*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam
Rentetan tulisan dibawah dihantar oleh seorang sahabat yang tidak mahu dirinya
dikenali.Salam hormat..Chief
---------------------------------------------------------------------
Suatu Hari Yang Amat Malang
T-Minus 5 days:
X diberitahu oleh Doktor pakar bahawa dia mengandung 2 bulan. Doktor merasakan
bahawa kandungan ini amat membahayakan kepada X yang sudah berusia 45 tahun.
Doktor menyarankan bahawa X patut menggugurkan kandungan tersebut demi
keselamatan dirinya sendiri. Kali terakhir X mengandung adalah ketika beliau
berusia 41 tahun dimana rahim terpaksa diikat dan beliau terpaksa berehat
beberapa bulan ketika mengandung. Malamnya X membuat solat Isthikarah agar
diberikan sedikit pandangan dan bantuan didalam membuat keputusan.
T-Minus 4 days:
X disarankan oleh seorang kawan agar mengadakan proses pengguguran ( D & C )
di salah sebuah hospital swasta di kota P. Mengikut kawan X, hospital tersebut
adalah salah sebuah hospital bersalin dan sakit puan yang amat baik sekali.
Maka X pun membuat janjitemu di hospital tersebut untuk proses D&C. Proses D&C
bukanlah perkara baru untuk X kerana sebelum ini sudah dua kali X mengadakan
D&C kerana janin yang meninggal didalam kandungan.
D-Day 8 am
Tepat jam 8 pagi X dihantar oleh suaminya(S) ke hospital tersebut dengan
ditemani oleh anak lelaki mereka yang berusia 7 tahun. X dan S mempunyai 3
orang anak lelaki berusia 9, 7 dan 3 tahun. Mereka disambut oleh seorang
doctor pakar yang akan mengadakan D&C.
8:55am
X bersalaman dengan S dan anak mereka dan disorong masuk ke dalam bilik
pembedahan. Sebelum disorong masuk X bertanyakan kepada S samada beliau patut
mengadakan proses ini kerana sayangkan kepada janin tersebut. S menerangkan
bahawa mereka sudah ada 3 orang anak dan kandungan ini membahayakan kesihatan
X . Sepanjang 10 tahun berkahwin, X melalui proses mengandung dan melahirkan
anak yang amat sukar dan rumit.
9:05 am
Para doktor meneruskan kerja kerja mereka dan X mengarahkan agar S dipanggil
masuk ke dalam bilik pembedahan. S agak terpingga pingga bila diarah masuk
ke bilik pembedahan oleh isteri beliau. X memohon ampun dan maaf dari S dan
memohon agar menghalalkan segalanya. S walaupun sedikit terperanjat akan
tetapi kerana sudah sekian lama mengenali X, hanya mampu tersenyum dan
mengucup dahi isterinya.
S melangkah keluar ke bilik menunggu dan para doktor meneruskan kerja-kerja
mereka.
9:30 am
D&C sudah selamat disempurnakan. X disorong keluar ke wad pemulihan. X
disambung kebeberapa buah mesin untuk �monitor� berbagai bagai fungsi tubuh
badan.
9:31 am
S mengarahkan anaknya agar memeriksa samada X sudah pun berada di dalam wad.
Anak lelakinya dengan suka hati melapurkan bahawa X sudah pun berada di dalam
wad pemulihan.
9:35 am
S pun masuk ke kamar wad untuk melihat isteri beliau. Tidak ada seorang
doktor atau jururawat pun yang berada di dalam bilik tersebut. S mendapati
bahawa X berada didalam keadaan separuh sedar kerana kesan bius masih belum
hilang. S memanggil manggil nama isterinya dan X menggerak-gerakkan badannya.
Tidaklah diketahui bahawa X menggerakkan tubuhnya tanda mendengar panggilan
suaminya atau pun sebaliknya. S melihat kepada mesin mesin monitor dan
mendapati bahawa ianya berkelip seperti kebiasaannya. S bukanlah seorang
sarjana perubatan akan tetapi setelah sekian lama masuk dan keluar ke hospital
menemani isterinya, beliau seakan boleh mengagak bilamana mesin monitor
berfungsi secara normal atau tidak normal.
9:36 am
S mendapati X kelihatan seperti sesak nafas dan salah satu mesin monitor
dirasakan cuba memberitahu sesuatu yang tidak kena. S memanggil manggil
isterinya akan tetapi tiada jawapan yang diterima. S panik dan berlari keluar
dari bilik wad untuk mencari mana mana doktor atau jururawat. Di luar kamar S
bertembung dengan salah seorang doktor di hospital berkenaan. Dalam keadaan
panik S menceritakan tentang keadaan X yang seperti sedang sesak nafas.
Doktor berkenaan berlari mendapatkan jururawat dan mengarahkan beliau agar
memanggil beberapa orang doktor lagi.
9:37 am
S berlari ke kamar wad semula untuk melihat akan keadaan X. Keadaan X masih
tidak berubah kerana berada didalam keadaan separuh sedar dan sedang bergerak
gerak kerana seolah olah sedang sesak nafas.
Dua orang doktor masuk ke wad dan mula menjerit memanggil manggil nama X. S
diarahkan supaya keluar dari kamar wad. Antara mahu dan tidak S melangkah
keluar dengan penuh tanda tanya.
9:45 am
Dua orang lagi doktor masuk ke kamar wad. Bilamana pintu wad dibuka untuk
doktor dan jururawat masuk dan keluar S merasakan berlaku kekecohan yang amat
sangat.
Didalam keadaan yang kecoh itu S tahu bahawa sudah ada 6 orang doktor dan 3
orang jururawat berada di sisi katil X.
10:00 am
S nampak jururawat dan doktor berlari keluar dan masuk. S cuba juga untuk
masuk ke kamar wad tetapi setiap kali mencuba jururawat menghalang beliau dari
terus masuk.
Dari celahan pintu S nampak seakan ada tiub dimasukkan kedalam mulut
isterinya.
Unknown time am
Salah seorang doktor keluar dan bertemu S dan memberitahu bahawa para doktor
sedang cuba sedaya upaya untuk merawat X.
S nampak ada doktor yang keluar dari kamar X sambil memegang alat kelui masing
masing. Mungkin mereka dipanggil untuk pergi merawat para pesakit yang lain.
Sudah 2 doktor yang keluar dan wajah mereka amat sugul sekali. S merasakan
sesuatu yang amat tidak kena sudah berlaku pada X.
Unknown time am
Doktor yang sama keluar memberitahu S bahawa jantung X terhenti buat seketika
akan tetapi berlaku sedikit pendarahan dalaman . Bagaimana pun jantung X sudah
berfungsi seperti biasa dan para doktor sedang cuba sedaya upaya untuk
memulihkan X. S sangat tidak berpuas hati dan menanyakan akan peluang
isterinya untuk terus hidup. Doktor menyarankan agar S bersabar dan terus
berdoa.
Unknown time am
S memberitahu anaknya yang kedua yang bersama datang bahawa ada sesuatu yang
amat tidak kena telah berlaku pada ibu beliau. S seakan memberitahu bahawa
besar kemungkinan X mungkin sudah tiada lagi. S cuba sedaya upaya berdoa agar
isterinya selamat didalam masa yang sama.
S menelefon salah seorang dari kakak X dan menceritakan tentang apa yang
berlaku. Kakak ( K ) berkenaan menyarankan agar S bersabar dan beliau akan
cuba menghubungi adik beradik dan saudara mara yang lain.
Unknown time am
S terdengar seorang doktor mengarahkan jururawat untuk mendapatkan sebuah
ambulan. S faham bahawa isterinya akan dipindahkan kesalah sebuah hospital
yang lain yang mempunyai kelengkapan serba canggih.
S menelefon rumahnya dan mengarahkan orang gajinya ( G) agar menyiapkan
anak-anak mereka yang lagi dua orang agar mudah diambil dan dibawa kemana mana
hospital untuk menemui ibu mereka.
Seorang yang kelihatan seperti pemandu ambulan telah tiba di kamar wad dan
pemandu tersebut diarahkan untuk untuk duduk menunggu sahaja.
S sekali lagi menghubungi K dan memberitahu bahawa X akan dipindahkan dan
memberitahu agar jika ada sanak saudara yang ingin datang melawat agar tunggu
buat seketika. Di masa yang sama telefon bimbit milik S dan X terus berdering.
Panggilan datang dari sanak saudara meminta penjelasan dan ingin mengetahui
apa yang terjadi.
Masa terus berlalu dan S masih terus berdoa sambil menjawab panggilan telefon
yang datang tanpa henti.
12:30pm
Doktor memberitahu bahawa X akan dipindahkan ke salah sebuah hospital terbesar
dan paling canggih di rantau ini. S mengiyakan sahaja dan masih terus bertanya
akan keadaan diri X. Doktor berkenaan tidak dapat menjawab dan menyuruh agar S
terus berdoa dan bersabar.
S menghubungi K dan beberapa orang jiran tetangga dan sanak saudara disebelah
S dan memberitahu nama hospital yang patut mereka pergi.
12:45 pm
Seorang doktor bertanyakan samada S ingin bersama isterinya di dalam ambulan.
S menyatakan bahawa beliau terpaksa pulang ke rumah untuk mendapatkan anak
anaknya.
Doktor berkenaan menulis nama hospital diatas sekeping kertas dan nama seorang
doktor di situ yang patut S hubungi. S diarahkan untuk datang terus ke Unit
Rawatan Rapi (ICU)
12:55pm
X disorong keluar dari kamar wad ke ambulan. S dapat melihat dengan jelas tiub
yang dimasukkan kedalam mulut isterinya dan kelihatan kesan kesan darah yang
sudah dilapkan. Wajah X kelihatan pucat. S tidak tahu samada isterinya berada
didalam koma atau masih lagi dibius.
1:00pm
Seorang doktor menemani X didalam ambulan dan S terus pulang ke rumah untuk
mendapatkan anak anaknya dan orang gaji ( G) mereka. S terus menghubungi
saudara maranya seramai yang mungkin sambil memandu. S mula menggeledah beg
tangan isterinya untuk mendapatkan buku telefon mini milik isterinya. S terus
menghubungi rakan rakan sepejabat isterinya dan menceritakan serba ringkas apa
yang berlaku
K terus menghubungi adik beradik yang lain. Ada yang sedang makan angin
bercanda di luar kota, ada yang sedang bekerja dan ada yang sedang
beristirehat. K juga menghubungi ibu bapa mereka di kampung. Ibu mereka
menjawab telefon dan terus pitam dan tidak kedengaran apa apa bunyi
dipenghujung talian. K menghubungi kakak beliau yang sulong yang menetap di
kampung agar datang untuk melihat keadaan ibu dan ayah.
K juga menghubungi adik beliau yang bongsu ( B) yang sedang bersiap sedia
untuk keluar menghadiri halaqah selepas Zohor. B terus menghubungi suami ( C )
beliau yang kebetulan sedang berada di penghujung negeri kerana menghadiri
satu janjitemu. C seakan tidak percaya bahawa seseorang yang menjalani D&C
boleh berada di dalam ICU.
C mahukan isterinya( B) terus menghadiri halaqah kerana kebetulan hari ini
adalah giliran B untuk menjadi penyampai. C merasakan tidak apa apa yang
serius yang bakal menimpa X kerana D&C bagi X dan keluarga mereka adalah
seperti suatu kebiasaan.
C tidak dapat mengira berapa banyak wad yang dilawatinya kerana proses D&C
yang dijalankan oleh kakak kakak isterinya. Bagaimana pun B sudah pun
membatalkan halaqah tersebut dan meminta kawan kawannya membaca Yaseen dan
mendoakan agar X pulih seperti sediakala.
C terus singgah ke cybercafe dan menggunakan teknologi SMS dan menghantar
pesanan secepat mungkin ke telefon bimbit milik kesemua saudara mara dikedua
dua belah pihak.
Pesanannya agak mudah. �X berada di ICU di hospital ++ sila datang dengan
kadar segera �
C ada lagi janjitemu di kota pada petangnya dan berjanji untuk bertemu B
sebelum Asar di hospital berkenaan.
------------------------------------------------------------
Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
http://MailAndNews.com
Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>