*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamu`alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Wahai Tuhanku, lapangkan lah dada ku ini, dan
permudahkanlah urusan ku, dan huraikanlah kekeluan
lidahku supaya mereka memahami kata-kata ku ini. 

Muqaddimah

Di dalam Surah an-Nissa` ayat 60-63, ALLAH SWT
berfirman yang bermaksud,
"Apakah kamu tidak memperhatikan? Orang-orang yang
mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang
diturunkan kepadamu, dan kepada apa yang diturunkan
sebelum kamu; mereka hendak berhakim kepada toghut,
padahal mereka telah diperintah mengingkari toghut
itu.Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka dengan
penyesatan yang sejauh-jauhnya.(60) Apabila dikatakan
kepada mereka : Marilah kamu tunduk kepada hukum yang
telah diturunkan oleh ALLAH dan kepada hukum ar-Rasul,
nescaya kamu melihat orang-orang munafik menghalangi
manusia dengan sekuat-kuatnya daripada mendekati
kamu.(61) Maka bagaimanakah halnya, apabila
orang-orang munafik ditimpa sesuatu musibah disebabkan
perbuatan tangan mereka sendiri, kemudian mereka
datang kepadamu sambil bersumpah : Demi ALLAH, kami
sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang
baik dan perdamaian yang sempurna.(62) Mereka itu
adalah orang-orang yang ALLAH telah mengetahui apa
yang terkandung dalam hati mereka.Kerana itu,
berpalinglah kamu daripada mereka, dan berilah mereka
pelajaran serta katakanlah kepada mereka perkataan
yang membekas pada jiwa mereka.Benarlah firman ALLAH
TA`ALA yang Maha Agung itu.(63)  

[ Saudara/ saudari/ muslimin/ muslimat yang dihormati
dan dikasihi sekelian.Ayat ini diturunkan oleh ALLAH
SWT untuk menceritakan kepada kita tentang satu
golongan manusia yang diberi gelaran oleh ALLAH
sebagai 'al-Munafiqun'.Siapa dia orang yang dipanggil
sebagai 'al-Munafiqun' itu?�Yang dinamakan orang yang
diberi gelaran 'munafik' ini ialah orang yang mana
pada 'kulit'nya kita tengok dia baik.Yakni pada
zahirnya, kita nampak dia orang masjid.Pada pandangan
mata kasar kita dia adalah orang yang mengaku beriman
kepada ALLAH.Pada luarannya, kita nampak macam jenis
orang yang mahu kepada agama.Tetapi hakikat yang ada
dalam diri orang seperti ini; mereka adalah musuh
ALLAH TA`ALA, mereka adalah penentang agama ALLAH,
mereka adalah orang yang fasik dan mereka adalah orang
yang gemar berbuat dosa kepada ALLAH SWT.
Dimana di dalam ayat ini, ALLAH TA`ALA menceritakan
kepada kita dalam bentuk soalan, "Apakah kamu tak
pernah tengok satu jenis manusia yang mana orang ini
dia mengaku beriman kepada apa yang telah diturunkan
kepada Muhammad (al-Quran) dan kitab-kitab yang telah
diturunkan sebelum daripada Muhammad (seperti Injil,
Taurat dan suhuf-suhuf yang pernah diturukan kepada
rasul-rasul a.s. )"��Daripada ayat ini, puak-puak
munafik ni kata bukan setakat Quran saja depa beriman,
bahkan depa kata depa pun beriman kepada Taurat,
beriman kepada Injil dan juga beriman kepada semua
ajaran yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada golongan
rasul-rasul a.s. sebelum daripada kenabian Muhammad
s.a.w.
Tiba-tiba ALLAH bagitau kat kita, "Puak-puak yang kata
beriman kepada ALLAH TA`ALA tadi, sebenarnya mereka
nak berhakim kepada toghut."��Toghut ini bermakna
melampaui batas.Orang yang melanggar hukum ALLAH
TA`ALA dengan melampaui batasan yang ditetapkan oleh
ALLAH SWT, kita panggil 'toghut'.Dulu semasa kita tak
tau apa dia makna 'toghut' tu, bila kita dengar orang
dok kata "toghut, toghut", kita rasa satu macam punya
jijik atau teruk sangat.Tapi bila kita dah tahu akan
pengertiannya, kita rasa-rasa memang ramai orang
toghut pada hari ini; betoi tak tuan-tuan?�Sebab
pengertiannya mudah saja, dan kita mendapati mereka ni
pun berlambak pada hari ini.
Sambung ALLAH lagi, "Sedangkan diperintahkan mereka
ini mengkuffuri toghut."��Untuk menjadikan kita
sebagai orang Islam yang dikatakan taat kepada ALLAH
SWT, maka dua perkataan ini hendaklah ada dalam diri
kita.Iaitulah 'mukmin' (beriman) dan 'kuffur'.Bila
kata 'mukmin', ini bermakna kita beriman kepada semua
benda yang ALLAH TA`ALA suruh.Yakni start dengan ALLAH
SWT sendiri, kemudian rasul-rasul , malaikat-malaikat,
kitab-kitab, sampai kepada hari qiamat dan juga
qada/qadar.Dan bila kata kita juga kena 'kuffur', maka
'kuffur' yang macamana?�..Daripada ayat di atas, ALLAH
suruh kita kuffurkan toghut.Ini adalah arahan daripada
ALLAH SWT.
Kemudian kata ALLAH lagi, "Manakala syaitan itu memang
menghendaki supaya kita sesat dengan
sejauh-jauhnya."�Ayat ini,ALLAH SWT turunkan
bersempena dengan satu peristiwa yang berlaku di zaman
Nabi s.a.w. di Madinah.Yakni apabila berlaku
perbalahan diantara satu orang Islam daripada golongan
Ansar dengan seorang bukan Islam daripada Yahudi.Bila
berlaku perbalahan itu, yang si Yahudi ni mahu Nabi
s.a.w. sendiri menjadi hakim untuk menyelesaikan
masalah mereka berdua.Tapi bagi si Ansar yang berugama
Islam ni pula, dia mahu seorang pemuka Yahudi bernama
Ka`ab al-Asyraf untuk menghakimi perbalahan mereka.
( Tak ke jadi terbalik code, tuan-tuan? )
Sebab inilah ALLAH turunkan ayat ini untuk
menceritakan perihal sifat satu golongan manusia yang
mengaku beriman kepada ALLAH dan kita lihat pada
luarannya pun macam mereka ikut Nabi.Tapi rupa-rupanya
bila mereka ada masalah, tempat rujukan mereka adalah
kepada orang yang kuffur kepada ALLAH SWT.Kita wajib
mempercayai cerita ini sebab ALLAH SWT rakamkan
peristiwa ini di dalam al-Quran.
Oleh yang demikian, mari kita imagine dalam kotak
pemikiran kita sekarang bahwa satu orang daripada
Ansar, yang mana dia tengok Nabi s.a.w. depan mata dia
sendiri, Nabi s.a.w. berada depan hidung dia; tapi dia
boleh lagi nak berhakim kepada seorang Yahudi yang
kuffur kepada ALLAH SWT.Jadi, apatah lagi kita pada
hari ini, yang tak pernah pun tengok Nabi
s.a.w.?�.Kalau zaman Nabi dulu pun, ada orang Islam
yang boleh nak berhakim kepada Yahudi; apatah lagi
zaman haru biru kita la ni. Lagilah tak pelik kalau
ada orang yang nak berhakim kepada puak-puak yang
menderhaka kepada ALLAH SWT.Pada zahirnya, dengan
serban besarnya, kira nampak macam orang masjid la;
tapi realitinya tempat rujukan dia adalah musuh ALLAH
SWT.Ini adalah satu krisis aqidah yang berlaku kepada
orang Islam semenjak zaman Nabi s.a.w. sampailah
kepada hari ini.Dimana orang Islam rasa tidak yakin
dengan agama nya sendiri.Dia rasa Yahudi yang bernama
Ka`ab al-Asyraf ini lebih hebat daripada Muhammad
s.a.w..Ini berlaku kepada orang Ansar yang memang
nampak Nabi depan mata dia sendiri.Jadi pada hari ini,
memang berlaku perkara yang sama, yakni kita dapati
bahwa orang dah tak endah pun kepada sunnah Nabi
s.a.w., agama ALLAH dah jadi pelik, dia langgar semua
hukum ALLAH TA`ALA, dan dia rasa benda yang orang
kafir bawa itu lebih baik daripada apa yang dibawa
oleh Nabi s.a.w..
Contohnya, seperti apa yang berlaku dalam perkahwinan
seorang bintang filem Bollywood yang bernama Hrithik
Roshan yang berugama Hindu dengan pasangannya Suzanne
Khan yang berugama Islam.Bila mereka berdua kahwin,
maka ramailah peminat-peminat yang tergila-gilakan
Hrithik Roshan terutamanya wanita, kecewa dengan
perkahwinan tersebut.Tapi yang nak ceritanya ialah
cara mereka berkahwin.Walaupun Suzanne Khan itu Islam,
tapi perkahwinan mereka tidak lah mengikut upacara
Islam.Jadi, Suzanne Khan ni, punya la nak kepada
Hrithik Roshan sehinggakan sanggup kahwin dengan cara
'sivil marriage'.Hukum ALLAH SWT sudah diketepikannya,
"Tak payah dah kahwin cara Islam sebab Roshan ni idola
aku, kekasih aku, habibi, buah hati aku.Aku nak kahwin
cara apa sekali pun, aku punya suka."�.Inilah juga
yang sedang berlaku dalam masyarakat kita pada hari
ini terutamanya yang gadis-gadis tu.Yang kalau mereka
nak kepada satu benda, mereka tak kira dah; samada
benda tu langgar hukum ALLAH TA`ALA ka, ALLAH TA`ALA
tak redha ka atau dapat dosa ka; aku tak peduli.Yang
penting, aku mau dapat benda tu.Sebab itu, kita merasa
sedih dengan kejadian seperti ini sebab orang Islam
hari ini sudah hilang identitinya.Ini disebabkan
mereka rasa benda yang orang barat bawa itu lebih baik
daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. 

Lalu ustaz Jailani mencerita satu kes yang
dikendalikannya di Pendang, yakni kes anak gadis
clientnya dilarikan ke Siam oleh seorang lelaki dan
kahwin di sana sebanyak 3x.Bila ustaz pi melawat rumah
clientnya ini, ustaz diberitahu bahwa rumah budak
lelaki yang melarikan anak gadis mereka itu hanyalah
di sebelah rumah mereka sahaja.Yang hanya dipisahkan
oleh satu tembok 'Berlin' yang dibina selepas berlaku
pertelingkahan diantara dua keluarga yang berjiran
ini.Dengan keadaan mereka berjiran ini, kita
tertanya-tanya, "Pasai apa budak lelaki tu tak minta
secara elok dengan keluarga si gadis tu?�Sebusuk-busuk
kambing pun, kalau kita nak ambik, kita kena beli
daripada tuannya.Bukan main heret macam tu saja.Inikan
lagi kita nak ambil anak orang.Kenalah kita pi secara
gentleman mengadap emak ayah si gadis itu kerana
mereka yang membesarkan anak gadis mereka.Mintalah
secara elok.Niiie dak! Main bawa lari lagu tu
saja."�.Kemudian menurut cerita daripada emak si gadis
ni lagi bahwa si budak lelaki ni ada 4 beradik
lelaki.Kesemua mereka kahwin dengan pasangan
masing-masing di Siam belaka.Dan yang menariknya,
kesemua pasangan mereka adalah dari kalangan
jiran-jiran mereka sendiri.Emak gadis tu kata, "Saya
ingat tak sampai ke rumah saya.Tapi rupa-rupanya,
sampai juga!"�.Inilah yang berlaku dalam masyarakat
kita hari ini, yang haru biru jadinya.Apa dah nak jadi
dengan remaja-remaja kita hari ini?�Sampai ugama pun
tak tau, adab pun tak tau, akhlak pun tak dak,
undang-undang pun apa yellow pun tak tau; last sekali
main 'sapu' lagu tu saja.   

Kemudian ustaz Jailani cerita lagi satu kes yang
menunjukkan bahwa masyarakat kita semakin hari semakin
jahil tentang agama.Dalam kes itu, ada seorang isteri
mai jumpa ustaz Jailani untuk menuntut cerai daripada
suaminya; sebab suaminya telah berzina dengan wanita
lain.Lalu ustaz Jailani jelaskan kepada si isteri itu
bahwa dalam ajaran Islam sebenarnya payah nak tuduh
seseorang itu berzina.Kemudian ustaz tanya, "Awak ada
saksi ka yang kata suami awak berzina?"�.Lalu kata
isteri tersebut, "Saksi tu tak dak la, tapi satu surat
yang dihantar oleh teman wanita suami saya tu ada la
untuk menjadi bukti bahwa mereka pernah tidur
bersama."�Bila ustaz Jailani baca surat yang dikirim
kepada si suami tu, maka conclusion yang dapat dibuat
ialah surat itu adalah dari seorang wanita yang
mengharapkan cinta daripada seorang lelaki.Yang mana
lelaki itu pula hanya mengambil kesempatan dari
seorang perempuan yang belum dikahwininya.Antara isi
surat itu berbunyi begini, "Abang telah mensia-siakan
cinta dan kasih sayang  saya terhadap abang.Lupakah
abang hari pertemuan kita yang pertama (siap tulis
dengan haribulan sekali).Kemudian selang dua hari
selepas itu, abang menjemput saya ke disko bersama.Dan
pada malam itu juga, kita telah tidur
bersama��.."�..Nampak tak tuan-tuan.Mudahnya, seorang
gadis remaja kita boleh serahkan tubuhnya hanya
setelah baru 2 hari berkenalan.
Kemudian sambung isi surat itu lagi, "Semenjak kita
tidur bersama pada malam itu, membuatkan cinta saya
tidak ada ruang untuk lelaki lain selain untuk abang
seorang.Tapi oleh sebab abang mensia-siakan cinta
murni saya ini terhadap abang, maka biarlah saya pergi
ke suatu tempat yang jauh buat selama-lamanya.Cukuplah
sekadar abang menghadiahkan al-Fatihah kepada
saya."�.Nampak tak tuan-tuan tentang kejahilan
masyarakat kita dalam beragama.Ada ka dia nak bunuh
diri, kemudian mintak kekasihnya sedeqah al-Fatihah
atas kematiannya pulak.Dia tau ka fungsi Fatihah tu
untuk apa?�.Kan, tugas membaca al-Fatihah ni ialah
untuk mendoakan supaya mendapat kebaikan/ rahmat/
berkat daripada ALLAH SWT kepada orang yang kita
doakan.Jadi, bolehkah orang mati bunuh diri, kita pi
doa minta rahmat daripada ALLAH untuk si mati?�.Yang
mana mati bunuh diri ni kan, kebanyakan ulama
mengatakan bahwa mati dalam keadaan murtad
(nauzubillahi min zalik).Kecuali Imam Syafii sahaja
yang kata mati bunuh diri ni adalah dosa besar.Tapi
ulama-ulama lain kata bahwa mati bunuh diri ni akan
membatalkan syahadah si mati, maka si mati tidak boleh
disembahyangkan, apatah lagi dimandikan dan tidak
boleh juga ditanam di perkuburan orang-orang
Islam.Jadi, orang mati lagu ni, kita nak baca Fatihah
kat dia ka, tuan-tuan?�..Inilah sebahagian yang
berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini, yang mana
sampai tak reti dah nak menilai, betul ka apa yang
dilakukan.Iaitu sampai tak reti nak sesuaikan apa yang
diminta kepada kekasihnya itu dengan kehendak hukum
ALLAH SWT.

Sambung ayat seterusnya, kata ALLAH, "Apabila
dikatakan kepada mereka : Datanglah kepada apa yang
diturunkanoleh ALLAH dan kepada ar-Rasul.Kamu akan
melihat orang-orang munafik menghalang manusia
daripada menghampiri kamu."�.Inilah dia kerja orang
munafik.Bila kita pi approach kepada masyarakat dan
terangkan ugama Islam yang sebenar macam tu macam ni,
supaya orang ramai kembali mengamalkan Islam yang
sebenar, atau nak bagi tau kat masyarakat yang selama
ni kita dok buat adalah benda salah, mai kita
perbetulkan; maka kata ALLAH bahwa antara kita dengan
masyarakat yang kita dok dakwah ni, yakni di
tengah-tengah tu akan ada satu jenis manusia yang mana
ALLAH SWT namakan golongan ini sebagai
'al-Munafiqin'.Yang ni yang kita nak check ni.Adakah
kita duduk di kalangan orang yang berdakwah ajak orang
kepada Islam ka ataupun kita ni orang yang dok kat
'tengah-tengah' tu ka (minta dilindungi ALLAH SWT)?
Yang kita ni punya la dok ajak orang ramai kepada
Islam, tiba-tiba mai orang yang jenis 'tengah-tengah'
tu kata, "Hangpa jangan dok gatai pi bercampur dengan
puak-puak hijau putih ni.Depa ni jahat, pelampau dan
pemecah-belah orang Melayu."�.Inilah kata-kata yang
sering dialunkan kepada masyarakat supaya tidak
mendekati kita.Siapakah dia jenis orang yang dok kat
'tengah-tengah' tu?�.Inilah yang disebut oleh ALLAH
SWT, bukan saya yang kata dan bukan ulama` yang kata;
tapi inilah dia perkataan yang jelas datang daripada
ALLAH SWT, yang dibubuhNya sebijik 'al-Munafiqin'
dalam ayat 61 dari Surah an-Nissa`.Jadi, tanyalah pada
diri masing-masing, "Aku jenis macamana?"�.Berdoalah
kepada ALLAH SWT supaya jangan dimasukkan kita ke
dalam golongan 'al-Munafiqin wal-Ghapplahtul Kubra'
ni.  
     Yang kita sedia maklum orang #1 yang zahirkan
oleh ALLAH SWT sebagai bapa munafik di zaman
Rasulullah s.a.w. ialah Abdullah bin Ubai bin
Salul.Tapi kali ini ustaz Jailani bawa mai satu lagi
watak munafik di Madinah, iaitulah Abu Amir, yakni
orang #2 selepas Abdullah bin Ubai.Beliau pada awalnya
adalah berugama Nasrani dan seorang pemimpin dari suku
kaum Khazraj yang dihormati di Madinah sebelum
kedatangan Nabi s.a.w..Tapi bila Nabi s.a.w. berhijrah
dari kota Mekah datang ke Madinah, maka muncullah satu
lagi pemimpin agung selain daripada Abu Amir di
Madinah.Dengan ini sekali gus mencabar kepopulariti
Abu Amir sebagai pemimpin di Madinah. Lalu marahlah
Abu Amir sebab ramai penduduk Madinah menyambut
kedatangan Nabi s.a.w. dan menjadikan Nabi s.a.w.
pemimpin rujukan mereka.Apatah lagi bila Nabi
bersama-sama dengan hanya 3xx orang tentera Muslimin
sahaja dapat mengalahkan musyrikin Mekah yang
berjumlah 1000 orang itu di Perang Badar; maka
bertambah kagumlah orang kepada keupayaan Nabi
s.a.w..Sekali gus bertambah sakit hatilah Abu Amir
terhadap Nabi.Kemudian bila berlakunya Perang Uhud,
setahu kita diperingkat awal tentera Islam hampir
menang, tapi dengan kelalaian tentera Islam sendiri
dan ditambah pula dengan kebijaksanaan taktik
peperangan Khalid al-Walid, maka digasak tentera Islam
oleh tentera berkuda pimpinan Khalid al-Walid
sehinggakan Nabi s.a.w. sendiri jatuh ke dalam parit
yang digali puak musyrikin Mekah hasil daripada idea
Abu Amir.Selepas Perang Uhud walaupun Nabi s.a.w.
cedera parah di muka/ kepala/ gigi taring kanannya
patah, namun begitu kepopulariti Nabi dikalangan
penduduk Islam Madinah kian hebat.Ini menyebabkan Abu
Amir makin sakit hati.Lalu digunakan strategi lain
pula untuk melenyapkan kehebatan Nabi, iaitu dengan
memantau aktiviti seharian Nabi.Bilamana dia dapat
tahu Masjid Kuba` yang dibina oleh Nabi sendiri itu
makmur dengan program-program agama, maka dia mendapat
satu idea dengan mengerahkan orang-orangnya membina
satu lagi masjid yang berdekatan dengan Masjid
Kuba`.Setelah selesai pembinaannya, lalu Abu Amir
mengarah orang-orangnya menjemput Nabi s.a.w. supaya
sembahyang di masjid yang baru dibina mereka itu.Kata
Nabi, "Sesungguhnya kami ni dalam bermusafir, yakni
nak pergi Perang Tabuk.Insya`ALLAH, selepas kami balik
dari Perang Tabuk, kami akan sembahyang dalam masjid
yang baru kamu bina."��Kemudian apabila selesai
peperangan Tabuk, dalam perjalanan pulang ke Madinah
itulah malaikat Jibril a.s. turun mai bagitau kat Nabi
s.a.w. arahan daripada ALLAH TA`ALA supaya jangan
sembahyang dalam masjid baru itu selama-lamanya.Ini
menyebabkan Nabi s.a.w. tidak sempat sembahyang dalam
masjid yang dibina oleh orang-orang Abu Amir.
( Maknanya, kalau masjid/surau yang lain dibina kerana
semata-mata untuk menandingi atau menarik sebahagian
orang yang pi mengaji kat masjid yang telah sedia ada
dan diketahui pula kemakmurannya dengan
program-program/penghayatan agama, maka kata ALLAH,
"Jangan kamu mendirikan ibadah dalam masjid sebegitu
selama-lamanya."�.Ini adalah arahan daripada ALLAH
SWT.Jadi, dengan arahan ini juga bermakna ada masjid
yang kita kena pulau.Sebab setiap peristiwa yang
berlaku di zaman Nabi s.a.w. adalah peringatan kepada
kita pada hari ini.Kemungkinan besar akan berlaku juga
di zaman kita ini.Arahan ini bukanlah daripada saya
maupun daripada mana-mana ulama, tapi arahan ini ialah
daripada ALLAH SWT sendiri.Jadi, kalau berlaku pada
kita benda yang sama, maka hendaklah kita bertindak
sepertimana arahan daripada ALLAH SWT ini.Kerana ayat
ALLAH TA`ALA ni, menyuruh kita beramal dengannya,
bukan hanya setakat kita baca cerita zaman dulu
sahaja.
Kalaulah benda sebegini ditakdirkan berlaku kepada
kita hari ini, dan kita mengambil tindakan yang serupa
sepertimana Nabi s.a.w. buat, mungkin kita akan di
'cop' sebagai radikal.Tapi kalau kita tak buat, kita
akan menjadi seperti syaitan bisu�..Nauzubillahi min
zalik. Jadi, yang mana kita mau?)

�..bersambung�.

 
           
  
   




__________________________________________________
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke