*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isu aurat yang masih dibelenggu di ummah





Jangan Menipu Allah Dengan Tudung


                                                                           
 Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu    
 wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering     
 menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan      
 ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab    
 padang pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan   
 masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat 
 menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat   
 kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat   
 semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi   
 tuntutan syariat.                                                         
                                                                           
                                                                           
 Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu         
 bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita 
 yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.  
 Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah    
 bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki    
 pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada   
 percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di         
 tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk 
 beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak.     
 Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah      
 sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada    
 kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk      
 mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.     
                                                                           
                                                                           
 Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang    
 tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka 
 kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya   
 di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama.              
 Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith        
 mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan 
 berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat. Untuk menjawapnya,     
 mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan 
 hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai          
 memandang tinggi kepada mereka.                                           
                                                                           
                                                                           
 Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana-mana       
 sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di        
 kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan   
 di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah     
 memakai tudung. Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung    
 tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan,       
 berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau      
 dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make    
 up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung            
 berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian. Tudung      
 berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen      
 baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat.     
 Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka.   
                                                                           
                                                                           
 Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada    
 mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat. Sesetengahnya bertudung 
 tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan      
 wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai   
 kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita itu bertudung,        
 automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu   
 untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak    
 mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah  
 maksiat. Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka         
 jelaslah wanita-wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan 
 dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari  
 ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman  
 sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul 
 rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung.                
                                                                           
                                                                           
 Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun    
 hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita    
 yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar. Kadang kala orang lelaki yang 
 hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya      
 mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain        
 memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa 
 mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yang     
 terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu 
 menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran      
 itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah      
 tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu.                     
                                                                           
                                                                           
 Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman  
 bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan  
 wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal  
 dahulu. Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan     
 yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang  
 hasilnya. Sesuatuyang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun      
 nampak hebat tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah. Wanita    
 yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak    
 akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya     
 membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.       
 Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati      
 mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di   
 hadapan jutaan umat manusia. Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang 
 sahabat : " Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?"     
 Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : "     
 Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang      
 diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah."                     
                                                                           
                                                                           
 Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak   
 oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi  
 tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung 
 yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung       
 tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna       
 menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang     
 berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan      
 menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias.      
 Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat  
 dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut 
 masyarakat dan peredaran zaman.                                           
                                                                           
                                                                           
 Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya      
 mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu.    
 Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu 
 bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya. Ujian yang     
 sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak         
 mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa  
 yang dilakukannya.                                                        
                                                                           
                                                                           
 Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh      
 ibadah. Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan    
 kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan   
 di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak   
 mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar 
 di dalam apa jua kesusahan.                                               
                                                                           
                                                                           
 pu3x : Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan  
 memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata...                 
                                                                           





 petikan dari apesaje.com





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke