*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TENTANG JAnGAN TAK TENTANG
----- Original Message -----
From: "Ahmad Baharudin Kasbi" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, February 21, 2001 5:09 PM
Subject: H-Net* Resend - ISU SEMASA: Bollywood
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
>
> Minggu lalu, minggu ke-dua bulan Feb 2001 dan awal minggu ini menyaksikan
> banyak isu semasa yang sesetengahnya mungkin akan menjadi sejarah yang tak
> akan dapat kita lupakan hingga bila-bila.
>
> Isu pertama yang bermain di padang pemikiran saya ialah isu Mufti vs
> Bollywood. Walau pun tak rasa terkejut, tapi saya tetap tersentak apabila
> melihat muka depan akhbar Utusan Malaysia hujung minggu lalu yang
memuatkan
> kenyataan-kenyataan pedas membidas teguran Majlis Mufti mengenai filem
> Hindustan.
>
> ISH, ISH, ISH, KESIAN KAT MUFTI; TARAF DEPA LA NIE DAH JATUH SAMA DENGAN
TARAF
> TOK MUDIM!!
>
> Dulu, masa kecik-kecik dulu, saya ingat lagi, orang kampung cukup hormat
sama
> Tok Mudim, budak-budak apa tah lagi, nampak Tok Mudim sebatu, sini dah
cabut
> lari. Tapi sekarang, sejak ada ubat bius dan klinik swasta, orang sudah
mula
> tak kenal siapa itu Tok Mudim. Hanya mereka yang pernah berhadapan dengan
Tok
> Mudim face to face macam rakan-rakan seangkatan usia dengan saya ini
sahaja
> yang mungkin masih kenal dengan istilah Tok Mudim , tapi anak-anak kita
> rata-ratanya tak ramai yang tahu.
>
> BEGITULAH JUGA DENGAN JAWATAN TOK MUFTI INI; KALAU SELALU SANGAT ORANG DOK
> PERLECEH MUFTI MACAM YANG JADI KAT DATOK ISHAK BAHAROM TEMPOH HARI DAN
MACAM
> YANG JADI KAT DATUK HARUSSANI DALAM KES BOLLYWOOD INI; PERCAYALAH
TUAN-TUAN,
> TAK LAMA LAGI SEJARAH TOK MUFTI AKAN END UP SAMA MACAM SEJARAH TOK MUDIM!!
>
> Cakap pasal Bolluwood ini, kita boleh bercakap secara lawak kalau kita
nak,
> dan bercakap cara serius kalau perlu. Dua-dua boleh.
>
> Secara serius, mungkin secara kebetulan, dua tiga hari sebelum kes Mufti
> mengkritik filem Hindustan meletup; saya berhadapan dengan satu keadaan
yang
> tak terduga sama sekali, berlaku di hadapan mata saya, dalam rumah saya
> sendiri. Saya terserempak dengan anak pompuan saya yang masih di Tadika,
> sedang menyembah sebuah jambangan bunga (hiasan) di ruang tamu rumah saya.
> Saya melihat anak saya ini meletakkan kedua tapak tangannya di atas
jambangan
> bunga itu dan menyembah dan mengusap-ngusapnya atas bawah atas bawah
> seolah-olah sedang mengusap asap kemenyan/setanggi seperti yang selalu
kita
> lihat dalam filem2 Hindi; selepas itu disapu ke muka hingga ke belakang.
>
> Bila check tengok, rupanya anak saya ini cuba meniru satu babak dalam
filem
> Hindustan yang selalu beliau tengok itu; tak silap saya lakonan si budak
kecil
> bernama Anjeli dalam filem Kuch Kuch Hota He. Saya tak berapa pasti sama
ada
> filem Kuch Kuch Hota He atau pun filem lain yang mempengaruhinya; tapi
saya
> cukup pasti kelakuan beliau itu adalah kesan langsung daripada filem-filem
> Hindustan yang sering ditontonnya itu. Sejak hari itu, saya mula jadi tak
> sedap duduk, jadi marah setiap kali saya melihat filem Hindustan ini
muncul di
> kaca TV; seolah-olah saya dapat merasakan kehadiran SETAN yang membawa
masuk
> agama HINDU ke rumah saya melalui kaca TV.
>
> Kerana itu, apabila saya mendengar cerita mengenai kenyataan Tok Mufi
> Harussani yang begitu tegas meminta kerajaan mengawal pengaruh gejala
negetif
> filem Hindi ini, saya rasa sayalah antara manusia yang paling gembira
sekali.
>
> Dan kerana itu juga, melalui sedikit masa yang ada, saya telah membuat
sedikit
> kajian untuk melihat kenapalah pihak kerajaan melalui medianya begitu
> bersungguh-sungguh mempertahankan filem Bollywood ini hinggakan sanggup
> menggadai masa depan politik mereka yang selama ini mereka sendiri pun
tahu
> akan akibatnya jika mereka terlalu lancang "bertempur" dengan institusi
Ulamak
> seperti Majlis Mufti ini.
>
> Dari sudut politik, mereka sepatutnya lebih peka dengan kedudukan parti
mereka
> yang begitu goyah sekarang ini; tapi kenapakah mereka masih sanggup
> terus-terusan "bertempur" dengan golongan alim ulamak? Tidak cukupkah
dengan
> isu Ustaz Ishak Baharom? Ustaz Harun Din? Ustaz Ismail Kamus? Ustaz Taib
> Azamudin? Tidak cukupkah dengan semua itu, kali ini mereka hendak
bertempur
> pula dengan Ustaz Harunssani yang cukup dikagumi ramai kerana kemampuannya
> berdialog dengan puak-puak Kristian itu. Tidak cukupkah semua itu?
>
> Kenapa?
>
> Jawabnya ialah kerana kepentingan politik peribadi, taat setia membabi
buta
> untuk menjayakan visi seorang marhain Tua bernama Datuk Seri Dr Mahathir
Bin
> Mohamad Al-Haj.
>
> Buktinya:
>
> Semua orang tahu mengenai pembangunan e-village di kawasan Multimedia
Super
> Coridor untuk menjayakan visi Dr Mahathir bagi menjadikan Malaysia sebagai
> salah satu tempat pembikinan filem yang terkenal di seluruh dunia.
>
> Salah satu target market Dr Mahathir ialah India; sebagai buktinya, 3
bulan
> yang lalu Dr Mahathir sendiri telah bertemu dengan Pengeluar-Pengeluar dan
> Pelakon2 filem terkenal India, menawarkan kepada mereka untuk datang
shooting
> filem di Malaysia. Tidak beberapa lama sebelum itu juga, Datuk Kadir
Syeikh
> Fadzir, selaku menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah membuat
> lawatan rasmi ke India; yang masa salah satu agenda utamanya ialah melawat
> Bollywood dan bertemu dengan producer-producer dan pengarah-pengarah filem
> India mengajak meraka datang shooting filem di Malaysia.
>
> Dari segi market; India mengeluarkan hampir 6000 filem setahun; adalah
> dikatakan jika dapat ditarik 10% sahaja daripada jumlah itu ke Malaysia,
maka
> pulangannya dari segi ekonomi dan promosi pelancongan amatlah
menggalakkan.
>
> Berikut, saya petikkan kenyataan seorang jurucakap E-Village mengenai isu
ini:
>
> "We are in early stages of discussion on joint productions with Indian
> producers. The controversy is not good,'' an E-Village spokesperson said
> yesterday. "If more censorship is brought in, it will affect creativity,''
he
> said. [STAR 21/2/01]
>
> ["Kami masih di peringkat awal perbincangan untuk joint venture dengan
> pengeluar filem dari India. Kontroversi Mufti vs Bollywood ini mengganggu
> kelancaran agenda ini. Berkenaan tapisan filem pula, kalau dah selalu dok
> tapis-tapis ini, susahlah - macam mana nak dapatkan kreativiti"]
>
> NAH - SEKARANG SUDAH JELAS LAGI BERSULUH; UMNO BUKAN PEDULI AKIDAH
ANAK-ANAK
> MELAYU (ATAU SEKURANG-KURANGNYA ANAK KECIL SAYA) ROSAK ATAU TIDAK; ITU
BUKAN
> SOALNYA - YANG PENTING SEKARANG, E-VILLAGE PUNYA VISI MESTI TETAP BERJALAN
> TERUS!!
>
> Saya tidak terkejut jika di E-Village itu nanti akan lahir kuil-kuil yang
> tercantik dan terbesar di dunia, terkenal ke seluruh pelusuk alam untuk
> menarik producer-producer filem India datang membuat filem mereka di sini.
>
> KASIHAN MUFTI - DEMI UNTUK MEREALISASIKAN VISI SEORANG PERDANA MENTERI,
> PENDAPAT TOK MUFTI TIADA SIAPA YANG PEDULI!!
>
> [Mungkin selepas ini, jawatan Mufti kita turunkan taraf menjadi Kadhi!!]
>
> Ringkasnya tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan, tak ada apa dah lagi
yang
> kita boleh harap dari UMNO sekarang. Kalau orang kata kita masih boleh
> bergantung kepada pemudanya untuk membuat bangkangan dari dalam, cuba
lihat
> pula apa kata jurucakap Pemuda, seorang EXCO bernama Dr Zambry:
>
> "The movement's exco member Dr Zambry Abdul Kadir said in a statement
> yesterday that the issue of Bollywood films having a negative impact on
youths
> was being blown out of proportion" [STAR 21/2/01]
>
> ["Ala, isu ini bukan ada apa pun, saja orang dok perbesar saja!!"]
>
> TAK DAK APA DIA KATA? - KALAU TAK DAK APA, TAK KAN DATUK HARUSSANI YANG
KIRA
> NEUTRAL TU (PAS PUN DIA BANTAI) BOLEH DOK PI KATA MACAM TU?
>
> Bila tanya Pak Lah pula, Pak Lah kata:
>
> "Sebarang keputusan untuk tapis filem Hindustan ini serahkan saja kat
Lembaga
> penapisan filem, depa lebih tau kerja depa; depa ada guideline depa
sendiri,
> depa tau la apa yang boleh dan apa yang tak boleh disiarkan di TV" [STAR
> 16/2/01].
>
> DEPA TAU LAH TU SAMPAI ANAK POMPUAN SAYA DOK PI SEMBAH 'TOKONG' BUNGA KAT
> DALAM RUMAH SAYA SENDIRI TU; SETANNN BETOI!!
>
> Hari ini pula, dalam Utusan Malaysia (21/2/01); disiarkan pula berita
besar
> bertajuk: "Majlis Mufti diminta hati-hati beri kenyataan"; yang antara
lain
> memuatkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Pelan Induk Tindakan Sosial
Negara
> (Pintas), Prof. Datuk Dr. Wan Halim Othman yang mengkritik kenyataan
Majlis
> Mufti itu. Antara lain kata beliau berkata sebarang kenyataan majlis
> berkenaan perlulah memahami sesuatu itu dengan disokong fakta-fakta yang
> kukuh.
>
> Amboi mak, cakap macam Profesor habis!!
>
> Ya lah, memanglah hang tu profesor tapi tak kan kot tak ikut perkembangan
> semasa; ini cuba tengok berita di bawah ini nak menunjukkan bagaimana
> anak-anak gadis kita bukan setakat minat filem Hindi kat dalam filem saja,
> tapi mungkin kerana selalu dok meleleh air liur dok tengok Shahrul Khan,
> Salman Khan dan entah apa ka lagi Khan tu; depa dah mula dok usha abang
Bangla
> kat luar.
>
> "The Government has stopped allowing employers to recruit Bangladeshis
> because of the increasing social problems involving them. Home Ministry
> secretary-general Datuk Aseh Che Mat said the directive to stop recruiting
> them was issued last month. He said many of them had resorted to
"marriages
> of convenience'' with locals to stay on in the country." [The STAR
17/2/01]
>
> [Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri mengatakan bahawa kerajaan
telah
> membuat arahan untuk menghentikan pengambilan pekerja asing dari
Bangladesh
> kerana kedatangan mereka telah menambahkan masalah sosial, antaranya,
ramai
> Mat-Mat Bangla ini telah berkahwin dengan wanita tempatan untuk tinggal
> menetap di sini]
>
> TU DIA - KUCH KUCH HOTA HE!!
>
> Bawak mai masuk banyak lagi filem Hindustan, nanti anak pompuan aku tu
bukan
> setakat kahwin dengan Bangla, silap-silap lelaki Hindu pun dia tibai!!
>
> Masa tu kalau jadi Kg Rawa sekali lagi, hangpa jangan dok salahkan aku....
>
> Wassalam
> ABK
>
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Mohd Amli Masran" <[EMAIL PROTECTED]>