Ni saya jawab 2 email sekali harung senang.
Date sent: Tue, 30 Jan 2001 10:10:09 +0800
From: "MHICCGT" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Re: H-Net* Masaalah Waktu/Masa sembahyang
> Assalamualaikum.
>
> Saudara,
> Problem ini nampak simple dari pandangan mata kita yang dekat
> dengan Khatulistiwa yang jarak masa antara terbit dan terbenam
> matahari hampir tetap sepanjang tahun. Bagaimana kalau kita berada
> hampir dengan Kutub Utara atau Kutub Selatan?. Di sana matahari
> sentiasa berada di kaki langit selama enam bulan, tidak terbit dan
> terbenam!. Saya pernah ke luar negara, dan masalah ini pernah saya
> temui. Ketika itu musim luruh, keadaan seperti sentiasa pagi walaupun
> sudah jam 1.00 tengahari hinggalah waktu terbenam matahari pada jam
> 5.00 petang. Waktu terbit matahari ialah jam 8.30 pagi.
>
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
Mengenai hal utara dari Arctic Circle dan selatan Antarctic Circle ni, penduduk tempat itu hendaklah mengikut waktu solat bagi bandar yang terdekat yang mengalami perubahan siang dan malam yang normal (24 hour cycle). Jika bandar tu terletak ke timur, maka adjustla waktu solat yg hendak dipakai dengan mengambil kira kelewatan kedudukan kita (longitude), begitu juga sebaliknya jika bandar tu sedikit ke barat dari kedudukan kita.
Kalau matahari masih lagi terbit/terbenam dalam 24 hour cycle, maka kita masih perlu ikut waktu solat seperti yg ditetapkan macam biasa. Takde masalah walaupun subuh pukul 2.30 pagi dan isyak pukul 11 malam ataupun subuh pukul 7 pagi dan magrib pukul 5 petang.
Anyway, dalam Islam ni, hukum yang established adalah untuk keadaan2 normal atau biasa atau majoriti saja. Untuk perkara2 luarbiasa, jika ada pendapat lain, tak jadi masalah jika diikuti. Kerana itulah jarang kita dengar hukum2 untuk perkara2 luar dari kebiasaan, contohnya wudhuk utk orang kudung, solat untuk angkasawan, etc. Jadi just worry ourselves dengan perkara2 yang biasa untuk org yg cukup anggota yg menjalani kehidupan biasa. Jika kita terpaksa menempuh keadaan2 yang luarbiasa, maka tanyalah dengan mufti, dan terimalah apa2 jawapannya.
>From: "saladin ali" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Masaalah Waktu/Masa >sembahyang
>Date sent: Tue, 30 Jan 2001 00:44:39
>
>salam uat saudara Mohsin,
>
>Terima kasih kerana jawapan saudara. Banyak mail yang saya >terima memberi
>penjelasan supaya kita merujuk kepada kedudukan matahari bagi >menentukan
>waktu sembahyang.
>Tetapi tidak seorang pun yang menjelaskan bagaimana pula kita >menetukan
>waktu Ishak dan Subuh. Adakah cara bagi kita menentukan >waktu-waktu ini.
>
>Sekian, terima kasih.
>
>Salam.
wsalam, diharap sedara dah pun jumpa ustaz/pak imam berdekatan untuk belajar perkara ini.
Walaubagaimanapun, waktu isyak bermula ketika habisnya waktu maghrib iaitu bila hilangnya warna merah pada langit. Waktu Isyak berterusan sampai masuknya waktu subuh. Subuh masuk bila fajar sadiq iaitu mula cerah pada kaki langit. Sebelum tu ada fajar kazib iaitu cerah sikit beberapa minit kemudian gelap semula; ini bukan masuk waktu subuh lagi.
Kalau ada silap harap maaf. Sila verify dgn ustaz berdekatan.
wassalam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]
