan, kebimbangan dan lemah semangat serta moral
> di
> kalangan para pengikut dan penyokong PAS khasnya dan rakyat amnya
> terhadap
> pucuk pimpinan serta sesama ahli. Akan muncul nanti dua kelompok yang
> saling
> bertentangan iaitu satu yang pro perpaduan dan satu lagi yang anti
> totok kepada
> UMNO dan Mahathir. Apabila wujudnya pertentangan dua kelompok dalam
> parti
> maka akan lemahlah parti dan akan terbantutlah kekuatan jamaah dan
> perjuangan.
> Inilah niat tersirat yang sebenar yang dikehendaki oleh Mahathir
> kerana sebarang
> kekuatan dan perpaduan jitu pembangkang akan menjadi mimpi ngeri
> buatnya
> manakala apa jua bibit perselisihan dan perpecahan adalah keseronokan
> yang
> sentiasa didambakan sepanjang masa. Barang harus diingat bahawa
> strategi
> 'divide and rule' yang digariskan oleh Mahathir bukan sahaja
> melibatkan soal-soal
> fizikal yang ketara tetapi permainan psikologi di kalangan sesama
> penyokong parti
> pembangkang juga merupakan salah satu teknik yang bakal mengundang
> bencana
> kepada parti dan jamaah kita. Penyemaian benih-benih keraguan dan
> rasa tidak
> percayakan pucuk pimpinan yang kelihatan seperti mahu 'menyeleweng'
> dari
> landasan asal yang menjadi tonggak kekuatan perjuangan merupakan
> antara
> 'berlian' yang amat dinanti-nanti dan diharapkan oleh Mahathir, yang
> merupakan
> seorang pakar strategis politik terulung di dunia hari ini. Samada
> suka atau benci,
> kita harus mengakui hakikat ini.
> 
> Ustaz,
> 
> Saya ingin mengingatkan Ustaz dan barisan kepimpinan PAS akan amaran
> Nabi
> s.a.w. dalam hadis yang masyhur, 'Tidak akan dipatuk seseorang mukmin
> itu dua
> kali pada satu lubang'. Saya berharap Ustaz tidak akan mengulangi
> kesilapan yang
> pernah dibuat oleh Datuk Asri Muda dahulu dalam membawa jamaah ke
> jurang
> kemusnahan. Cukuplah sudah segala keperitan yang terpaksa ditelan dan
> ditanggung ketika PAS 'berkesedudukan' dengan UMNO/BN dalam tahun
> 70an
> dahulu. Cuba Ustaz fikirkan, apa dan kenapa serta mengapa tiba-tiba
> Mahathir
> menawarkan program perpaduan ini. Kalau hari tak mahu hujan, kenapa
> petir dan
> guruh berdentum dentam? Kalau langit tidak berawan masakan hujan akan
> menyiram? Lagipun, untuk apa PAS harus menerima tawaran UMNo itu
> walhal
> sekarang ini PAS dan BA berada di kedudukan cukup kukuh dan stabil di
> pandangan mata rakyat dan cuma mahu menunggu masa sahaja (2004) untuk
> membuat perhitungan terakhir? Apa yang sebenarnya ingin PAS perolehi?
> Apa
> yang sebenarnya ingin PAS sampaikan ? Apa yang sebenarnya ingin PAS
> tonjolkan ?
> 
> Ustaz,
> 
> Harus diingat bahawa kedudukan dan kekuatan yang PAS perolehi
> sekarang ini
> adalah hasil dari kebencian mutlak rakyat kepada Mahathir terutama
> dalam kes
> Datuk Seri Anwar. Cara Mahathir melayan Anwar terlebih kejam dan
> zalim daripada
> Slobodan Milosevic melayan rakyat Bosnia, kalaupun tidak menyamainya
> pun.
> Dalam keadaan Anwar masih menderita dan sengsara kerana
> pengorbanannya
> membela rakyat, tiba-tiba PAS terhegeh-hegeh mahu menghulurkan salam
> kepada
> tangan Mahathir yang teramat kotor itu hanya semata-mata mahukan
> publisiti kah?
> Masih tidak cukup lagikah tangan-tangan 'sahabat' dalam Barisan
> Alternatif untuk
> Ustaz hulurkan tangan dan menggenggam erat padanya? Apa agenda Pas
> yang
> ingin Ustaz bawakan dalam mesej yang mahu dibuat oleh Umno itu? Tidak
> bolehkah
> ianya dijelaskan secara lurus dan telus kepada rakyat dan ahli-ahli
> parti sebelum
> menyatakan persetujuan? Tidak bolehkah diminta satu persetujuan ahli
> (dengan
> memanggil satu muktamar khas misalnya) sebelum menyatakan
> kesanggupan?
> Adakah persetujuan PAS itu suatu persetujuan kolektif atau cuma
> persetujuan pucuk
> pimpinan tertentu sahaja? Sudah lapar sangatkah PAS maka barang apa
> yang
> ingin disuapkan oleh UMNo harus dikunyah dan ditelan? Kenapa dalam
> soal
> sepenting ini pandangan dan kebimbangan ahli parti mahu
> dikesampingkan ?
> Tidakkah Ustaz sedar bahawa kekuatan PAS adalah kerana sokongan padu
> ahli
> dan rakyat, maka untuk membuat keputusan yang melibatkan soal maruah
> dan
> kewibawaan parti sebegini langsung tidak diambilkira sensitiviti
> mereka ?
> 
> Ustaz,
> 
> Saya bukannya mahu berlaku biadap dan kurang adab dengan pucuk
> pimpinan,
> tetapi saya harap Ustaz dapat berlapang dada dan berjiwa besar
> sepertimana
> contoh yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Al Khattab yang saya
> contohkan di awal
> surat ini tadi. Saya cuma ingin melahirkan rasa bimbang dan gelisah
> yang bukan
> kepalang dengan tindakan Ustaz yang bersetuju menghulurkan tangan
> kepada
> UMNO tersebut. Rasanya saya tidak berseorangan dalam berkongsi
> keresahan ini
> kerana masa depan dan kekuatan PAS akan ditentukan oleh halatuju yang
> akan
> Ustaz bawakan. Ingin saya ingatkan bahawa Mahathir sama sekali tidak
> layak untuk
> menghulurkan agenda perpaduan dalam keadaan tangannya yang masih
> teramat
> kotor itu. Sudah lupakah Ustaz dengan Memali? Sudah lupakah Ustaz
> dengan
> Lubuk Merbau? Sudah lupakah Ustaz dengan mata lebam Anwar Ibrahim?
> Sudah
> lupakah Ustaz dengan royalti minyak? Akan sia-siakah penyokong dan
> rakyat yang
> dibelasah dan disumbat ke dalam lokap semenjak lebih dua tahun yang
> lepas
> semata-mata kerana berhimpun untuk mendesak Mahathir berundur itu?
> Akan
> semudah itukah Ustaz mahu menggadaikan segala kesakitan dan
> pengorbanan
> mereka dengan hanya menghulurkan tangan perpaduan dengan Mahathir?
> Akan
> semudah itukah Ustaz melupakan penderitaan dan keperitan yang begitu
> sengsara
> yang ditanggung oleh Anwar semenjak lebih dua tahun yang lalu?
> Dibelasah
> separuh mati, diracun dengan arsenik dan dibiarkan kesakitan tulang
> belakang
> tanpa rawatan yang sewajarnya? Tangan siapakah yang melakukan semua
> ini kalau
> bukan si Mamak Tongkang durjana itu? Dan dengan mudah pula Ustaz mahu
> menghulur tangan kepada 'syaitan' yang berkuasa di Putrajaya itu ?
> Adakah ini
> sahaja 'nilai' yang Ustaz letakkan kepada Sdr Anwar yang telah
> berkorban sebegitu
> besar itu? Atau sudah lupakah Ustaz bahawa tanpa Anwar, tidak mungkin
> PAS
> akan beroleh kekuatan sedemikian rupa pada hari ini sehingga dapat
> menguasai
> sebahagian besar sokongan orang-orang Melayu . Semudah itukah Ustaz
> mahu
> melupakan isu pokok ini? 'Mulia' sangatkah tangan si Mamak Tongkang
> keturunan
> bangsat tak sedar diri itu sehingga Ustaz sanggup melukakan hati dan
> semangat
> tinggi yang ada pada para penyokong PAS di seluruh negara kini?
> 
> Ustaz,
> 
> Sekali lagi saya mohon jutaan maaf andainya surat ini agak kasar
> penyampaiannya,
> tetapi niat saya hanyalah kerana ingin menyelamatkan parti dan rakyat
> daripada
> perangkap manusia celaka bernama Mahathir itu. Jika Sayyidina Umar
> bersedia
> menerima teguran yang keras dan kasar daripada rakyatnya, masakan
> tidak pada
> Ustaz ? Kadang ucapan yang keras dan kasar adalah perlu untuk
> membangkitkan
> kita dari lamunan panjang dan mimpi yang indah serta muluk-muluk.
> Bukan niat saya
> untuk 'derhaka' kepada pucuk pimpinan tetapi sekadar mengingatkan
> bahawa
> 'Orang mukmin tidak seharusnya dipatuk dua kali pada satu lubang'.
> Jika Ustaz
> cuba melencong dari kehendak majoriti rakyat, Ustaz akan dipinggirkan
> dari
> barisan kepimpinan akan datang. Sebagai 'orang bawah' menjadi
> kewajipan saya
> untuk menegur dan memperbetulkan kesilapan 'orang atas' sebelum
> terlambat,
> sebelum nasi menjadi bubur, sebelum cempedak menjadi nangka. Ini PAS,
> bukan
> UMNO, yang melihat Presidennya seperti 'maksum' yang langsung tidak
> melakukan sebarang kesilapan dan tidak boleh ditegur dan
> diperbetulkan !!
> 
> Dan akhirnya ingin saya tegaskan bahawa TIDAK ADA APA-APA KEPERLUAN
> UNTUK PAS MENYAHUT SERUAN PERPADUAN YANG DIBAWA OLEH SI
> MAMAK TONGKANG ITU. Lainlah jika PAS begitu bersimpati dengan nasib
> Mahathir yang semakin hampir nak tumbang itu, maka persilakanlah
> menyahut
> seruan tersebut !! Harus disedari bahawa PAS akan terus dihormati dan
> didokongi
> oleh rakyat selagi ia berpegang teguh dengan prinsipnya !
> 
> Salam kemaafan dari,
> 
> Cucu Datuk Bahaman
> 
> 16 Januari 2001
> 
> 
> Dipetik Dari Laman Webantu
> 
> 
> _____________________________________________________________
> Sila cadangkan e-mail secara percuma sebagai [EMAIL PROTECTED]
> dari http://www.mohamadsabu.com kepada rakan-rakan anda
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: cedik cedong <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke