*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
A'kum,

"Chat" terutama IRC, mampu membawa wanita Islam kepada
maksiat(seks) dan juga murtad. "Chat" ini nampak saja
sebagai "innocent" yakni tak mudharat, tetapi
sebenarnya ia mendedahkan diri wanita Islam kepada
maksiat malah kepada murtad sekalipun.

Dari pengalaman saya sendiri, walaupun saya seorang
melayu, tetapi telah berjaya membawa keluar berpuluh
perempuan cina berumur 18-25 tahun(yang kurang suka
pada orang melayu)yang saya "chat". Melalui pertemuan
sebegini saya berjaya menunjukkan nilai-nilai Islam
kepada mereka.Kebanyakan mereka minat untuk mengenali
ugama Islam.

Jadi tidak heranlah jikalau orang kristian juga
menyusup masuk kehati wanita Islam dengan cara ini
juga. Sekurang-kurangnya sebagai mukaddimah.

Maka jauhilah wanita Islam anda dari "chat" IRC. Ianya
amat bahaya. Dan ingatkan lah mereka, dalam Islam
tiada perkataan "bosan". Kerana paling tiada apa nak
dibuat pada masa terluang, orang Islam memenuhi masa
tersebut dengan zikir.(Biasanya, bosan adalah alasan
wanita Islam untuk "chat".)

Erti sebenar "Chat" ialah mengurat dan diurati(flirt).

Harap maklum

Abd Allah

--- Hassan Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Assalamualaikum warahmatullah,
> 
> Saya melihat jika sesaorang Islam dalam kelompok,
> kumpulan, qariah atau kampung atau kampus kita
> murtad, ia melambangkan
> kelemahan kita. Pasal kita lemah maka kita melihat
> seolah-olah 'mereka' kuat. Kumpulan mereka dianggap
> kuat disebabkan mereka ada
> wang, organisasi yang terancang, mampu bergerak
> secara sendikit, halimunan dan sebagainya lalu
> menjadikan mereka berjaya.
> Kejayaan mereka menakutkan kita. Mengancam gerakan
> kita.
> 
> Kelemahan kita antaranya adalah :
> 
> 1) Lemah dari segi persaudaraan
> 2) mengabaikan agama sebagai nasehat
> 
> Persaudaraan
> 
> Berapa kuatkan persaudaraan kita. Berapa ramaikah
> saudara yang kita kenal kita anggap sebagai saudara.
> Atau lebih ramai lagi yang
> kita anggap sebagai musuh kita, lawan kita atau yang
> mengancam kedudukan kita?
> 
> Mesej persaudaraan ini tercerna sekiranya kita mudah
> didekati dan senang mendekati? Berapa ramaikah orang
> yang merasa senang
> bersama kita? Merasa selesa didekati? Selamat dan
> gembira? Atau sebaliknya. Iaitu ramai yang merasa
> terancam, bimbang, gusar dan
> tidak selamat.
> 
> Untuk mudah didekati, kita seharusnya seorang yang
> jujur, benar dan berakhlak baik. Berakhlak baik
> bermaksud tidak sombong,
> lokek, mudah mesra, bertanggungjawab dan berdisiplin
> serta baik dalam pelajaran.
> 
> Itu menjadi sebab Nabi Muhammad SAW menganjurkan
> agar kita mengucapkan Assalamualaikum. Menziarahi
> orang yang sakit. Mengucapkan
> tahniah kepada orang yang berjaya. Memperlahankan
> suara apabila berucap. Berlapang dada apabila orang
> lain berlainan pendapat
> dengan kita. Tidak memandang rendah kepada orang
> lain.
> 
> Dengan itu terbina tali persaudaraan yang terikat
> kukuh di hati. Umat yang kuat diukur bukan kerana
> wang yang banyak atau
> bilangan yang ramai. Tetapi hatinya yang tersimpul
> kukuh dalam satu ikatan persaudaraan.
> 
> Dengan ujudnya tali persaudaraan, maka timbullah
> rasa ghairah di hati untuk membantu, menolong dan
> mendekati saudara-saudara yang
> lain. Agama sebagai nasehat hanya akan lahir setelah
> hati tercanai dengan keindahan, kelembutan dan
> keindahan Iman. Diri kita
> sendiri pun tidak akan dapat kita nasehati sekiranya
> hati kita sendiri angkuh, sombong dan riak. Betapa
> pula hati orang lain.
> Oleh itu mesej agama sebagai nasehat tidak akan
> dapat dikotakan dan direalisasikan dalam kerangka
> yang lebih menyeluruh dan
> terancang.
> 
> Kita tidak boleh marah atau menaruh rasa dendam
> kepada orang-orang yang bukan Islam. Itu agenda
> mereka. Itu kerja mereka.
> Kecenderungan, tugas dan agenda mereka sememangnya
> menampil dan mempamirkan sesuai dengan kedudukan
> mereka sebagai orang kafir.
> Memang dalam Kitab al Quran pun Allah sudah
> menegaskannya yang orang kafir itu tidak akan merasa
> senang kepada orang berIman
> selagi orang berIman itu tidak bersekongkol dan
> menurut langkah-langkah, perbuatan dan tingkah laku
> mereka serta kepercayaan
> meraka.
> 
> Yang kita persoalkan adalah apakah tugas orang
> berIman? Sudahkan kita mengenal tugas dan
> tanggungjawab kita? Seterusnya sudahkah
> kita menjalankan tanggungjawab tersebut? Jika sudah
> sejauh manakah kejayaannya? Jika belum apakah
> halangan dan rintangannya.
> 
> Kita seharusnya mengelakkan dari mempersalahkan
> pihak lain, sedangkan yang lalai, lemah dan terabai
> adalah dipihak kita. Kita
> tidak akan mengecapi kemenangan semata-mata mampu
> menyenaraikan ciri kemenangan orang lain sedangkan
> pada kelompok kita yang
> tersenarai adalah ciri-ciri kekalahan dan
> kekurangan.
> 
> Berbalik kepada 'seorang mahasiswi yang murtad' itu
> kenapakah dia merasa lebih senang mendekati 'orang
> lain' apabila didatangi
> masalah atau dugaan. Apakah sekian ramai siswa-siswi
> Islam itu sukar didekati. Kenapakah sukar didekati?
> Adakah 'dia' tidak
> merasa selesa? Kenapakah seorang Islam merasa tidak
> selesa dan aman terhadap saudaranya?  Apakah dia
> tidak merasa selamat
> terhadap saudaranya? Ini tentu ada jawapannya?
> 
> Cuba renungi Nabi Muhammad SAW. Beliau SAW amat
> mudah, selesa dan selamat untuk didekati, dihubungi
> dan dimesrai. Kenapa?
> Jawapannya tentulah pada akhlak beliau SAW yang
> kebanyakan kita sudah tahu.
> 
> Jadi jawapannya ada pada diri kita.
> 
> Allah jua yang lebih mengetahui.
> Wassalamualaikum.
> 
> cedik cedong wrote:
> 
> >
> > MAHASISWI UPM DIMURTADKAN DI GEREJA BRICKFIELD..."
> >
> > Laporan (13 hingga 20 Januari 2001)
> >
> > Dalam cetusan rasa yang lepas saya telah
> mengutarakan kebimbangan saya
> > mengenai gerakan Kristianisasi. Isu ini sebenarnya
> telah lama disedari, malahan ia
> > telah menjadi satu agenda perjuangan PMIUM di
> bawah pimpinan Ustaz Zaharuddin
> > Abd. Rahman. Selain PMIUM ianya juga bahan
> tindakan Gabungan Mahasiswa
> > Islam Semenanjung (Gamis) pada tahun itu. Isu
> gerakan kristian menyusup masuk
> > bagaikan halimunan (invisible) ke dalam kampus dan
> menjalankan dakyah terkutuk
> > mereka terhadap para pelajar muslim.
> >
> > Adakah kita rela untuk mempertaruhkan nilai iman
> dan akidah kita dengan
> > membiarkan mereka bebas bermaharajalela membiarkan
> mereka menghasut serta
> > menperdaya para sahabat dan saudara seagama kita.
> >
> > Isu terbaru yang timbul memecahkan kebuntuan dan
> menguji para pejuang Islam
> > dengan murtadnya seorang pelajar UPM tahun satu di
> gereja Brickfield. Ini akan
> > diceritakan kronologi kejadiannya di bawah.
> Berdasarkan beberapa fakta menarik
> > sekitar isu ini yang ingin saya
> >
> > Kemukakan ialah antaranya:
> >
> > 1) Gerakan Kristian bergerak secara sindiket
> dengan menggunakan pengarauh
> > sama ada individu mahupun kewangan.
> >
> > 2) Sasaran golongan ini ialah wanita remaja yang
> patah hati ataupun putus cinta.
> >
> > 3) Menggunakan saluran Chat Internet dalam
> menguasai remaja wanita yang lemah
> > imannya, sehinggalah ia berkeyakinan seterusnya
> mengatur pertemuan.
> >
> > 4) Setelah pertemuan berlangsung, mereka
> menggunakan kekerasan secara
> > berkumpulan sekiranya enggan dan cara yang sopan
> jika kita menerima mereka
> > dengan baik.
> >
> > 5) ganjaran bagi pemuda Melayu mengkristiankan
> wanta melayu ialah sebanyak
> > RM3000 ke atas.
> >
> > 6) Di dalam tempat rahsia( maybe macam HEBRON
> MALAYSIA) dijadikan markaz
> > untuk men'turning over'kan pemikiran remaja
> terutama wanita yang mudah dikuasai
> > kerana faktor klemahan fizial dan mental.
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: m i <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke