*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--- nuralia <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net - 
> http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]  
>       }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke
> [EMAIL PROTECTED]     }
> 
>
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Subject:
 Minta penjelasan tentang status Ahlul-bait
Assalamualaikum wbt.

    Para netters semua saya ada seorang kawan yang
mengatakan wajib kita mendahulukan atau memberi
keutamaan kepada Ahlul-bait dalam segala hal khususnya
dalam urusan kepimpinan.
    Soalan saya?
1. Masih adakah lagi golongan Ahlul-bait sekarang ini.

J : Malam khamis yang lepas dalam kuliyyah yang
disampaikan oleh ustaz Hanif Ghazali Din, beliau ada
mentioned tentang sifat seorang yang bergelar Imam
Mahdi.Beliau menyebut bahwa Imam Mahdi ni, nama
sebenarnya ialah sama dengan nama Rasulullah s.a.w.,
iaitulah Muhammad bin Abdullah, yang berketurunan dari
keturunan Rasulullah s.a.w. sendiri.Dan Imam Mahdi
akan muncul pada akhir zaman, maka ini bermakna ahlul
bait (keturunan Nabi s.a.w.) tentu masih wujud hingga
sekarang, kerana untuk melahirkan Imam Mahdi.  
Semalam saya bertemu dengan ustaz Halim Hassan pula
yang baru saja balik daripada Iraq.Beliau memberitahu
bahwa ulama telah mengklasifikasi golongan ahlul-bait
ini kepada 2.Iaitu ahlul bait dekat dan ahlul bait
jauh.Ahlul bait dekat ini ialah daripada keturunan
Rasulullah s.a.w. yang beriman kepada ALLAH
SWT.Manakala ahlul bait yang jauh ini ialah golongan
yang beriman dengan sunnahnya di akhir zaman
ini.Menurut ustaz Halim, kita boleh rujuk dalam kitab
`Akiqatul Nagin' atau dalam tafsir al-Azhar Surah
al-Ahzaab untuk lebih detail tentang ahlul bait ini.

2. Benarkah golongan yang ada gelaran keluarga seperti
Syed dan Habib mempunyai pertalian darah dengan
Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.?

J : Menurut ustaz Halim Hassan, hanya golongan Syiah
sahaja yang berpendapat begitu.Tidak ada nas atau
hadith-hadith yang sahih yang boleh kita berpegang
dengan pendapat demikian. 


3. Benarkah Nabi kita mendahulukan keluarganya pada
hari akhirat kelak?

J : Ini juga satu pendapat daripada golongan
Syiah.Yang mana mereka telah mereka-reka hadith-hadith
supaya nampak kuat akan hujjah mereka.Keterangan pada
muqaddimah soalan ini pun sudah berbau
syiah.Berhati-hatilah saudara/saudari sekelian tentang
golongan syiah ini yang boleh memesongkan aqidah
seseorang dengan senang saja.Di timur tengah, golongan
ini telah membiak dengan begitu meluas sekarang ini.Di
Iraq, golongan syiah ini telah dibela oleh Saddam
Hussein sendiri, manakala puak-puak Kurdis
berketurunan Salahuddin al-Ayubi pula telah diusir
daripada bumi Iraq.Syiah di Iraq telah mewajibkan
meludah di makam Imam Abu Hanifah setiap kali mereka
lalu melintasinya.Sebab musababnya, ada ustaz Halim
cerita kepada saya tapi lupa pula saya. Azan mereka
juga lain macam saja bunyinya.Menurut ustaz Halim, di
akhir laungan azan itu dan dalam bacaan tahhiyat
akhir, kedengaran mereka melaknat para sahabat
Rasulullah s.a.w. yakni Saiyyidina Abu Bakr as-Siddiq,
Saiyyidina Umar al-Khattab dan termasuk juga
Saiyyidina Usman bin Affan.Wa nauzubillahi min zalik. 
 

ALLAHU TA`ALA `ALAM.

> Pengirim: nuralia <[EMAIL PROTECTED]>


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35 
a year!  http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke