*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Artikel TERBITAN SEMULA dalam Siri 'BERMULANYA REVOLUSI RAKYAT?'
Siri Kelima (drp 7 siri)
(Pertama kali disiarkan di Reformasi Pendidikan Negara - RPN)
Apa Ada Pada Raja-raja
http://members.nbci.com/xumno/feu_bermula_revolusi_rakyat_5.html
Institusi raja-raja menjadi kucar-kacir setelah MAHAFIRAUN berjaya mengekang kebebasan
raja-raja Melayu. Mereka kini mempunyai satu bidang kuasa yang bersifat 'ceremonial'
semata-mata. Rakyat yang pada satu ketika dulu menganggap raja-raja sebagai lambang
penyatuan bangsa dan mercu tanda ketuanan Melayu turut terpukau dengan gelagat
MHAFIRAUN memperkecilkan singgahsana raja-raja itu sehinggakan meraka menganggap
bahawa singgahsana itu sudah pun kini beralih ke Putra Jaya. Keyakinan rakyat akan
pudarnya kuasa raja-raja itu didorong lagi dengan pembikinan sebuah mahligai di
Putrajaya yang dikatakan hanya berharga tujuh belas juta.
Hubungan Benci tetapi rindu
Sebenarnnya hubungan antara rakyat dengan raja-rajanya bolehlah disifatkan sebagai
hubungan yang dipaksa. Rakyat yang sudah lama ditindas oleh kuasa politik yang
dipimpin MAHAFIRAUN telah mengabaikan institusi raja-raja itu yang disebabkan perangai
yang dipertontonkan oleh golongan istana itu sendiri. Hubungan itu bolehlah dikatakan
satu hubungan benci tetapi rindu. Perkara ini berlaku kerana faktor berikut:
a) Raja yang sedang berkuasa sebenarnya sudah terlalu renggang dengan rakyatnya.
Mereka sibuk dengan masalah hidup mereka sedangkan rakyat pula sibuk dengan masalah
mereka. Rakyat telah menganggap bahawa hubungan mereka dengan raja-raja lebih baik
diserahkan sahaja kepada wakil rakyat dan kerajaan negeri. Bukannya rakyat perlukan
tandatangan raja-raja untuk memohon sesuatu yang boleh memperkayakan mereka.
b) Institusi raja-raja itu sendiri kelihatan lemah kerana tidak ada seorang raja
ataupun sultan yang lebih menonjol di kalangan mereka yang boleh memberikan satu
kepimpinan yang terserlah. Apabila keaadaan ini terus berpanjangan, ia memberi ruang
yang luas untuk MAHAFIRAUN memperlekehkan institusi raja-raja itu tanpa ada segelintir
rakyat yang mahu mempertahankan keaiban yang dilakukannya. Dalam hal ini MAHAFIRAUN
telah menunjukkan kelicikannya. Beliau telah membocorkan pelbagai cerita yang kurang
sopan tentang perilaku segelintir raja-raja yang sememangnya berbuat perangai yang
tidak setanding dengan status mereka. Bayangkan ada raja yang kalah berjuta-juta
ringgit di kasino dan memerlukan kerajaan negeri menebus kerugian itu. Ada pula raja
yang membawa masuk kereta dari luar tanpa membayar cukai dan kemudiannya menjualkan
kereta itu pada orang Cina dengan harga yang menguntungkannya. Ada pula raja yang
gilakan betina sehinggakan sanggup berasmara secara rahsia dalam kontena!
!
yang membawa kuda.
c) Generasi muda masyarakat istana tidak pun mengambil pusing akan hal ehwal rakyat.
Mereka seolah-olah sedang bersiap sedia untuk menghadapi satu alaf baru di mana darah
raja yang mengalir di tubuh mereka itu dianggap sebagai satu perkara biasa oleh
rakyatnya. Dengan lain perkataan generasi pelapis ini seolah-olah tidak berapa
menghiraukan kedudukan mereka yang dimuliakan. Ramai antara mereka tidak pun tahu
bersembahyang dan mengenal budaya ibunda mereka kerana terlalu lama dibesarkan di
negara orang putih. Perangai mereka yang memperlekehkan budaya yang dianggap suci oleh
rakyat menyebabkan rakyat bertindak balas dan tidak menghiraukan langsung generasi
pelapis masyarakat istana itu.
d) Kerakusan golongan istana terhadap khazanah negara telah membuatkan rakyat semakin
mual melihatkan telatah mereka. Rakyat sudah kurang pasti apakah institusi raja itu
layak dijadikan lambang ketuanan Melayu di alaf baru? Keraguan rakyat ini sebenarnya
menunjukkan betapa berjayanya MAHAFIRAUN dan UMNO dalam mengganyang institusi raja
dengan segala dakyah yang memperlekehkan mereka. Sememangnya UMNO dan MAHAFIRAUN mahu
menghapuskan institusi raja-raja itu dengan muslihat untuk menggantikannya dengan
institusi repablika. Bayangkan apa yang akan jadi kalau semua raja-raja dipencenkan?
Bukankah Malaysia boleh dibentuk seperti kerajaan Amerika ataupun beberapa negara
latin Amerika seperti Argentina, Peru, Mexico, Brazil dan sebagainya.?
Kesilapan besar raja-raja
I) Golongan istana memang sudah tidak sedarkan diri. Mereka sendiri menjadi satu
masyarakat yang berada dalam satu kelompok kecil yang mencelaru. Rancangan
memperlekehkan mereka secara bertubi-tubi sudah membuatkan golongn istana itu lupa
akan apa peranan mereka sebenarnya dalam sistem ketuanan Melayu.
ii) Budaya sabsidi yang berlebihan yang disogokkan kepada keluarga istana telah
membuatkan mereka lupa daratan. Mereka mudah menganugerahkan darjah kebesaran kepada
sesiapa yang tahu menyogok mereka pula. Kerana itu kita dengar bagaimana seorang Cina
yang tidak berpelajaran boleh menerima gelarana istana dan digelar sebagai 'Datuk'.
Malahan ada seorang pemanjat kelapa di Chaah yang pernah diberikan gelaran oleh
seorang Sultan kerana mendengar nasihat seorang wakil rakyat. Jasa sebenar pemanjat
kelapa itu bukannya kepada sultan itu tetapi kepada wakil rakyat berkenaan.
iiii) Ramai orang Melayu yang terhiris hati bila memikirkan betapa raja-raja suka
berpoya secara bebas dan merendahkan ajaran agama anutan mereka. Pernah tercetus satu
cerita bagaimana seorang sultan yang suka berjudi di London kerap berhenti untuk
bermalam di Dubai semata-mata untuk membolehkannya melepaskan nafsu kepada seorang
peramugari yang diatur untuk bertugas dalam penerbangan yang dirancangkan itu. Ada
kalanya sultan itu akan memilih salah seorang paramugari itu ketika dalam
penerbangannya. Hobi terkutuk ini diketahui oleh ramai kakitangan penerbangan MAS dan
juga ahli diplomatik di Dubai, kerana mereka bertanggungjawab membuat persediaan
tempahan bilik hotel untuk sultan itu.
iv) Gelagat suka berfoya-foya itulah yang kerap mencuit hati rakyat. Apatahlagi kalau
golongan istana suka sangat dengan para artis yang berdahi licin, tidak kiralah kalau
artis itu mempunyai pengajian agama yang tinggi ataupun tidak. Rakyat manakah yang
tidak terhiris hati melihatkan gelagat ahli istana yang terlalu buas nafsunya? Ada
pula anak raja yang memikirkan bahawa dia keturunan daripada angkasa. Kalau dia
memandu kereta dia mahu menentukan tidak ada sesiapa yang berani menandingi kelajuan
keretanya. Kalau dia bersukan dia mahu setiap bola pukulannya itu dibiarkan sahaja
bergolek ke gawang gol oleh penjaga gawangnya. Lantas berlakulah insiden betapa
seorang anak raja menampar seorang penjaga gol semata-mata kerana penjaga gol itu
bersukan mengikut semangat kesukanan sedangkan anak raja itu bersukan untuk memuaskan
semangat kegilaaan yang diwarisi dari ayahandanya.
Ada pula raja yang sedang memerintah yang diketahui oleh rakyatnya mempunyai IQ yang
rendah cuba memandai-mandai mentadbir negara laksana orang politik yang bijaksana.
Akibatnya rakyat menjadi bingung lagi apabila raja melatah disebabkan jolokan si
permaisuri.
Ada pula raja yang suka keluar negara untuk berubat, di musim rakyat mengerjakan
ibadat berpuasa. Sedangkan penyakitnya itu mudah sekali diberikan rawatan oleh rakyat
yang sudah pun pintar melakukannya. Ada pula ahli istana yang lebih suka mengelilingi
dunia daripada mengelilingai kampung dan desa dalam kawasan taklukannya. Inilah yang
menyebabkan ramai anak raja yang terpesona dengan pelayan kedai makan sedangkan ramai
anak dara sunti di kalangan bangsa sendiri yang tinggi pelajarannya yang sepatutnya
dijadikan permaisuri.
v) Apabila golongan istana dibenarkan berfoya-foya seperti itu mereka tidak pun
mempunyai masa untuk menegakkan institusi raja itu sebagai satu institusi yang
disegani yang menentukan kemunculan warisan raja-raja yang berkaliber. Kalau mereka
sendiri tidak berminat untuk memikirkan masa depan mereka, apakah mereka mengharapkan
rakyat untuk memikirkannya?
vi) Kekurangan sensitibiti terhadap masa depan mereka itu menyebabkan insititusi raja
itu berada di satu keadaan yang statik. Lantas kita masih melihatkan warga istana yang
menjawat jawatan Pawang Dalam dan Pawang Luar semata-mata mengikut tatasusila tugas
warga istana di zaman purba. Siapakah membayar gaji segala inang-inang dan pawang dan
dukun yang berkarat di istana itu, kalau bukan rakyat jelata? Siapakah pula yang
mengongkosi kegilaan raja-raja yang mempetahankan budaya Hindu lama dalam tatasusila
hidup mereka?
Sebagai rumusannya kita boleh katakan sistem feudal yang menjadi tonggak insitusi
raja-raja dibiarkan terus tegak oleh kerajaan MAHAFIRAUN dengan tujuan untuk
memperlekehkan institusi raja itu. Dengan cara ini ia memungkinkan UMNO pada satu
hari nanti menggantikan institusi itu sebagai tonggak ketuanan Melayu.
Adalah amat malang sekali seandainya perkara ini berlaku. Kalau kita lihat situasi
politik di Indonesia, kita sedar betapa pentingnya institusi raja itu untuk menentukan
kejituan martabat Bangsa Melayu di hari muka. Berdasarkan jurang pemisah yang semakin
melebar di antara UMNO dan parti Melayu yang lainnya kita boleh menjangkakan betapa
institusi raja melayu akan memainkan peranan yang besar di satu hari kelak. Cuma para
pendukung institusi itu harus sedar dari khayalan mereka bahawa merekalah yang
sepatutnya berdiri tegak mempertahankan apa yang dikatakan kedaulatan raja-raja Melayu
itu sendiri. Keadaan ini semakin genting kalau raja-raja tidak insaf betapa sebilangan
besar rakyat hanya sanggup berdiri senyap sebagai saksi-saksi yang tidak diundang
ketika insitusi raja itu jatuh berkecai disebabkan keangkuhan dan perbuatan mereka
yang sumbang.
-MT- 1 Januari 2000
http://members.nbci.com/xumno/
Siri Keenam: Apabila Rakyat Mula Resah Gelisah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: [EMAIL PROTECTED]