*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SUDAHKAH PEMIMPIN PAS SOLAT INSTIKHARAH? 
Dr.AQ~ SATU "TEGURAN" : SURAT TERBUKA KEPADA PAS. SUDAHKAH PEMIMPIN PAS
SOLAT INSTIKHARAH?
PAS, dalam zaman kepimpinan Datuk Mohammaad Asri bin Muda (termasuk Nik
Abdul Aziz (sekarang Datuk)bin Nik Mat, beberapa pemimpin lama yang masih
hdiup)telah membuat perubahan bergitu "adventurous". PAS mengalih dasar
parti iaitu dari berjuang sendirian kepada berkongsi. Pada mula PAS
berkongsi dalam Kerajaan Campuran. Kedudukan PAS adalah "sama taraf" dengan
Perikatan (UMNO-MCA-MIC)iaitu PERIKATAN-PAS (UMNO-MCA-MIC)iaItu satu-satu.
Kemudian, "entah macam mana" timbul gagasan baru membentuk Barisan Nasional.
PAS yang telah ghairah dengan jawatan dan kuasa, telah menerima BN. Lantas
PAS tanpa sedar, statusnya turun menjadi sama taraf dengan MIC dan parti
lain yang menjadi komponen Barisan Nasional. Ertinya, PAS bukan lagi
PAS-PERIKATAN. Kekuatan pada tangan, lima jari hanya tinggal jadi satu jari
sahaja. 
Faktor Mendorong dan Menarik 
PAS masuk ke pihak Perikatan dan kemduian BN ada berbagai "pendapat" dan
andaian yang diberikan oleh orang luar dan orang PAS sendiri. Pertama,
suasana "politik" sesudah 13 Mei,1969 telah menyedari orang Melayu. Mereka
nampak dan merasakan banyak bidang kehidupan orang Melayu yang jauh
ketinggalan. Melayu terpaksa berjuang mengeluarkan "darah" dan air mata :
berjuang dalam negaranya yang merdeka : bahasa Melayu, ekonomi Melayu,
pendidikan Melayu, tanah bagi orang Melayu di bandar dan berbagai lagi kena
desak dan desak kepada Perikatan dan BN. Lihat sahaja sejarah perjuangan
Melayu dalam "zaman merdeka". Banyak kepentingan Melayu tidak dilaksananakan
dengan baik oleh pemegang "amanah Melayu" iaitu kuasa UMNO. Malahan, kuasa
politik Melayu sendiri kian merosot. Bilangan terpelajar Melayu jauh
ketinggalan Pemikiran Melayu kian gersang ; lemah untuk berhujah kerana
kepentingan diri(pangkat, wang, "penghormatan"pura-pura), "kesalahan"
peribadi, rasuah dan "dadah"yang melanda keluarga dan masyarakat. Melayu dan
amalan agama "tidak dapat" menarik hati orang bukan Islam untuk dijadikan
contoh. lOGIK BERFIKIR sudah kering begitu rupa. Melayu seperti kelekatu
keluar malam dari kampung dan setinggan melihat lampu di bandar besar dan
kecil. Mereka terhibur dengan lagu dan irama beberap jam. 
Kedua ialah faktor luaran : Melayu dan "Islamnya" sudah dan sedang
di"neutralise", dilemahkan kegiatannya, suaranya dan sejarahnya melalui
kelab, sukan, hiburan dan dan media massa aliran perdana dan majlah murahan
sehingga mereka jadi orang yang tidak "berbahasa" : Malaysia bukan, Melayu
pun bukan walaupun ia seakan-akan. Ramai sudah yang mencemehkan Melayu dan
tidak percaya kepada "kebolehan" Melayu. [memang banyak hal dan contoh boleh
diberikan di sini bahawa yang Melayu ini tidak boleh diharapkan bekerja
dengan bersungguh dan sempurna !.] 
Faktor ketiga, justeru Tun Abdul Razak sendiri dalam kepimpinan UMNO dan
Perikatan, lebih banyak menumpukan perhatian kepada rakyat Melayu di
luar-bandar. Melayu dibimbing secara ekonomi kolektif yang secara tidak
langsung sistem tersebut dikaitkan dengan unsur "sosialisme". Pihak luar dan
"kapitalis" Melayu dan bukan Melayu tidak suka. Kemudian dan kesegaran
suasana itu apabila Tun Abdul Razak meninggal jejak langkah tersebut sedikit
demi sedikit ia terpadam atau dipadamkan. Pantai berubah oleh konsep baru
iaitu pembangunan ekonomi melalaui industri. Lantas dengan harus wang
minyak, kelapa sawit, balak dan "penjualan" itu dan ini dalam bentuk jenama
"swasta" dan berbagai kapsul maka desa dengan Melayunya, kian terpinggir.
Orang kaya baru muncul secara individu terutama "penumpang" baru UMNO dengan
MCA dan MIC terutamanya. Mereka pun mengusai darat, laut dan udara ; 
Keempat, Perikatan dalam zaman pimpinan Tunku Abdul Rahman beberapa orang
veteran UMNO dengan lantang mengecam pimpinan beliau dan menuntut supaya
orang Melayu diberikan hak mereka sebagai "tuanpunya" dan juga rakyat.
Suasana kian tegang sehingga meletus perisitwa 13 Mei 1969; 
kelima, PAS sendiri lemah untuk memberikan "idea" sebagai "alternatif".
Mereka tidak dapat memberikan keyakinan penuh secara ilmiah dalam
perancangan dan pentadbiran negara. Bukan Melayu hampir seluruhnya tidak
yakin dan "takut" kepada PAS. Di samping itu organisasi PAS sendiri jauh
terbelakang jika dibandingkan dengan UMNO yang rata-rata, pemimpin mereka
adalah bekas pegawai kerajaan yang berpengalaman dalam pentadbiran negara; 
Keenam, fakor "Bapakisme" dalam PAS iaitu rasa terikat malahan "sentimental"
kepada ulama tertentu termasuk Nik Abdul Aziz dan guru agama sebagai Tok
Guru di Kampung. Malangnya mereka tidak mempunyai pengalaman pentadbiran
(tidak tahu general order) selain pada hukum hakam yang kurang diusahakan
untuk difahami oleh pemimpin di berbagai peringkat. Kekuatan PAS terkumpul
kerana pemimpin UMNO sendiri menjauh diri daripada nilai dan norma kehidupan
di kampung. Justeru pengumpulan kuasa dan kesahannya tertumpu pada ulama
yang sama tertinggal di desa jadi, jika ulama sudah boleh terima pimpinan
Tun Abdul Razak maka pengikut, ramai yang akur; 
Ketujuh, faktor presiden PAS sendiri, Asri, dikatakan dalam keadaan yang
"lemah", lantas ia "terpaksa"...setuju. (Maaf!Wallahualam) 
ISATIKHARAH. Namun demikian, tentangan dalam PAS pun ada. Justeru itu, Asri
telah membuat ceramah di berbagai tempat. Antaranya di Universiti Malaya. 
ASRI TELAH DITANYAKAN APAKAH PAS sebelum membuat keputusan menyertai
PERIKATAN (BN) SUDAH BUAT SEMBAHYANG ISTIKHARAH? Dan dapat "ALAMAT" baik?
Lantas beliau mejawab bahawa "sembahyang istikharah" itu bukan dibuat
berjemaah; ia dilakukan oleh individu. Itu sahaja yang penulis terdengar. 
Dengan isu baharu PAS yang "adventurous" bermain dalam suasana politik yang
"boleh" dicari alasan iaitu seakan-akan dengan suasana sebelum dan sesudah
13 Mei, 1969. 
[EMAIL PROTECTED]
01-15 Feb.,2001 


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Kusaini Sharif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke