*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sedikit reply untuk cedik_cedong@mohamadsabu, [EMAIL PROTECTED]
Para pimpinan Pas telah berapa kali memberi pandangan dan nasihat kepada
para ahli supaya tidak mudah gabra dan bimbang dengan kesediaan Parti
untuk bertemu dengan UMNO, terserah kepada kebijaksaan saf pimpinan dan
sdr Nasarudin dengan deraf format pertemuan tersebut. Mudah mudahan
semuanya berjalan dengan baik dan dapat memberi manfaat kepada Parti
dan Islam.
Mungkin ada baiknya apa yang diharapkan oleh Bekas TPM (Tan Sri Musa
Hitam) "Bila Umno kata ia akan jemput Pas, dan Pas kata ya, di peringkat
bawahan ahli yang dulunya tidak bertegur sapa sudah pun mulai
bersalam-salaman," Kita yang dok mengaku sebagai muslim yang terkenal
dengan ruh persaudaraan tak mahukah keadaan sebegini?
HC wrote....
Cuba memahami PAS
Assalamu'alaikum.
Dah lama tak nulis dengan tenang, akhirnya dapat juga chan malam ni.
Maklumlah, lately terlalu banyak
benda nak di attendkan, sampai dah tak reti nak nulis lagi. Dah hampir
hilang konfident jugaklah. Oh ya, pagi
hari Rabu ni ada occasion penting di mahkamah syariah seremban...hehe.
Sorang lagi YB ameno nak kiot kot?
Orang kesayangan Mat Isa lak tu!
Ambo rasa semua orang dah ulas panjang lebar mengenai isu perbincangan
ameno-PAS yang 'entah jadi
entah tidak' diadakan itu. Ambo cuma nak ulas sikit jah.
Bagi ambo, ahli dan penyokong PAS tiada masalah besar dalam hal ini.
Kebanyakan orang lama dalam PAS
memang very committed dengan parti dan dasar parti. Kalau ada pun yang
gabra sikit, cuma yang baru saja,
itu pun tak ramai. Bukan nak downgrade members baru, tapi itulah
hakikatnya.
Kebanyakannya sudah melalui proses tarbiyah yang lama dan memang wujud
taat setia bersyarat yang tidak
berbelah bagi, iaitu selagi pimpinan parti tidak go against al-Quran dan
Sunnah, Ijmak dan Qias.
Bagi ahli dan penyokong keADILan pula, tidak perlulah menganggap perkara
ini sampai boleh menjejaskan
perpaduan dalam BA. Tak perlulah sampai menyebut tentang faktor
kemenangan PAS yang besar dalam
pilihanraya dan sebagainya. Semua orang ada saham, termasuklah pendemo
yang ditangkap dalam demo tu.
Sebanyak mana anggota keADILan di dalamnya, sebanyak itulah juga anggota
PAS yang turut kena.
Ambo memang turut serta di hampir setiap demo sejak kes DSAI dulu. Bukan
nak bangga, tapi ambo tak rasa
langsung bahawa tindakan pimpinan PAS untuk menyahut seruan perbincangan
dengan ameno itu boleh
menyebabkan ambo merasa pimpinan PAS tidak mengenang pahit getir yang
pernah ambo lalui dalam demos'
dulu (tak pahit mana pun sebenarnya, seronok lagi ada!).
Ambo mengambil sikap terbuka dengan keputusan PAS untuk berbincang itu,
walaupun pimpinan keADILan
tidak mahu ikut serta. Macam Wak Amin cakap, tak perlu ramai-ramai pergi
bincang (runding), ambo pun rasa
buat menyemak saja kalau semua pergi sana.
PAS tahu sangat ameno tak ikhlas, bila tersepit baru nak bincang. Ini
memang kes bincang dengan orang
kalah. ITU PUN KALAU JADI BINCANG. Sebab ambo pun rasa akhirnya tak jadi
bincang jugak.
Kemungkinan tak jadi ini pun ambo rasa dah masuk dalam perkiraan PAS.
Kemungkinan media mainkan isu
ini pun sure dah masuk jugak. Takkan mereka se-naive itu kot macam yang
ramai fikirkan.
Kemungkinan PAS juga telah memikirkan kredibiliti media perdana dah
jatuh teruk. So apa yang dia cakap,
rakyat dah tolak tepi, kalau mereka bacalah. So impact permainan media
itu tak lah seteruk yang
dibayangkan oleh setengah netters di sini. Lagi pun internet kan dah
ada? So, media-wise, suasana sudah
tidak serupa dulu lagi.
Apabila PAS nyatakan syarat perbincangan mesti merangkumi kepentingan
semua kaum, ambo juga tidak
menolak kemungkinan PAS mengambil langkah ini untuk mendapat sedikit
mileage dari kaum bukan Melayu
yang memang PAS sedia lacking. KeADILan mungkin tidak se-lacking PAS
dari segi ini. So, apa salahnya
bagi chan kat PAS kutip point sikit dari kaum bukan Melayu dari isu ini.
Steady la, bang.
Lagi satu, PAS mungkin berharap dapat membawa satu imej yang 'mudah
berbincang' dengan semua pihak.
Oleh kerana ameno dah tunjukkan true colors-nya dengan Cina melalui
Suqiu, Cina sudah rasa bahawa
ameno bukan tempat untuk berbincang, apatah lagi untuk mengadu. So, PAS
pun datang dan membawa
harapan baru untuk kaum Cina dan lain-lain kaum. Siapa ada masalah meh
sini bincang, gitu. Bagus juga
kalau PAS dapat bincang dengan Cina pula lepas ini, kan?
Kalau PAS dapat buat yang last ni, maka jadilah PAS bagai "ummatan
wasata" atau umat yang menjadi
perantara, atau hakam. Bukankah itu satu sifat seorang pemimpin sebenar?
Yang sanggup mendengar
keluhan rakyat tidak kira dari mana pun datang? Dan menjadi pendamai di
antara puak-puak yang
bertelagah?
Kalau kita nak samakan perjanjian dan peperangan Nabi SAW pada zaman
Baginda dengan isu sekarang ni,
ambo rasa tak melekatlah. Firstly, orang ameno tu pada ambo masih Islam
pada zahirnya dan ambo tak mau
lak nak judge bathinnya. Mereka tu walaupun Islam, tapi berada pada
jurang kebinasaan macam orang yang
nak jatuh gaung yang dalam. So PAS kenalah selamatkan mereka itu, sesuai
dengan prinsip Islamnya.
Seperti juga Nabi Nuh as yang nak selamatkan anaknya naik atas kapal,
walaupun anaknya tu kafir dan
sombong lak tu.
Masalahnya apa kaitannya dengan proposed discussion dengan ameno ni?
Kalau discussion ni menjadi, for sure PAS akan suruh ameno kembali
kepada Islam, atau at least selitkan
mesej tersebut. Memang ameno tak terima punya kan? Tapi itu bukan kerja
kita nak judge jugak. Kalau tak
semua pun, at least ada sekor dua pun jadilah. Islam ini, bang, bila dah
kuat, musuh pandang pun gerun dan
respek sket. Macam Muawiyah masuk Islam dulu lah. Dia masuk Islam ketika
pembukaan Mekah, kalau tak
silap. Masa tu, Islam dah power. Tapi Islam tak tindas dia pun. Itu yang
buat dia syahdu tu. Akhirnya
mengucap gak.
So PAS sedar kekuatannya sekarang, of course lah berkat bantuan
rakan-rakan BA yang lain. Mungkin PAS
juga nak tunjuk power tapi bukan macam ameno tunjuk power dia. PAS
tunjuk power secara tawadhuk,
memaafkan musuh dan seumpamanya.
OK, secondly faktor media main peranan penting dalam perang ameno dengan
musuhnya. Sikap terlau
bergantung dengan pembohongan media tanpa ground work yang
bersungguh-sungguh telah memakan dirinya
sendiri. Sebab once bila rakyat tolak media, payah dah. Kalau dulu ameno
ada 4 kaki boleh jalan dengan
4-Mnya sekarang tinggal dua, macam orang lain gak. Mahathir dan Media
sudah jatuh. Tinggal Money dan
Machinery (polis) saja lagi.
Ambo rasa apa yang cuba diusahakan oleh PAS sekarang ini adalah bukannya
perang saikologi, tetapi
perang kesyahduan. Ini yang ameno tak boleh buat. Sebab Islam saja yang
boleh melancarkan perang
kesyahduan ini, dan ameno memang zero dari segi ini. Kalau ada orang
tanya apa dia perang kesyahduan ini,
ambo pun susah nak explain. Rasa sendirilah.
Kenapa tak bincang dengan KeADILan dulu atau parti BA yang lain sebelum
terima seruan ameno tu? Sebab
diaorang tak faham Islam? Silap tu, bang. Diaorang faham Islam dan
mungkin lebih bagus dari orang PAS
sendiri. Tetapi ini bab strategi, mungkin ada susah sket nak explain.
Mungkin tidak keterlaluan kalau
dikatakan bahawa PAS ada matlamat sampingan/tambahan yang perlu dicapai
di samping matlamat bersama
dalam BA.
Pimpinan ulamak dalam PAS dah fikir bagus punya sebelum ambil langkah
kontroversial ni. Mereka rindu dan
kasihkan saudara mereka dalam ameno tu. Mereka menganggap orang ameno tu
masih ada harapan lagi
untuk diajak kepada Islam. Itulah agaknya beza reformasi di Indonesia
misalnya dengan reformasi di
Malaysia yang diterajui oleh parti Islam ini. Di sana pakat nak jatuhkan
Soeharto semata, tapi di sini di
samping itu, mereka nak Islamkan ameno dari luar, mana yang terlaratlah.
Kesimpulannya, walaupun ambo pun rasa macam tak setuju jugak, tapi in
present situation di mana PAS
sudah tidak defensive macam dulu dan ameno dah tak semakin relevan lagi,
I'll go for it. Ambo prefer that we
have our own acuan of reformasi. Insyallah, Allah bersama PAS dan BA.
Islam pasti menang.
dicedok dari ulasan HC
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: hanafiah <[EMAIL PROTECTED]>