*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Asm...Semua,
Berita ini memang sah, dan ketua polis Kubang Pas u, sendiri telah naik
pentas semasa habis ceramah dari Hj. Md Sabu untuk memberitahu semua
yang hadir supaya bersurai dalam masa setengah jam, jika tidak tindakan keras akan di ambil tetapi saudara Nasution sempat membaca doa dan minta hadirin juga membaca doa selamat.

Sebaik saja Saudara Izam naik pentas maka FRU pun mula mengerakkan kenderaan belalai gajah (kenderaan pam air)tetapi kedengaran siren polis sebelum itu.

Untuk pengetahuan semua terdapat beratus-ratus FRU pada malam tersebut, 2 buah trak black-maria, 2 buah perisai (sembur Air) dan banyak trak FRU. Dalam masa yang sama pengerusi/pengelola meminta orang ramai supaya jangan beredar kerana tanah yang di buat ceramah itu ialah tanah persendirian (sawah padi) yang dibenarkan oleh tuan tanah, dan meminta semua hadirin yang berdiri di atas jalan supaya masuk kedalam petak sawah tersebut. Dalam pada masa yang sama pemgerusi juga meminta kaum wanita dan kanak-kanak supaya beredar terlebih dahulu kerana keadaan nampak semakin cemas.

terdapat golongan pak cik-pak cik dan orang-orang tua yang lain cuba membuat benteng menyekat kemaraan kenderaan FRU yang cuba untuk menghampiri pentas di mana saudara Ezam berada yang kami percayai untuk menangkap Suadara Ezam. Dalam masa kenderaan FRU begerak mereka terus mengunakan pancutan air serta gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai, habis bertempiaran lari bukan takut FRU tetapi tak tahan dengan gas pemedih mata. Nasib baik sedikit sahaja tidak sama dengan peristiwa KESAS yang mana belatan digunakan, Setakat yang saya terima lapuran tiada belatan digunakan.

Terdapat juga dari kalangan muda yang memberanikan diri berkumpulan membuka baju serta membaling batu ke arah trak FRU. Selepas beberapa minit kemudian trak FRU nampak beredar dari kawasan berkenaan cuma yang tinggal hanya FRU yang tidak menaiki kenderaan masih setia menunggu. Setakat berita yang di terima tiada kematian tetapi di rumah petugas juga terdapat ramai orang-orang tua dan kanak-kanak yang tenat yang terkena gas pemedih mata turut di beri rawatan, itu lah yang paling menyedihkan.

Sekian Setakat ini yang saya terima lapuran dari seorang sahabat saya hadir ketika itu dan kita tunggu kemunculan CD berkenaan yang mana peristiwa itu sempat dirakam kan melalui Video.   

>From: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>
>To: [EMAIL PROTECTED]
>Subject: H-Net* CERAMAH 'B.A' DI KUBANG PASU,KEDAH BERTUKAR MENJADI TRAGEDI..........?
>Date: Thu, 15 Feb 2001 05:52:12 -0800 (PST)
>
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>Assalamualaikum..!
>
> Pada hari Rabu (14/2/01),saya mendapat satu berita
>yang mengatakan satu ceramah anjuran parti KEADILAN di
>Kubang Pasu ,Kedah telah bertukar menjadi
>huru-hara,disebabkan tidak mendapat permit.Polis dan
>FRU yang datang pada malam itu telah melakukan perkara
>sepertimana yang berlaku di lebuhraya 'KESAS'.Ini
>disebabkan mereka yang datang mendegar ceramah itu
>tidak mahu bersurai.Penceramah pada malam itu yang
>saya dapat tahu , diantaranya (1)YB HJ Mohd Sabu,
>(2)YB Saiffudin Nasution, (3)Sdr Ezam.
>
> Minta sapa-sapa yang tinggal di Kubang Pasu,Kedah
>tolong menggesahkan cerita ini.
>
>Sekian.....
>
>__________________________________________________
>Do You Yahoo!?
>Get personalized email addresses from Yahoo! Mail - only $35
>a year! http://personal.mail.yahoo.com/
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
>Pengirim: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>


Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: "kadeer kadeer" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke