|
-----Original Message-----
From: Amin [mailto:[EMAIL PROTECTED]] Sent: Monday, January 22, 2001 4:01 PM To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED] Subject: Fw: [naqib-net] Polis Sabotaj Program - Pasca Perhimpunan Raya ----- Original Message -----
From: Syed Ibrahim Alhabshi
Sent: Sunday, January 21, 2001 1:11 PM
Subject: [naqib-net] Polis Sabotaj Program - Pasca Perhimpunan
Raya Polis Sabotaj
Program
Pasca
Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat
20
Januari 2001
(1) Majlis Perhimpunan Raya
100,000 Rakyat semalam, 20 Januari 2001 pada jam 2.30 petang di Kg Medan, Telok
Panglima Garang, Kuala Langat, diganggu dan disabotaj oleh pihak polis. Walaupun
tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini, namun tindakan polis
mengadakan sekatan jalanraya dan menempatkan pasukan FRU betul-betul di hadapan
jalan masuk tapak perhimpunan telah menyulitkan kedatangan hadirin
hinggakan ramai yang berputus-asa dan berpatah balik.
(2) Kenyataan Timbalan Ketua
Polis Negara sehari sebelumnya bahawa pihak polis akan dikerahkan hanya untuk
menjaga ketenteraman dan lalulintas sangatlah disangsi. Keadaan lalulintas
memang dijangka sesak dengan kehadiran ribuan rakyat namun dengan sekatan
jalanraya dan lencongan sana-sini yang diarahkan oleh pihak polis, kesesakan
menjadi bertambah teruk hingga berkilometer jauhnya. Menurut berita FAC yang
dilaporkan oleh Raja Petra, kesesakan menjalar sepanjang 7 kilometer dan ada
dikalangan yang hadir terperangkap selama 2 hingga 3 jam.
(3) Tindakan intimidasi oleh
pihak polis tersebut sangatlah dikutuk kerana ianya bercanggah dengan prosidur
dan hak kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman terutama apabila permit
polis telah diperolehi. Bukti intimidasi cukup jelas dengan gambar yang diambil.
Trak PGA, FRU dan Water Canon menunjukkan kegarangannya apabila menanti di
hadapan jalan masuk tapak perhimpunan. Imej polis mungkin ingin dipulihkan
setelah insiden di Lebuhraya KESAS 5 Nov 2000 lepas dengan pemberian permit
polis pada program perhimpunan raya 100,000 Rakyat, namun tindakan
agresif pihak keselamatan menggambarkan sebaliknya. Ia hanyalah pemulihan nilai
muka atau 'face value'.
(4) Tindakan menakut-nakutkan
dan mengugut rakyat daripada pelbagai kaum terutamanya dalam program yang
mencetuskan kesedaran rakyat akan hak mereka, nampaknya menjadi SOP - Standard
Operating Practice kepada pihak polis. Dalam pada permit diberikan, acara
persembahan kebudayaan silat, kompang, tarian singa dan muzik tradisional India
tidak dibenarkan. Apalah ertinya ini? Mengapakah mereka begitu bimbang dengan
persembahan tersebut sedangkan beberapa hari sebelumnya Timbalan Menteri Dalam
Negeri telah membuat kenyataan bahawa semua tarian singa di kawasan perumahan
sempena Tahun Baru Cina tidak memerlukan permit polis!!
(5) Tindakan 'double standard'
demikian bukanlah perkara baru oleh kerajaan BN yang zalim malah kita boleh
menjangkanya cuma kali ini pendedahan ini bertambah jelas dan nyata. Saudara,
barangkali inilah kejayaan program sedemikian. Menyedarkan rakyat dan
mendedahkan tindakan kotor dan jahat kerajaan BN. Mereka akan lakukan apa sahaja
untuk melemahkan dan menggugat gelombang kebangkitan rakyat. Kelihatannya
pengorbanan dan perjuangan kita lebih panjang daripada kebangkitan rakyat
Filipina yang mampu menurunkan Presiden Estrada dalam masa yang singkat. Namun
saya percaya, perjuangan yang panjang itu mengukuhkan asas reformasi dan memberi
kesedaran mendalam kepada rakyat. Insya'Allah kesannya akan berkekalan dan
kemenangan pasti menjelma. Saya akan mengesyorkan supaya JIM mengeluarkan
kenyataan media tentang perkara ini.
(6) Alhamdulillah, JIM sebagai
NGO telah diberi penghormatan memberikan ucapan hari raya pada program
tersebut. Saya telah mewakili Presiden menyampaikan ucapan dan sempat
menyentuh tentang beberapa perkara umum berhubung dengan sokongan JIM kepada
perhimpunan tersebut. Saya percaya JIM boleh memainkan peranan besar dalam
membantu kepada arah dan halatuju reformasi.
(7) Akhir sekali, tahniah
kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Abu 'Urwah dan pasukannya kerana
berjaya menganjurkan program sedemikian. Usaha Jawatankuasa tersebut semoga
mendapat keberkatan dan ganjaran pahala disisi Allah.
(8) Terima kasih diucapkan
kepada semua pimpinan dan ahli JIM yang turut hadir memeriahkan Perhimpunan Raya
100,000 Rakyat. Akhi Presiden, Dr Hj Mohamed Hatta; Timbalan Presiden, Hj Zaid
Kamaruddin; Naib Presiden, Hj Zairul; Setiausaha Agung, Dr Hj Sahrim, Bendahari,
Hj Nahar, Penolong SUA, Hj Aris; Ketua Wanita, Dr Harlina; AJKP, Hj Wan Mohamad
dan beberapa lagi orang JKP telah turut hadir di samping ahli-ahli JIM yang
kelihatan daripada KL, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan
dan Johor. Terima kasih secara khusus kepada AJK JIM Kuala Langat terdiri
daripada YDPnya, Sdr Fakri, SUnya, Sdr Zulkifli dan PSUnya, Sdr Asraruddin yang
bertindak membantu NGO Pemantau ketika program tersebut. Saya percaya sumbangan
mereka sebagai agen pemantauan akan dapat membantu mengenakan tekanan ke atas
SUHAKAM dan kerajaan untuk bertindak lebih profesional dan adil.
Lawan tetap Lawan. Teruskan Perjuangan. Berjumpa
lagi dalam Perhimpunan yang akan datang!
'Kembalikan Hak Rakyat'
Syed Ibrahim Alhabshi
Sri Damansara, Kuala Lumpur
21 Januari 2001, 1.05 petang
///// JIM-IT: Jaringan Informasi Masyarakat /////////////////////////////// ------Untuk Kegunaan Dalaman Sahaja-------- Nota: Kandungan mel ini tidak menggambarkan pendirian rasmi Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) melainkan yang dinyatakan sedemikian |

