*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum kengkawan.....
Istilah "Sauna" ni sebenarnya dalam bahasa antarabangsa, tapi kalau dalam
bahasa melayu, kita panggil "Mandi Wap".Tapi Mat Saleh lebih suka panggil
"Sweat bath".Bagaimanapun bagi kita orang melayu ni, kalau mandi peluh
bermakna macam orang-orang dulu la....kerja kat ladang....sungguh-sungguh
punya dok membanting tulang sampai becerau-cerau keringat.
Tapi bagi orang sekarang ni mana nak cari dah yang mau buat kerja macam tu !
balik pejabat dah teleleh tidor. Ada tanah di halaman rumah luas sekangkang
kera, bila naik rumput lalang... kelam kabut cari orang untuk mesin. Kalau
nak gunting tak larat, sat lagi malam.. bini pulak dok jadi mangsa ..kena
dok picit belakang tok laki, sakit sana...sakit sini...Muga tok laki la ni
manja-manja, tak besa kerja berat.
Sauna ni sebenar adalah satu amalan oleh orang eropah sejak 2000 tahun lalu!
cuma kemudiannya masuk ke Nusantara.Tapi ramai di kalangan kita tak tahu
kebaikkan bersauna.Sebenarnya bersauna ni amat baik untuk kesihatan...lebih
lagi untuk kaum 'pompuan'.Oleh kerana masyarakat kita di Malaysia ni kurang
mendapat penerangan tentang kebaikan bersauna, jadi agak asing le sikit.
Jadi perbezaan antara kita bersauna dengan Mat Saleh bersauna ialah; dimana
Mat Saleh bersauna...dia hanya gunakan air kosong sahaja.Lepas tu dia orang
bersauna dalam satu bilik yang agak besar di mana pompuan lelaki campur
sekali. Tapi kita lain sikit, bersauna sama ada dalam satu bilik kecil untuk
satu orang ataupun dalam kebinet sauna.Satu perkara lagi kita ni dah sedikit
terikut dengan orang jawa, dimana kita campur berbagai jenis herba untuk
lebih berkesan.
Jadi kalau ngko orang pompuan boleh bersauna sebulan 2 kali....dah kira ok
le tu. Kalau setakat dua kali sebulan...tok laki tak bagi, zhalim nama nya!
dah hari-hari penat dok jaga anak....takkan nak relek untuk kesihatan takkan
tak boleh kut?!!!kan bila bini solid....tok laki jugak dapat manfaatnya!
Bagi ngko orang pompuan yang ada duit lebih sikit...boleh buat di rumah
aje.Cuma beli kebinet sauna ataupun bina bilik sauna sebesar bilik
jamban....dan lakukannya sendiri di rumah. Tapi jangan guna jamban yang
sedia ada, sebab nanti bukannya setakat wap air....dengan wap taik pun naik.
Satu lagi perkara yang pentingnya, periuk untuk nak buat rebusan
herba...ngko orang pompuan kena beli yang khas sahaja! sebabnya,satu dari
tujuan menggunakan herba adalah untuk "Sari rapat" (jangei di tanya ghapo
dia).Jadi kalau ngko orang guna periuk yang hari-hari di gunakan untuk
masakan Masak lemak cili padi....katakan, ngko tak jadi "sari rapat"
sebaliknya jadi "sari lompat".....sebab kena wap cili padi!!!
Apakah kebaikan "BerSauna"? tak apa, seniri tanya.... seniri
jawap.Kebaikannya adalah untuk.....Pertama,mengempeskan perut yang gendut
lebih-lebih lagi bagi pompuan yang pernah melahirkan anak. Kedua adalah
untuk mengurangkan lemak-lemak di peha....sampai berjalanpun dok tersagat
kiri kanan. Ketiga adalah untuk menghilangkan rasa sengal-sengal dalam
badan.Dan kempat adalah untuk memberi kesegaran.
Siapakah yang paling elok bersauna?......seniri tanya,seniri jawab.
Bersauna ni sebenarnya.......semua perengkat orang molek belaka.Sebabnya
dengan bersauna.....ngko orang telah merangsang pengeluaran peluh.Jadi apa
bila peluh di rangsang keluar maka, sisa kekotoran akan keluar bersama
peluh......dan secara tak langsung suhu badan pun di rangsang untuk mencapai
37 C.Jadi kulit menjadi sehat dan segar.
Antara mereka yang di galak bersauna...ialah,pompuan lepas bersalin dan
orang yang telah berumur! Tapi bila kita cakap tentang "BerUmur"
ni....subjektif sikit. Sebabnya, apa benda yang nak kita jadi kan kayu
pengukurnya bagi menentukan seseorang itu telah berumur? Senang cakap macam
ni le....., bagi orang pompuan "BerUmur" bila mencecah 30'an...manakala bagi
lelaki pulak bila mencecah 55'an.Sebabnya orang lelaki lambat baliaq...jadi
lambat le berumur!
Sebenarnya individu itu sendiri yang sedar dirinya dah berumur atau tidak,
berdasarkan daripada aktiviti harianNya. Yang pertama, seseorang yang dah
berumur...mendapati apabila dia buat sesuatu pekerjaan yang berat,peluhnya
tidak keluar sebanyak mana masa yang lalu.(Kalau yang keluar melalui bawah
ketiak.....hat tu tak kira).Jadi apabila peluh kurang keluar bermakna
metabolisma dalaman nya dah lemah.Jadi orang macam ni perlu bersauna untuk
mengeluarkan peluh.
Peluh ni kengkadang kena di rangsang untuk keluar, bukannya sebab
apa.....sebabnya liang peluh dah tersumbat.Tersumbat disebabkan oleh
beberapa perkara......antara di sebabkan oleh penggunaan deodoran, sebab
lain sekitaran yang penuh dengan debu dan asap lori dan bas.
Ok....le berhenti dulu ..dah penat.
[EMAIL PROTECTED]
(hak cipta terpelihara)
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>