*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aku Berlindung Kepada Allah Dari Syaitan Yang Direjam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang 

Berkata orang2 Yahudi: Orang2 Nasrani itu bukanlah atas suatu
(kebenaran). Berkata pula orang2 Nasrani: Orang2 Yahudi bukanlah atas
suatu (kebenaran), sedang mereka itu sama2 membaca kitab. Demikian pula
berkata orang2 yang tiada berpengetahuan seperti perkataan mereka. Maka
Allah akan menghukum di antara mereka pada hari kiamat, tentang apa2
yang mereka perselisihkan. (2:113)

Isu ni dah lama sangat diperdebatkan. Janganlah kita nak mengikut
perangai Yahudi dengan Nasrani, walaupun kita sama2 membaca Al-Quran
tetapi tak sefahaman dan menyalahkan antara satu sama lain. Cukuplah
sekadar berwasiat antara satu sama lain dengan pegangan masing2,
kemudian berpalinglah. Kenapa pula nak dipaksa golongan yang lain 
menerima cara keimanan kita? Kenapa nak dicela pula keimanan mereka?
Bukankah berhalapun Allah tak izinkan untuk dicela?

Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu; untuk kami amalan kami dan untukmu
amalan kamu; (2:139)

Ceraikanlah mereka dengan perceraian yang baik, bukannya dengan
mengeluarkan perkataan yang berlebih2an ataupun fitnah. Jikalau perlu,
adakanlah perjanjian dengan mereka, sebagaimana yang telah ada
dikalangan kita dengan penganut agama lainnya. Perjanjian yang tak
bertulis yakni, jangan mencela Tuhan yang mereka sembah dan cara
perlaksanaannya. Cukuplah sekadar berwasiat kepada mereka dan
kemudiannya berpaling. Biarlah tiap2 golongan dengan cara perlaksanaan
keimanan masing2. Janganlah dicela cara mereka melaksanakan ibadat
mereka.

Mereka itu bergolong2an sesamanya dalam urusannya. Masing2 (mereka)
kembali kepada Kami. Barangsiapa mengerjakan yang baik2, sedang ia
beriman, maka tiadalah diingkari usahanya dan sesungguhnya Kami
menuliskannya. (21:93-94)

Kemudiannya berusahalah di dalam golongan masing2 untuk mengerjakan yang
baik2 mengikut pegangan masing2. Bahkan Allah menyuruh kita berlumba2
untuk mengerjakan kebaikan, supaya Allah mengetahui siapa yang lebih
baik amalannya.

Kalau Allah menghendaki, niscaya IA jadikan kamu umat yang satu, tetapi
IA hendak mencubai kamu tentang apa yang diberikanNYA kepadamu, sebab
itu berlumba2lah kamu (memperbuat) kebaikan. Kepada Allah tempat
kembalimu sekalian, lalu Allah mengkhabarkan kepadamu, tentang apa2 yang
telah kamu perselisihkan. (5:48)

Jikalau dah tak mampu nak menjadi umat yang satu, nak buat cam mana?
Laksanakanlah apa2 yang terbaik mengikut kemampuan golongan masing2.

Bukanlah Kami menjadikan engkau seorang penjaga atas mereka dan bukan
pula engkau menjadi wakil atas mereka itu. (6:107)

Tak payahlah lagi nak sibuk2 dengan golongan yang lain tu selepas kamu
wasiatkan mereka dengan keimanan cara kamu. Jikalau nak berdakwah pun
janganlah berlebih2an. Ingatlah bahawa Allah yang menunjuki dan
menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNYA. Jikalau sudah diberikan bukti
berlori2 pun dan didoakan sampai berbuih mulut, jikalau Allah nak 
sesatkan, tiada juga dia akan beriman seperti keimanan kamu. Lagipun 
bukanlah kamu diutuskan untuk menjaga ataupun mewakili mereka. 
Sendiri-sendiri kena jaga.

Hai orang2 yang beriman, jagalah dirimu sendiri; dan tiadalah
membahayakan kepadamu orang yang telah sesat, bila kamu telah mendapat
petunjuk. Kepada Allah tempat kembalimu sekalian, lalu Allah
mengkhabarkan kepadamu apa2 yang telah kamu amalkan. (5:105)

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Khairol Azam Mohamad" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke