*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Wa`alaikum salam warahmatullah,

Kita sebagai makhluk yang bergelar manusia, memang
sudah menjadi fitrah inginkan hasil yang terbaik dari
apa saja yang dilakukan.Untuk menghasilkan yang
terbaik, maka kita perlulah kepada formula-formula dan
contoh-contoh yang terbaik juga.Sebagai orang Islam,
kita memang sudah pun sedia ada seorang model yang
terbaik untuk dicontohi; iaitulah Nabi Muhammad
s.a.w..Yang mana telah pun kita bincang dengan panjang
lebar dalam posting bertajuk "Mastika Hadith -
Muqaddimah 1 (c)".

Dalam hal apa sekali pun, orang yang paling baik untuk
dicontohi adalah Rasulullah s.a.w.Termasuklah juga
dalam soal berumahtangga, yang mana kita perlu yang
terbaik juga, kan.Jadi, apa yang perlu kita lakukan
ialah pengambil pengajaran-pengajaran daripada
perkahwinan-perkahwinan yang Rasulullah s.a.w. sendiri
lalui.Dalam kitab Sirah, detail diceritakan tentang
siapa isteri-isteri Nabi, formula-formula yang
digunakan oleh Rasulullah untuk membahagiakan
rumahtangganya, suasana rumahtangganya macamana;
semuanya diceritakan.

Dari segi umur perempuan-perempuan yang dikahwini oleh
Rasulullah; kita lihat yang paling senior ialah
Saiyyidatina Khadijah r.ha. yang dikahwini oleh Nabi
ketika berusia 40 tahun, dan yang paling muda sekali
ialah Saiyyidatina Aishah r.ha. yang ketika dikahwini
hanya berusia 9 tahun.Jadi, apa kita nak susah-susah
tentang umur; carilah pasangan kita antara 18 tahun
(biar lepas sekolah) dan 40 tahun.Bukan sahaja Nabi
s.a.w. menyuruh kita mengikut sunnahnya yakni
berkahwin, malah diajarnya kepada kita beberapa garis
panduan dalam memilih pasangan hidup.Sepertimana yang
selalu kita dengar, pertamanya kita dianjurkan supaya
mencari pasangan yang beragama.Sebab dia boleh tegur
kita dengan ilmu agamanya, lalu menyelamatkan kita
daripada kebinasaan api neraka ALLAH SWT.Kemudian baru
boleh survey tengok rupa parasnya, hartanya dan
pangkatnya.Priority diletakkan kepada yang beragama
sebab yang beragamalah yang akan kekal bersama kita
hingga ke akhirat.

Saya agak tertarik tentang satu cerita yang saya
dengar melalui radio semasa memandu, seingat saya
dalam satu kuliah agama.Pada petang tu, ada seorang
ustaz menceritakan  satu kisah tentang satu pasangan
suami isteri yang menjadi tarikan orang ramai untuk
memberi komen.Mereka menjadi bahan bualan orang sebab
si suami itu punyalah tak handsome lagi agak hitam
legam kulitnya, tapi ditakdirkan ALLAH, dia dapat
seorang isteri yang cantik rupawan.Lalu bila ditengok
yang rumahtangga pasangan itu sentiasa bahagia, penuh
dengan senda gurau, saling berkasih sayang; maka
datanglah sorang mami jarum pi interview pasangan
tersebut.Mula-mula Mami jarum tu pi try sang isteri
dulu, kata dia, "Aku tengok kamu berdua sentiasa happy
saja, walaupun aku tengok kamu dengan suamimu seperti
pinang dibelah dengan kapak sahaja.Kamu tak malu kah
kepada masyarakat bila bersuamikan seorang yang tak
berapa handsome, sedangkan kamu seorang yang cantik
rupawan?"�.Lalu kata wanita cantik itu kepada Mami
jarum, "Oleh sebab aku sangat-sangat mengharap syurga
ALLAH lah, maka aku redha dengan suamiku ini.Aku
inginkan keredhaan daripada ALLAH SWT atas kesabaran
ku ini.Apalah ada pada dunia yang sementara ini,
sedangkan kehidupan yang abadi yang aku inginkan
adalah syurga ALLAH SWT."�..Kemudian Mami jarum tu pi
try tanya si suami pula, "Wahai sang suami, aku tengok
kamu ni sungguh tak padan dengan isteri mu yang cantik
rupawan.Apakah kamu tak takut dicemuh dek masyarakat
sekeliling kamu?"�..Lalu jawab sang suami, "Inilah
yang aku sentiasa bersyukur kepada ALLAH SWT sebab
diberikanNya kepada ku seorang isteri yang sangat
cantik.Aku berharap dengan bersyukurnya aku, maka
diberi pula syurga kepada ku kelak.Insya`ALLAH."
�..Dari cerita ini, point saya ialah dunia ni
temporary saja tuan-tuan.Sekelip mata saja, umur saya
sekarang sudah 30's.Seingat saya, daripada masa alam
kanak-kanak sehinggalah ke masa sekarang (yakni jangka
masa 30+ tahun), saya rasa teramat-amatlah pantas masa
berjalan.Kalau diikut akan usia Rasulullah s.a.w. yang
diberi ALLAH hanyalah 64 tahun sahaja, lalu kalau di
apply kan kepada saya, maka saya sekarang hanya
tinggal +/- 30 tahun sahaja lagi atas dunia ini.Itu
pun kalau diizinkan ALLAH.Jadi bila disebut angka 30,
maka sekelip masa juga akan saya lalui.Jadi apa yang
saya nak bagitau ni ialah memang dunia ni adalah satu
alam yang temporary sungguh.Takut tuan-tuan bila ingat
lagu ni.Dosa masa muda-muda dulu lagumana?�.Dalam
jangka masa 30 tahun ni, sempat tak aku qadho
sembahyang/puasa di tinggalkan dulu?�..Bolehkah aku
sentiasa ingatkan ALLAH SWT semasa menghadapi
sakaratul maut nanti?�.Bilamana ketika itulah syaitan
akan membuat perhitungan terakhir dengan kita.Ustaz
Halim Hassan pernah memberitahu bahwa pertarungan
dengan syaitan yang berlaku dalam kehidupan seharian
kita adalah seperti sine wave, iaitu adakala kita
menang dan adakala dia menang.Tapi pada hari malaikat
maut datang untuk cabut nyawa kita, maka pada hari
itulah syaitan akan pastikan yang dia menang
jugak-jugak pada hari penentuan itu.Dan hari itulah
hari kita meghadapi peperiksaan yang paling
penting/besar sekali bagi kita, kerana hari itu adalah
hari penentu samada kita ke syurga ataupun neraka
ALLAH SWT. Mau tak takut tuan-tuan, banyak dah
kisah-kisah para Nabi yang menceritakan ada ahli-ahli
ugama yang kuat beribadah pun boleh mati dalam
kesesatan (wa nauzubillahi min zalik) sebab terpedaya
dengan syaitan pada penentu itu.Jadi kita punya ending
pulak lagumana tuan-tuan?�..Sendiri mau tanya kat diri
masing-masing, dan sendiri mau jawab; aku mau
kesudahan yang baik ka ataupun yang jahat ka?�.Kalau
mau baik punya, maka kenalah prepair buang awai-awai.

WALLAHU TA`ALA A`LAM.     

--- RON <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> A'kum, saya ingin bertanya kpd sesiapa yg sudah
> berumahtangga, apa pro dan con
> apabila sesorg lelaki kawin dgn isteri yg lebih muda
> (5-6) thn .
> Harap dpt beri pandangan.T.Kasih
> 
>
____________________________________________________________________
> Get free email and a permanent address at
http://www.netaddress.com/?N=1


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices! http://auctions.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Omar AlKhatab <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke