--- hazlan <> wrote:
> KISAH-KISAH YANG MENUNJUKKAN 
> 
> KETAATAN PADA ALLAH SUMBER KEJAYAAN
> 
> 
> Hadrat Umar r.a. telah melantik Atbah bin Ghazwan
> sebagai ketua perang tentera didalam peperangan
> Parsi. Pada ketika itu beliau telah memberikan
> arahan. "Sentiasalah menjaga ketaqwaan
> seboleh-bolehnya. Berhati-hatilah menjalankan
> keadilan apabila memberi keputusan. Kerjakan
> sembahyang pada masa yang ditentukan dan berzikirlah
> memuji Allah sebanyak-banyaknya dan selalu. 
> 
> Satu ketika terdapat seorang banduan Roma didalam
> jagaan orang-orang Islam. Terjadi satu keadaan
> dimana dia telah dapat meluluskan diri dan lari.
> Raja Hercules bertanya kepadanya mengenai kedudukan
> orang-orang Islam dengan mendalamnya supaya seluruh
> kehidupan mereka nampak terjelas dihadapannya.
> Banduan ini juga melapurkan perkara yang sama dan
> menerangkan bahawa orang-orang itu adalah ahli
> ibadat diwaktu malam dan satria (da'i) disiang
> harinya. Orang-orang Islam itu juga tidak mengambil
> sesuatu walaupun daripada Dahimmi (orang-orang kafir
> yang dibawah lindungan mereka), tanpa membayar
> harganya dan bilamana saja mereka berjumpa, mereka
> memberi dan menjawab salam. Hercules menjawab dengan
> cepat dan tajam bahawasanya jikalau lapuran itu
> benar dan tepat, maka mereka akan menjadi raja-raja
> bagi kerajaan Hercules.
> 
> Hercules mempunyai bilangan tentera yang sangat
> ramai sedangkan bilangan orang-orang Islam sangat
> terhad. Hadrat Amr bin 'Aas r.a. memberitahu Hadrat
> Abu Bakar Siddiq r.a. mengenai keadaan tersebut.
> Sebagai jawapannya Hadrat Abu Bakar r.a. menulis:
> "Kamu orang-orang Islam tidak akan dapat dikalahkan
> kerana bilangan yang kecil. Kamu pasti boleh
> dikalahkan walaupun mempunyai bilangan yang banyak
> mengatasi bilangan musuh jikalau kamu terlibat
> didalam dosa-dosa.
> 
> Inilah sebabnya yang sebenar mengapa orang-orang
> Islam pada masa itu dapat menundukkan dan menawan
> bukan sahaja manusia tetapi juga lautan dan daratan,
> pokok-pokok dan gunung-ganang, burung-burung dan
> binatang-binatang. Kitab-kitab sejarah memetik
> begitu banyak peristiwa-peristiwa seperti ini.
> Beberapa kisah dinukilkan di sini.
> 
> Satu ketika kumpulan tentera Muslimin terpaksa
> berkhemah di hutan belantara di Afrika dimana
> terdapat bermacam-macam binatang yang berbisa dan
> beracun yang begitu banyak. Komandar perang Hadrat
> 'Aqbah bersama-sama dengan beberapa orang
> sahabat-sahabat menerbus ke dalam hutan itu dan
> berkata dengan kuatnya: "Wahai segala jenis binatang
> merayap dan binatang-binatang berbisa bumi ini! Kami
> sahabat-sahabat Pesuruh Allah bercadang untuk
> berkhemah di sini. Maka kamu dinasihatkan supaya
> meninggalkan tempat ini, jikalau tidak, jika
> didapati salah seekor dari kamu masih berada di sini
> selepas ini, kami akan bunuh dia." Pengistiharan ini
> bergerak macam karan letrik dan menyebabkan
> binatang-binatang ganas dan binatang-binatang yang
> merayap meninggalkan tempat itu tidak
> bertangguh-tangguh lagi dengan sekelian anak-anak
> mereka.
> 
> Telah terjadi satu ketika didalam peperangan dengan
> orang-orang Roma bahawa Hadrat Safinah telah
> tersesat jalan. Sedang beliau mencari jalan keluar,
> beliau terserempak dengan seekor singa. Hadrat
> Safinah r.a. menegur binatang itu dan memberitahunya
> bahawa beliau adalah orang suruhan Rasulullah s.a.w.
> dan telah tersesat jalan. Maka singa itu pun
> menunjukkan jalannya seperti seekor anjing yang
> jinak. Bila dia mencium bau bahaya kepada Hadrat
> Safinah didalam perjalanan, dia akan menerkam untuk
> menghapuskan bahaya itu dan kembali semula kepada
> Hadrat Safinah sehinggalah mereka sampai di
> perkhemahan dan singa itu kemudiannya kembali semula
> ke dalam hutan.
> 
> Ketika peperangan Parsi, dimana orang-orang Islam
> sedang berura-ura untuk menyerang Madain, mereka
> terpaksa menyeberang Sungai Tigris. Orang-orang
> Kafirin telah memusnahkan segala perahu-perahu dan
> kapal-kapal supaya orang-orang Islam tidak dapat
> menggunakannya. Waktu itu musim hujan dan sungai itu
> membanjir. Komandan tentera Hadrat Saad r.a.
> memerintahkan orang-orangnya supaya mengharungi
> sungai itu. Orang-orang Islam bersedia sekali
> menurut perintahnya. Mereka masuk ke dalam sungai
> berdua-duaan. Kuda-kuda telah berenang-renang ke
> tebing sebelah sana. Penasihat Hadrat Saad, Hadrat
> Salman r.a. akan melaungkan berkali-kali: Demi Allah
> Ta'ala, sesungguhnya Allah Ta'ala akan menolong
> sahabat-sahabatNya dan mengistiharkan agamanya di
> atas segala agama-agama dan mengalahkan musuh-musuh
> selagi ketidak adilan (dan penzinaan) tidak merata
> di dalam tentera dan dosa-dosa (maksiat-maksiat)
> tidak mengatasi amalan baik.
> 
> Didalam peperangan dengan orang-orang Murtad,
> Hadarat Abu Bakar Siddiq r.a telah mengutus 'Ala
> Hadrami r.a. sebagai ketua perang bagi sekupulan
> tentera menuju Bahrain. Tentera itu telah melewati
> sebuah hutan dimana air tidak didapati sama sekali
> dan tentera-tentera hampir akan mati kerana dahaga.
> Hadrat 'Ala turun daripada kudanya, melaksanakan dua
> rakaat solat dan kemudian berdoa kepada Allah dengan
> perkataan-perkataan demikian: "Wahai Yang Maha
> Penyantun! Wahai Yang Maha Mengetahui! Wahai Yang
> Maha Tinggi, Wahai Yang Maha Agung! Berilah air
> kepada kami untuk minum." Tiba-tiba sahaja datanglah
> awan dan hujan turun menyimbah bumi dengan banyaknya
> dan orang-orang pun minum sepuas-puasnya, memberi
> minum kepada unta-unta dan kuda-kuda mereka dan
> membekalinya sedikit di dalam bekas-bekas mereka.
> Orang-orang murtad telah mengambil perlindungan di
> seberang sungai di Durban dan telah membakar
> perahu-perahu supaya orang-orang Islam tidak dapat
> mengejar mereka. Sebaliknya tentera Muslim kena
> menyeberangi sungai itu. Hadrat 'Ala sampai ke
> tebing sungai, solat dua rakaat dan berdoa, "Wahai
> Yang Maha Penyantun! Wahai Yang Maha Mengetahui!
> Wahai Yang Maha Tinggi, Wahai Yang Maha Agung!
> Berilah kami menyeberangi sungai ini." Dan setelah
> memohon kepada Allah dengan perkataan-perkataan ini
> Hadrat 'Ala mengambil kendali kudanya dipegangnya
> dan terjun ke dalam laut. Hadrat Abu Hurairah r.a.
> berkata, "Kami sedang mengharunginya. Demi Allah,
> malahan tapak-tapak kaki kuda kami dan kaki-kaki
> kami pun tidak basah. Tentera itu mengandungi empat
> ribu orang." Arif bin Mindir, seorang penyair, yang
> dia sendiri menyertai didalam peperangan ini
> menyatakan didalam dua rangkap syairnya akan
> peristiwa itu. Beliau berkata: "Apakah kamu tidak
> lihat bahawa Allah menundukkan sungai untuk kami dan
> betapa kerasnya bencana yang Ia telah turunkan
> keatas orang-orang kafir? Kami memohon kepada Dia
> Yang Mulia Yang telah menundukkan laut kepada Bani
> Israil. Dia menolong kami lebih lagi daripada apa
> yang telah Ia lakukan untuk Bani Israil."
> 
> 
> > [Rujukan: Penderitaan Ummah, ditulis oleh Maulana
> Muhammad Zakariyya.]  

> 
> 
> 


__________________________________________________
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor ---------------------~-~>
eGroups is now Yahoo! Groups
Click here for more details
http://click.egroups.com/1/11231/0/_/30126/_/980999641/
---------------------------------------------------------------------_->

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 
satu ayat..."

Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]

Bina empayar anda di Internet dengan Netmyne!!
http://www.netmyne.com/



Kirim email ke