*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Tidak harus bagi seseorang lelaki dan perempuan yang beriman apabila Allah dan 
Rasul-Nya memutuskan sesuatu perkara dalam urusan mereka lalu mereka
membuat pilihan yang lain."

Ayat ini menunjukkan bahawa bahawa ketaatan kepada Allah dan Rasul adalah ketaatan 
yang benar. Oleh kerana itu, pendapat yang menolak hadith nabi SAW kononnya cukup 
dengan memakai al-Quran sahaja seperti yang ditunjukkan oleh Kassim Ahmad di Malaysia 
adalah pendapat yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah SAW kerana Allah SWT sendiri 
mewajibkan kita memberi ketaatan kepada Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW adalah penjelas kepada hukum-hukum agama. Banyak hukum dan perkara 
yang ada di dalam Islam mestilah difikirkan dan dihuraikan oleh hadith Nabi SAW. 
Contohnya perkara yang berkait dengan sembahyang sebagaimana Firman Allah SWT yang 
bermaksud:

"Dirikanlah kamu akan sembahyang." (al-Baqarah:43)

Tidak dinyatakan oleh al-Quran bagaimana perbuatan sembahyang, berapa rakaat dan 
bilakah waktunya. Ia mestilah dihuraikan oleh hadith Nabi SAW . Begitu juga dalam 
perkara zakat.   Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan tunaikanlah zakat." (al-Baqarah: 43)

Ayat ini juga tidak menyatakan berapakah kadar zakat, bagaimana cara memungutnya tidak 
dijelaskan. Bagaimanapun ia dihuraikan oleh hadith Nabi SAW.   Rasulullah SAW sendiri 
menyuruh umatnya bukan sahaja berpegang kepada al-Quran tetapi berpegang juga dengan 
ajaran yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW yang juga tidak disebut di dalam al-Quran.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."

Di dalam hadith yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Ambillah daripada aku cara beribadat haji kamu."

Maknanya, Rasulullah SAW menyuruh para sahabat dan umatnya melihat huraian ibadat haji 
mengikut cara yang dilakukan oleh Nabi SAW.

Ringkasnya, sebagai orang Islam, kita diminta berpandukan kepada hadith Rasulullah 
(kata2 dan perbuatan serta tingkahlaku Rasulullah SAW) dalam melaksanakan sesuatu 
tindakan yang digariskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran. Maka itu, sesiapa yang 
mengatakan bahawa kita tidak perlu kpd Hadith, cuma cukup sekadar dengan Al-Quran 
adalah sesat yang menyesatkan; kita perlu kpd hadith untuk memberi penghuraian yg 
lebih mendalam terhadap sebarang ketetapan dalam Al-Quran.

Moga ada manafaatnya.

Imam_B

p.s: dlm hnet ini ramai pakar-pakar anti-hadith, tapi malangnya masa mereka banyak 
dibazirkan dengan perdebatan Sufi/Tasauf vs ASWJ/Wahabi yang entah bila akan selesai.



Who needs Cupid?  Matchmaker.com is the place to meet somebody.
FREE Two-week Trial Membership at http://www.matchmaker.com/home?rs=200015

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Imam B" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke