*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1:00pm
Seorang doktor menemani X didalam ambulan dan S terus pulang ke rumah untuk
mendapatkan anak anaknya dan orang gaji ( G) mereka. S terus menghubungi
saudara maranya seramai yang mungkin sambil memandu. S mula menggeledah beg
tangan isterinya untuk mendapatkan buku telefon mini milik isterinya. S terus
menghubungi rakan rakan sepejabat isterinya dan menceritakan serba ringkas apa
yang berlaku

K terus menghubungi adik beradik yang lain. Ada yang sedang makan angin
bercanda di luar kota, ada yang sedang bekerja dan ada yang sedang
beristirehat. K juga menghubungi ibu bapa mereka di kampung. Ibu mereka
menjawab telefon dan terus pitam dan tidak kedengaran apa apa bunyi
dipenghujung talian. K menghubungi kakak beliau yang sulong yang menetap di
kampung agar datang untuk melihat keadaan ibu dan ayah.

K juga menghubungi adik beliau yang bongsu ( B) yang sedang bersiap sedia
untuk keluar menghadiri halaqah selepas Zohor. B terus menghubungi suami ( C )
 beliau yang kebetulan sedang berada di penghujung negeri kerana menghadiri
satu janjitemu. C seakan tidak percaya bahawa seseorang yang menjalani D&C
boleh berada di dalam ICU.
C mahukan isterinya( B) terus menghadiri halaqah kerana kebetulan hari ini
adalah giliran B untuk menjadi penyampai. C merasakan tidak apa apa yang
serius yang bakal menimpa X kerana D&C bagi X dan keluarga mereka adalah
seperti suatu kebiasaan.
C tidak dapat mengira berapa banyak wad yang dilawatinya kerana proses D&C
yang dijalankan oleh kakak kakak isterinya. Bagaimana pun B sudah pun
membatalkan halaqah tersebut dan meminta kawan kawannya membaca Yaseen dan
mendoakan agar X pulih seperti sediakala.

C terus singgah ke cybercafe dan menggunakan teknologi SMS dan menghantar
pesanan secepat mungkin ke telefon bimbit milik  kesemua saudara mara dikedua
dua belah pihak.
Pesanannya agak mudah. “X berada di ICU di hospital ++ sila datang dengan
kadar segera “

C ada lagi janjitemu di kota pada petangnya dan berjanji untuk bertemu B
sebelum Asar di hospital berkenaan.

1:30pm
S sudah tersesat jalan kerana ada terlalu banyak bulatan dan juga kerana
terlalu leka dengan telefon dengan fikiran yang tidak keruan

1:45pm
S sampai ke hospital dan terus bergegas ke ICU. Mengikut jururawat bertugas,
mereka mempunyai rekod bahawa ada pesakit bernama X sepatutnya dibawa ke ICU
akan tetapi pesakit tersebut masih belum dimasukkan ke ICU.

S terus bergegas ke Bilik kecemasan ( ER) bersama 3 orang anak lelaki mereka
dan G. Di bilik kecemasan S nampak pemandu ambulan yang hanya mundar mandir di
ruang legar. Pemandu ambulan memberitahu bahawa mereka sudah sampai 30 minit
yang lampau dan beliau menyatakan jumlah bayaran perkhidmatan ambulan. S
membayar kepada pemandu jumlah yang dikehendaki dan resit dikeluarkan.

S masuk ke bilik rawatan di ER dan diarahkan keluar oleh jururawat bertugas. S
dapat melihat bahawa X masih lagi tidak sedarkan diri dan darah membuak buak
keluar dari mulut isterinya. S dapat melihat doktor yang mengiringi ambulan
sedang menerangkan sesuatu kepada doktor doktor di ER.

2:00 pm
Salah seorang doktor di ER keluar dan bertanyakan kepada S tentang apakah yang
sebenarnya yang telah terjadi. S menerangkan dengan serba ringkas bahawa X
adalah seorang yang sihat walafiat dan datang ke hospital untuk D&C dan ada
sesuatu yang tidak kena berlaku dan mereka semua kini berada di sini. Doktor
berkenaan bertanyakan bahawa jika X ada sebarang alahan kepada apa apa ubat
atau makanan. S menjawab  bahawa isterinya tidak ada sebarang alahan. S
bertanyakan akan peluang isterinya untuk terus hidup kepada doktor berkenaan.
Doktor berkenaan menjawab bahawa mereka akan berusaha sedaya upaya dan akan
memberikan segala galanya untuk menyelamatkan X.

2:05pm
Doktor berkenaan dipanggil masuk semula. Sewaktu pintu bilik rawatan dibuka S
dapat melihat bahawa salah seorang doktor sedang mengenakan kejutan elektrik
keatas dada X.  S cuba juga masuk kebilik rawatan dan diminta tunggu diluar
oleh seorang jururawat.

D Day, T Minus Zero, 2:15 pm
Pintu bilik rawatan dibuka dan S dapat melihat segala aktiviti didalamnya
terhenti. Doktor yang sama keluar dari bilik berkenaan. S melihat pada wajah
doktor berkenaan. Wajah doktor tersebut nampak seperti seseorang yang tewas
dalam satu perlawanan atau pertempuran. Nampak wajahnya bercampur baur seakan
geram dan sedih serta pilu. S merasakan segala galanya sudah sampai
kepenghujungnya . Doktor berkenaan menyampaikan satu berita yang tidak ada
seorang manusia pun yang mahu dan sanggup mendengarnya.

“Encik S, kami sudah mencuba segala galanya, segala ilmu pengetahuan yang kami
tahu dan segala teknologi tercanggih yang kami ada untuk menyelamatkan Puan X
telah kami gunakan.  Kami tahu Encik dan keluarga sangat sayangkan Puan X
tapi, Tuhan lebih sayangkan Puan X, saya minta maaf “

S terduduk disofa ruang menunggu dan tidak berkata apa apa kepada doktor
berkenaan.. S melihat kepada anak anaknya yang 3 orang dan memberitahu bahawa
ibu mereka sudah tiada lagi. G sudah mula teresak esak.

Airmata mengalir dari kelopak mata S dan beliau mula tersedu sedan bersama
anak anaknya yang sulong dan yang kedua. Anak beliau yang bongsu tidak faham
apa yang berlaku dan menarik narik baju G. Beliau dipeluk dan didakap erat
oleh G.

2:30pm
S dan keluarga diminta masuk kebilik rawatan untuk melihat X yang terbujur
kaku. Ada kesan kesan darah di seluruh tubuh X. Ini tidak menghalang S dan
anak anaknya untuk mencium dan memeluk tubuh X. G sudah tidak dapat mengawal
perasaan dan mula memeluk erat perut X dan memanggil manggil nama majikannya
dimana beliau sudah berkhidmat hampir 5 tahun.

S menelefon K dan menyampaikan berita dukacita. S dan keluarga diminta berada
di bilik menunggu bersebelahan bilik bit polis.

2:35pm
K menghubungi ibu bapa mereka di kampung dan kakak yang sulong yang kebetulan
sudah pun berada di rumah itu. Ibu mereka sekali lagi jatuh pitam. Bapa mereka
mengarahkan agar jenazah X dibawa pulang ke kampung.

K terus menghubungi semua saudara mara dan sahabat handai.

2:40pm
C telah dihubungi oleh kawan B tentang kabar dukacita ini. C terdengar suara
isterinya menangis teresak esak disuara latar. C membatalkan janjitemu pada
petang itu dan berpatah balik ke rumah untuk mendapatkan B.

C menghubungi rakannya seorang peguam untuk mendapatkan khidmat nasihat
guaman, kerana merasakan sesuatu yang amat tidak kena telah berlaku. Peguam
menasihatkan C agar bersabar dan menunggu agar segalanya selesai. Peguam
menyarankan agar autopsi dijalankan dan mahu melihat repot polis seperti
kelazimannya.

C menjadi tersangat marah dan menghubungi salah seoang birasnya yang sudah
berada di hospital. Mereka menjerit jerit sesama sendiri ditelefon bimbit dan
meluahkan isi hati masing masing . Rasa sedih sudah berganti dengan rasa
amarah yang amat sangat. Mereka berjanji akan menyaman sesiapa sahaja yang
bertanggung jawab diatas peristiwa malang ini.

C menghubungi B dan mengarahkan agar beliau bersiap siap dengan beg pakaian
untuk terus pulang ke kampong dari hospital. B memberitahu bahawa beliau telah
meminta seorang kakaknya dan seorang abangnya agar terus pulang ke kampung
untuk bersama sama ibu dan bapa serta membuat persiapan untuk mengendalikan
upacara pengkebumian di kampung.


3:30pm
C tiba di rumah dan dipeluk erat oleh B yang masih teresak esak. C mandi dan
bertukar pakaian dan mengemas beberapa helai pakaian untuk 3 hari bermusafir.
Mereka terus bergegas keluar menghala ke hospital.

3:45pm
C dihubungi oleh birasnya dan diberitahu bahawa dia akan membawa anak anak S
dan G pulang ke rumah di kota P. Mereka akan bersiap dan menunggu arahan
selanjutnya dari rumah sahaja. K sudah pun berada di hospital bersama mereka
dan akan pulang ke rumah bersama sama. K mengambil kereta S dan membawa G dan
dan anak anak pulang ke rumah di kota P.

Abang sulong ( A) dan keluarga berserta 6 orang anak saudara sudah pun sampai
ke hospital.

4:00pm
C menghubungi pengarah urusan dimana X bekerja dan seorang rakan setugasnya.
Kedua dua mereka sudahpun  mengetahui berita malang ini dan di dalam
perjalanan ke hospital.

4:30pm
C dan B serta seorang kawan sudah pun sampai ke ER di hospital. C mendapati S
sedang berada di luar ER sambil teresak esak bercakap ditelefon bimbit. C
terus memeluk S dan mereka berdakapan buat seketika. S sedang memegang dua
telefon bimbit dan dua buku nota telefon.  C menanyakan tentang apa yang
terjadi dan S menerangkannnya serba ringkas diselang seli dengan sendu dan
tangis yang tidak berhenti henti.

C dan S dipanggil masuk kedalam bilik polis di ER dimana ada seorang pegawai
polis dan 2 orang doktor sedang berbual bual. Bersama mereka kelihatan A serta
isterinya dan juga anak sulong mereka. C memeluk A dan bertukar tukar salam.
Mereka semua sedang menunggu pegawai polis untuk membuat repot tentang
kematian X. Repot kematian mestilah dibuat kepada pegawai polis dari kota P
dimana simati itu bermastautin.

5:00pm
 C dan S keluar semula dari ER. Mereka duduk diluar dan S mula menceritakan
bahawa X adalah seorang yang sihat walafiat.  C menanyakan samada S ingin
mengadakan autopsi keatas X. S mengatakan bahawa ianya tidak perlu kerana ajal
sudah tiba untuk isterinya. S hanya mahu membuat repot polis dan membawa
isterinya pulang ke kampung dengan kadar segera. C tidak berkata apa apa. C
menasihatkan S tentang perkara perkara yang patut dilakukan berhubung dengan
harta benda X dan bank akaun X. C mengarahkan agar S menyerahkan segala
dokumen dan fail kepada anak sulong A yang pernah berkhidmat sebagai peguam.

5:30pm
A menghubungi balai polis dan ingin bertanyakan tentang kelewatan pegawai
untuk datang untuk mengambil repot. Sarjan bertugas menjawab, pegawai
berkenaan sedang menghadiri satu lagi kes kematian dan jalan raya amatlah
sesak kerana ada acara sukan pada hari yang sama. Sarjan memohon agar A terus
bersabar dan terus menunggu.
Kesemua yang hadir meminta diri untuk bersolat Asar di surau di tingkat satu
hospital berkenaan.

6:00pm
C dan B berjalan menuju ke bilik mayat di hospital berkenaan. Bilik mayat
terletak di tingkat bawah. Dalam perjalanan C dan B bertembung dengan Pengarah
Urusan dimana X bekerja bersama sama dengan 5 orang rakan sepejabatnya. C
mengenali kesemua mereka kerana pernah berurusan dengan mereka.  Wajah mereka
kelihatan pucat kerana baharu sahaja melihat jenazah X. Mereka bertanyakan
pada C tentang S dan beredar pergi bila diberitahu bahawa S berada di bilik
polis di ER.

6:05pm
C dan B sampai di bilik mayat dan jenazah X berada di depan kaunter bilik
mayat berhadapan bilik beku. Dua orang anak saudara perempuan sedang membaca
ayat ayat suci Al Quraan. C menyelak pintu kanvas yang menutup jenazah X. X
berada diatas troli khas yang kelihatan seperti sebuah khemah.  C menitis kan
air mata pertama kali bila melihat kakak iparnya. Wajah X kelihatan tenang.
Kesan kesan darah masih jelas kelihatan. B terus memeluk anak anak saudaranya
dan menjengok kepada wajah X. . C dan B mencapai Surah yaseen dan membacanya
perlahan lahan sambil mengadap pada pintu peti sejuk yang tak terkira
banyaknya di dalam bilik mayat.

6:15pm
Di ER, S dan A masih lagi menunggu pegawai polis untuk datang. Mereka terus
berbual bual dengan 2 orang doktor yang kebetulan sudah pun habis bekerja. A
sekali lagi menelefon balai polis dan Sarjan bertugas mengkhabarkan bahawa
pegawai bertugas dalam perjalanan ke hospital.


6:20pm
Kesemua mereka di ER telah bergerak turun ke bilik mayat.

6:25pm
C berbual bual dengan salah seorang doktor dan B pula berbual dengan seorang
doktor yang lain. Kedua dua anak saudara masih terus membaca Al Quraan tanpa
menghiraukan keadaan sekeliling.

6:30pm
Kelihatan S dan A, berserta anak sulong A sedang berdiri didalam bulatan
seperti sedang bermesyuarat.  Mereka sedang bermesyuarat samada autopsi patut
dijalankan keatas jenazah X. Anak sulong A menghubungi rakannya seorang peguam
dan meminta nasihat. C kemudiannya datang berjumpa mereka dan menceritakan
bahawa rakan peguamnya mengarahkan agar autopsi dijalankan. S memang bersetuju
dari awalnya bahawa autopsi patut diadakan tetapi dimasa yang sama tidak mahu
bertegas tentang pendapatnya. S merasakan ada sesuatu yang tidak kena berlaku
dan berharap hanya autopsi dapat menjelaskan segalanya. Mereka semua bersetuju
dan bersepakat untuk menjalankan autopsi.

6:45pm
3 orang jiran X bersama isteri masing masing datang ke bilik mayat. Setelah
mereka datang melihat jenazah X, C melayan kesemua mereka yang bertanyakan
berbagai bagai soalan. Nampak jelas bahawa kesemua mereka amat terkejut kerana
X sihat walafiat sehari sebelumnya.

6:50pm
Petugas bilik mayat yang merasakan bahawa bilik mayat sudah sesak menyarankan
agar kesemua yang hadir beredar ke bilik menunggu. Bilik menunggu yang hanya
10 meter sahaja dari bilik mayat dilengkapi dengan 20 kerusi sofa,sebuah katil
dan bilik air.

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke